~ berakhir mggu interaksi ~

salam..

semalam adalah hari terakhir mengikuti program di IPG utk sesi pertama.
semalam jugak adalah satu takdir bt kami yg akan meneruskan pembelajaran terus di sekolah.
takdir dimana setiap drpd kami menerima penempatan di sekolah.
alhamdulilah takdir aku cuma di selangor..
tp aku tumpang sedih bt rakan2 lain yg terpaksa menyeberang lautan berada di sabah sarawak.

bayangkanlah betapa susah bt mereka menerima takdir ini dlm sekelip mata.
berapa hari yg perlu mereka bersiap sedia utk bergerak ke negeri masing2..
tempoh utk mempersiapkan diri tidak ada.
diulangi..tidak ada!

semalam kami diberitahu penempatan.
dan kami perlu mendaftarkan diri pada 13hb.
susah @ tidak,rumit @ tidak,tak ada sapa yg ambil peduli.
yg penting jika mahu terus bernaung dibawah kerajaan daftar saja pada 13hb..

dan aku pasti sekarang mereka berada dlm keadaan yg amat sukar..
persiapan harus dilakukan secepat mungkin.
kami baru tahu negeri,tp sekolah msh belum tahu.
maka,semua harus bergerak pantas utk mengetahui sekolah masing2.
perlu rujuk JPN dan sebagainya..
segala dokumen dan pjanjian dibawah seliaan IPG jugak perlu diambil kira..

dan,doa aku semoga dipermudahkan segala urusan..
amin ya rabb..

Label: 0 ulasan | edit post
:::: detik kewafatan RASUL ::::

solaallahualamuhammad..
solaallahualaiwassalam..
solaallahualamuhammad..
solaallahualaiwassalam..


Daripada Ibnu Mas'ud r.a., bahawasanya dia berkata: "Ketika ajal Rasulullah saw sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aishah r.a

Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda: Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah."

"Allah berfirman: Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa."

Kemudian kami bertanya: "Bilakah ajal baginda ya Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila."

Kami bertanya lagi: "Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah?"

Rasulullah menjawab: "Salah seorang ahli bait."

Kami bertanya: "Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah."

Kami bertanya: "Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?" Kami menangis dan Rasulullah saw pun turut menangis.

Kemudian baginda bersabda: "Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku. Kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya.

Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua."

SEMAKIN TENAT

Semenjak hari itu, Rasulullah saw bertambah sakitnya yang ditanggungnya selama 18 hari. Setiap hari, ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, disaat baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, dia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: "Assalamualaikum ya Rasulullah?"

Kemudian dia berkata lagi: "Assolah yarhamukallah."

Fatimah menjawab: "Rasulullah dalam keadaan sakit."

Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid. Ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu dia berkata seperti perkataan yang tadi.

Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh dia masuk. Setelah Bilal bin Rabah masuk,

Rasulullah saw bersabda: "Saya sekarang berada dalam keadaan sakit. Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat."

Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: "Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?" Kemudian dia memasuki masjid dan memberitahu Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut. Ketika Abu Bakar r.a. melihat ke tempat Rasulullah SAW yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, dia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu dia menjerit dan akhirnya dia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah saw.

Baginda bertanya: "Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu?"

Siti Fatimah menjawab: "Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah saw tidak ada bersama mereka."

Kemudian Rasulullah saw memanggil Ali bin Abi Talib dan Abbas r.a. Sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat.

Setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: "Ya ma aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah. Sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua, setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini."





MALAIKAT MAUT DATANG BERTAMU

Pada hari esoknya iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya dia turun menemui Rasulullah saw dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah saw dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka dia dibolehkan masuk. Tetapi jika Rasulullah saw tidak mengizinkannya, dia tidak boleh masuk dan hendaklah dia kembali sahaja.

Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Dia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah saw,

Malaikat Maut itupun berkata: "Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!"

Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: "Wahai Abdullah (hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit."

Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: "Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?"

Akhirnya Rasulullah saw mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: "Siapakah yang ada di muka pintu itu?"

Fatimah menjawab: "Seorang lelaki memanggil baginda. Saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian dia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma."

Rasulullah saw bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia?"

Fatimah menjawab: "Tidak wahai baginda."

Lalu Rasulullah saw menjelaskan: "Wahai Fatimah, dia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.

Kemudian Rasulullah saw bersabda: "Masuklah, wahai Malaikat Maut."

Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan: "Assalamualaika ya Rasulullah."

Rasulullah saw pun menjawab: "Waalaikassalam ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?"

Malaikat Maut menjawab: "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan. Jika tidak, saya akan pulang."

Rasulullah saw bertanya: "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?"

Jawab Malaikat Maut: "Saya tinggal dia di langit dunia."

Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril a.s. datang lalu duduk di samping Rasulullah saw.

Maka bersabdalah Rasulullah saw: "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?"

Jibril menjawab: "Ya, wahai kekasih Allah."

KETIKA SAKARATUL MAUT:

Seterusnya Rasulullah saw bersabda: "Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?"

Jibril pun menjawab: "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."

Baginda saw bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?"

Jibril menjawab lagi: "Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."

Baginda saw bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?"

Jibril menjawab: "Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."

Kemudian Rasulullah saw bersabda: "Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku."

Jibril a.s. bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?"

Rasulullah saw menjawab: "Tentang kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"

Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."

Maka berkatalah Rasulullah saw: "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku."

Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah saw.

Ali r.a. bertanya: "Wahai Rasulullah saw, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?"

Rasulullah menjawab: "Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga."

Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah saw. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut."

Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya.

Lalu Rasulullah saw bertanya: "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?"

Jibril menjawab: "Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?"

Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw.

KESEDIHAN SAHABAT

Berkata Anas r.a.: "Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah r.a., aku terdengar dia sedang menangis sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera, wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum, wahai orang-orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana, wahai orang-orang yang jarang tidur diwaktu malam kerana takut Neraka Sa'ir."

Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Muaz bin Jabal r.a. telah berkata: "Rasulullah saw telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang. Kemudian orang itu berkata kepadaku: Apakah anda masih lena tidur juga wahai Muaz, padahal Rasulullah saw telah berada di dalam tanah?"

Muaz terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu dia mengucapkan: "A'uzubillahi minasy syaitannir rajim." Lalu setelah itu dia mengerjakan solat. Pada malam seterusnya, dia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama.

Muaz berkata: "Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan." Kemudian dia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman. Pada keesokan harinya, orang ramai berkumpul lalu Muaz berkata kepada mereka: "Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah saw bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku." Setelah Muaz menerima Mushaf, lalu dibukanya. Maka nampaklah firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula." (Surah Az-Zumar: ayat 30)

Maka menjeritlah Muaz, sehingga dia tidak sedarkan diri. Setelah dia sedar kembali, dia membuka Mushaf lagi dan dia nampak firman Allah yang berbunyi: "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu akan berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?" (Surah Al-lmran: ayat 144) Maka Muaz pun menjerit lagi: "Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad."

Kemudian dia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika dia akan meninggalkan penduduk Yaman, dia berkata: "Seandainya apa yang ku lihat ini benar, maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala."

Kemudian dia berkata: "Aduhai, sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad saw." Lalu dia pun pergi meninggalkan mereka. Di saat dia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud: "Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati."

Lalu Muaz mendekati sumber suara itu. Setelah berjumpa, Muaz bertanya kepada orang tersebut: "Bagaimana khabar Rasulullah saw?" Orang tersebut menjawab: "Wahai Muaz, sesungguhnya Muhammad saw telah meninggal dunia." Mendengar ucapan itu, Muaz terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya. Dia memanggil Muaz: "Wahai Muaz, sedarlah dan bangunlah."

Setelah Muaz sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar As-siddiq, dengan cop dari Rasulullah saw. Tatkala Muaz melihatnya, dia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya. Kemudian dia menangis dengan tersedu-sedu. Setelah puas dia menangis, dia pun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah. Muaz sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: "Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?" Muaz menyambungnya: "Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah." Kemudian dia menangis dan akhirnya dia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.

Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy r.a. lalu dia berkata kepada Bilal: "Wahai Bilal, sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya. Dia adalah Muaz yang sedang pengsan." Setelah Bilal selesai azan, dia mendekati Muaz, lalu dia berkata: "Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Muaz, aku telah mendengar dari Rasulullah saw, baginda bersabda: Sampaikanlah salamku kepada Muaz." Maka Muaz pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa dia telah menghembuskan nafas yang terakhir. Kemudian dia berkata: "Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah r.a." S

etelah sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Muaz mengucapkan: "Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh." Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, dia berkata: "Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah." Kemudian Muaz menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: "Assalamualaikum ya ahlil bait."

Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian dia berkata: "Rasulullah saw bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Muaz bin Jabal. Dia adalah kekasih Rasulullah saw." Kemudian Fatimah berkata lagi: "Masuklah wahai Muaz." Ketika Muaz melihat Siti Fatimah dan Aisyah r.a., dia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Setelah dia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Muaz dan khabarkan kepadanya bahawasanya dia kelak dihari kiamat sebagai imam ulama." Kemudian Muaz bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah saw.


~ berakhir sudah mggu orentasi ~

dh smpai rumah smlm..ada cuti 3 hari jerk.
cuti thaipusam xdapat coz melaka xambik.
smggu di melaka mmg 1 pngalaman yg baru.
berada di IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA juga 1 pengalaman yg baru.
sistem pembelajaran LPBS mmg 1 cabaran.
belajar dan praktikal dlm masa yg sama mmg memerlukan kekuatan dalaman.

smggu berada dlm mood orentasi pelajar,disinila kekuatan dalaman perlu dikeluarkan.
betapa bkn mudah menjadi pendidik.
aku mula belajar sesuatu.
dan yg penting,aku skrg telah kembali belajar.
belajar utk mendapatkan diploma pendidikan.
stahun stengah..sekiranya berjaya,aku akan naik ke atas pentas konvokesyen skali lagi membawa pulang diploma pndidikan.

aku takut sebenarnya..takut yg aku akan kalah dlm cabaran nih.
kami cuma belajar pada waktu cuti sekolah.selebihnya kami akan bt praktikal di sekolah.
buat dua kerja dlm masa yg sama.
tp disinilah sebenarnya aku blh mencari dimana kekuatan aku.
samaada aku blh melepasi cabaran ini @ tidak itu bkn persoalan.
yg penting usaha dan tawakal.insyaallah akan dipermudahkan..

mggu depan ada lgi smggu utk kursus JAPIM.
lps hbs kursus ni tgk la kemana diaorg akan hantar aku.
samaada aku akan ditempatkan di sekolah melaka @ kena dkt negeri lain utk prktikal..
doa jala smoga sekolah yg aku kena posting nnt xteruk sgt..huhu



Label: 0 ulasan | edit post
permainan kosentrasi warna

‎- Jawab spontan, jangan banyak fikir,
- Baca satu demi satu,
- Concentrate!
- KITA MULA :

Permainan konsentrasi warna :

1. Kertas A4 apa warna dia ?

2. Asap warna dia ?

3. Tisu warna dia apa ?

4. Lembu minum apa ?

Yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sebab lembu minum air..

1. Rambut anda warna apa ?

2. Tulisan ini warnanya apa ?

3. Jalan raya warnanya apa ?

4. Kelawar tidurnya bila ?

Yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu. Sebab kelawar tidur siang hari.

1. Warna cendol apa ?

2. Daun kelapa warnanya apa ?

3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?

4. Harimau makanannya apa ?

Yang jawab rumput itu salah. Sebab harimau makan daging.
~ interview SPA ~

2hari lepas aku dpt msj dri SPA yg meminta aku hadir temuduga utk jawatan penguasa kastam..wah..bunyi cam best jerk sbb aku mmg suke keja cam gini.tp..ha,ada tp.mak aku xbg sbb aku dh dpt JQAF.keja guru lbh sesuai dgn aku kata mak.

aku pon pikir blk..mana sempat aku nk redah interview tu.30hb dh tentu2 aku kt melaka.kursus JQAF.nk bt apa aku join interview yg belum tentu aku blh lulus ke x..baik aku pilih keje yg dh tentu terbentang depan mata.ye dak?

aku ingatkn SPA ni xproses aku pnya borang sbb aku rsa dh lama gila aku isi..lgsung xdpt maklum balas.tetiba bila aku dh dpt keje brula dia nk pggl aku..mcm2 kn..hehe

NO. KAD PENGENALAN:880830-56-5544
NAMA PENUH:NAQHIAH BT MOHD TERMIZI
ANGKA GILIRAN:0104041
PEPERIKSAAN:PEPERIKSAAN PEPERIKSAAN MEMASUKI SKIM PERKHIDMATAN PENGUASA KASTAM GRED WK 1-1
SKIM:PENGUASA KASTAM GRED WK1-1
TARIKH:4 FEBRUARI 2012 HINGGA 4 FEBRUARI 2012
Label: 0 ulasan | edit post
~ permusushan di alam maya ~

ha..penah terfikir tentang masalah ni x?
bermusuhan di alam maya..cmna tuh?
well,kononnya ada cinta di alam maya.so,kenapa pulak x ada permusuhan di alam maya.
klu korang bukak cita MELODI kt tv3 tuh pon belambak artis bergaduh dek kerana post menda bukan2 dkt laman sosial diaorg mcm FB @ twitter..




aku sesaja bukak isu ni sbb rasanya skrg ni kita blh nmpak betapa mnusia taksub dgn menda2 ni suma..
menulis segala rasa di laman masing2.kekadang mcm dh x berfikir soal hati mnusia diluar sana yg membaca.
sesedap rasa memaki hamun utk lepas kn geram.
sesedap rasa memalukan org dgn membuka aib mereka.
apa kes?

well..aku bukan menulis kerana aku jugak nk sakitkan hati org.
tp mmg serius masalah ni perlu dibincangkan.

x salah kita menulis sesuatu yg kita rasa betul.
mgkin atas niat utk dakwah dan mengajak ke arah kebaikan.
tp masih ada caranya..jgn memalukan org dan menunjuk kita ni agak bagus.
ini akan menambah rasa xsenang pada org diluar sana.

kata org,utk muhasabah yg baik tgk nasihat yg diberi dan bukan org yg memberi nasihat.
betul..aku sokong 100%.
tp masih jugak perlu dilihat caranya.
klu korang nk dgr nasihat,korang nk dgr ke nasihat yg terlalu berlebihan?
umpama mak kita yg membebel sepanjang hari..korang rasa best @ boring?
rasa2nya blh dgr kerk nasihat yg berjela2 spanjang hari?

aku bg cth kt korang..klu korang tgk seseorg tuh menulis dkt wall dia dlm sehari mnghampiri 10 post korang rasa cmna?
dia ni kuat bebel kn..dia bebel pasal sapa?
org keliling jugak..dia marah,dia hepy,dia sedih suma dia cita..
larat kerk nk tgk?

dan..yg plng penting,mereka yg berada disekeliling akan mula rasa dia sedang cuba meng'condem' mnusia lain.xgitu?
salah org dikhabarkan seluruh dunia dan hanya dia saja yg baik..xgitu?

laman sosial sgt bagus..bjumpa dgn kengkawan lama.berkongsi cerita.bertanya kabar.byk benda menarik blh dilakukan.
menulis di wall jugak bagus.menasihat,menceritakan perkembangan terbaru.itu suma baik.
tp perlu diingatkan,mereka yg membaca adalah mnusia yg mempunyai hati dan perasaan.

betul,siapa yg makan cili dia terasa pedas.
walaupon kita kata kita tujukan secara umum dan xmeletakkan sesiapa utk dijadikan bahan cerita tp hakikat tidak boleh diubah.kita tetap menyakitkan hati mnusia lain sekaligus menimbulkan rasa benci dihati mereka.
disinilah timbulnya permusuhan di laman sosial.

best kerk ada musuh?
klu aku,xbest..tp xtaula pulak klu ada yg best bermusuhan nih..
bg org marah,bg org sakit hati tu hobi dia.
waallahualam..

by the way..nasihat aku.please jaga hati org sekeliling.
jgn nk memaki hamun dkt wall.
jgn nk lepas geram dgn cara biadap.
jgn nk memalukan org dkt wall.
igt! sekali kita lukakan hati org selamanya dia akan bencikan kita.
so,pikir2 la..


permudahkanlah ya Allah..


dalam aku seronok kerana rezeki berpihak kpd aku,aku tlupa..bkn suma org bernasib baik.
ya..akui pada hakikat ini.
aku ingat suma kwn2 aku dapat Jqaf.
aku ingat sumanya berjaya sbb aku berpegang pada kata2 kementerian yg '13500 org guru Jqaf diperlukan'.
ramai..dan aku fikir kwn2 aku suma mampu utk berjaya.
tp aku lupa..nsib setiap org bkn sama.
bkn suma org mempunyai nasib yg baik.

status di FB berdendang syukur diatas kejayaan masing2..
aku melihat satu per satu dgn gembira.
kwn2 aku ramai yg berjaya.tp,ada yg senyap sunyi..
dan benar,nasib xmenyebelahi mereka.

saat ni mmg aku terasa sedih..aku sggh simpati
serius! ini bkn satu propaganda yg aku cuba lakukan.
aku xblh terlalu gembira kerana ada kwn2 aku bsedih.
dan insyaallah,mereka akan buat rayuan.
aku harap rayuan itu akan diterima.sgguh2 aku akan mendoakan sahabat2 ku..

aku dh xsampai hati utk terus bertanya khabar mereka yg sunyi sepi.
aku takut berita sedih yg akan smpai pada aku.
aku xmau..xsggup aku.




ya allah..sesungguhnya kau maha mengetahui..
seandainya perkara itu baik utk kami maka kau permudahkanlah.
dan seandainya perkara itu buruk buat kami maka kau jauhkanlah..
permudahkan urusan sahabat2 ku ya Allah..
amin ya rabbalalamin..


Label: 0 ulasan | edit post
alhamdulilah..terima kasih ya Allah..

serius masih lgi dlm mood hepy..^__^
result j-qaf dh kuar dan aku bjaya!
syukur yg teramat sgt..sgguh..
dlm kegawatan zaman skrg,pengangguran yg smakin bertambah dikalangan student ipt aku xsangka aku blh dpt keja sesingkat ini.

aku xsempat menganggur..
yes,serius!
pas hbs exam hri tu aku bt praktikal 2bln.
blk ja ke KL terus keja kt tadika.
then bila dh resign,smggu ja aku dok kt rmh aku dh dpt keja..
miracle..rezeki yg Allah berikan penuh dgn keajaiban.

kita xpenah tau apa akan blaku pada hari esok.
tp yg penting lakukan yg terbaik setiap hari..
dlm apa jua kerja yg kita bt.
tak kira study ataupon kerja mesti buat yg terbaik.
tak kira minat ataupon tak,tetap kena lakukan yg terbaik.

aku ingat lgi kata nasihat drpd bos aku masa di 7e dulu.
aku penah keja dkt kedai 7e lepas hbs STAM.
kiranya masa tu nk tggu result msuk ipt.
so,aku saja nk cri dt sendiri nk bt lesen keta.
bos aku cakap,wlupon kita nk keja sekejap jerk tp kita tetap kena bt keja dgn baik.xblh halal balai atas alasan kita nk keja sekejap @ gaji sikit or whatever..
sbb ini adalah amanah.jalankan tggungjawab sebaik mgkin.
dimata org awk cuma pnjaga kedai,tp amanah tu tetap awk pegang.

aku belajar dri kata2 ini la yg menyebabkan aku terus memandang kedepan.
perlu lakukan yg terbaik dlm setiap perkara.
xkirala org hargai @ tak..
aku penah merasa mcmmana sakitnya tak dihargai bila penat lelah kita org xnampak.
tp apa yg mampu kita lakukan?
bkn dibawah kuasa kita suma tu..
Allah maha mengetahui..

dan,aku jugak sedar..klu kita sakit hati dgn sesuatu seumpama kita xredha dgn ujian Allah.
Allah yg berikan segala nikmat bt kita pon,blm sepenuhnya kita bersyukur.
jdi,wajar ka kita marah pada mnusia yg xhargai kita bila kita sndiri blm sepenuhnya menghargai nikmat syukur dari Allah.

berusaha menjadi yg sempurna..ya,itu azam aku tahun ni.
btl..xda mnusia yg smpurna.tp itu bkn alasan utk cipta kesalahan.
kita blh berusaha mncapai kesempurnaan itu.
xperlu byk..berusaha sedikit demi sedikit.
dan yg penting kena istiqamah..




Label: 0 ulasan | edit post
Dari sebuah kisah benar..psstt..si suami wajib baca
Untuk para suami dan juga lelaki diluar sana, terlalu banyak iktibar yang boleh kita ambil daripada kisah benar ini.




Assalamualaikum….

Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudah pun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?…abang tak pernah solat ke?…..Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya

Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya… ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan…Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.

Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu…saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.

Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya…….
aku dh resign!
lama xhapdet..xsempat memandangkan aku keja teruk.bila mlm aku dh letih nk on9.hri ni aku dh blk rmh..mninggalkan bumi kajang.mninggalkan kerja aku.terlalu sakit rasanya bila diperbodohkan.serius..aku xmain2.

aku bekerja sbg guru tadika bknnya smggu dua..hmpir 7bulan.segala kerja aku buat.bkn sekadar seorg guru.tp aku jgk sbg seorg pengasuh budak.bkerja hmpir 14jam 1hari.tp gaji yg diberi cuma rm500..aku xkisah lgi.aku kena ajar kafa ptg2,xpenah dbayar.keja secara percuma.aku xkisah lgi.

tp bila aku mntak nk bhenti keja,bos aku bg dgn syarat cukupkan sbulan keja..ok..aku try ikut apa yg dia mntak.tiba2 dia hantar aku ke taska.jaga baby..hal tadika xpayah ambk tahu dh.fine..aku jaga taska selama smggu.tp aku dh nekad,xmau lgi ikut notis tu.aku akan bhenti bila aku dpt gaji.aku dh xmau ckp byk..tiba2,bila tyme bayar dt gaji dia cuma bg sparuh ja sbb dia nk aku tggu smpai cukup tarikh notis.aku xmau ikut.aku dh nekad..klu dia dh buang aku,bt apa lgi aku nk ikut ckp dia.aku nak dt aku,dan aku akan kuar dari tmpat tu..

rupa2nya..dia lgi pndai putar belit.dia kata kmi ada rosakkn brg2 tadika..suma tu perlu diganti.aku btl2 xfhm..ntah dkt mna yg rosak aku xtahu.sbb spnjang aku jaga tadika xda bnda pon yg aku bg rosak.dan akhirnya..aku dan bos bgaduh.aku mengemis mntak dt aku sendiri.mntak hak sbg pekerja..tp,aku dh jadi fed up! aku dh xmau dh dt tu..biarla..setiap sen yg dia ambk,dia xkn selamat.di dunia klu dia kaya pon bkn blh bawa ke mana.aku akan biarkan dia diadili yg maha kuasa.perniagaan dia adalah tanaman yg akan mmbawa dia kemana.

dia dh byk menzalimi org..aku percaya Allah tu maha adil.setiap perbuatan akan dibalas setimpal.
Label: 0 ulasan | edit post
hai hai 2012,bye bye 2011
salam..

hari terakhir 2011..bsok dh msuk 2012.
wah..mcm sekejap jerk hbs stahun.
pejam celik pejam celik,bsok 2012..

cita-cita 2011 suma dh tercapai kerk?
klu tnya aku,waktu aku nk msuk thun 2011 dulu,aku cuma ada 1 jerk cita-cita iaitu nk tamatkan degree aku dgn baik.wlupon cuma ijazah kelas ke2 atas,xpala..dh kira syukur jugak sbb aku blh tamat kn degree aku.xda terkandas.

dan 2012..ya,2012 permulaan utk aku memulakan khidupan bekerjaya.
ntahla..stakat ni mmg aku xnampak lagi jalan.
sepanjang aku habis study,aku cuma kerja dekat tadika dan kadang2 mengajar kafa.
ini pon dh nk bhenti dh..huhu
nk cari kerja lain pulak.
bkn xsayang dekat anak-anak aku ni,tp spa tahu peluang kt luar lbh baik.

so,azam aku tahun baru 2012 nak cari keja yg lbh baik.
insyaAllah perlu jadi mnusia yg lbh baik setiap hari.
dan bkn tggu tahun baru ok..sbb mati xmenunggu tahun
sokong x?
hehe..hepy new year! ^__^



Label: 0 ulasan | edit post
~ pindah rumah ~
salam..

badan penat gila sbb 1 hari ni asyik punggah barang.
ini pon xhabis lagi..sakit kepala aku.besepah2 barang.punyala banyak.huhu
nasib bsok cuti.kalau bsok keja mau tebongkang aku waktu keja.heee

suasana ptama dirumah baru ok la..
kwasan kt sini sunyi sikit klu nk bandingkan dengan selayang.
yala..rumah flat dgn teres mestila ada bezakan.
rumah teres ada privarcy.
xmacam rmh flat..macam2 ragam.huhu

kitaorang pindah rawang sudah..
dh xsesuai nk duduk rmh flat tu lgi.
suma dh besar..kaki suma pon dh panjang.
rumah pon jadi makin sempit.

so,rmh baru agak selesa la kot..
ruang agak luas..^__^
xdala lgi yg nk merungut pasal xda tempat nak baring masa tgk tv.hehe





Label: 0 ulasan | edit post
~ sebab-sebab doa tak diterima ~
sebab-sebab doa tak diterima..



1) mengenali Allah tetapi tidak menunaikan suruhan-Nya

2) mengatakan cinta kepada Rasul Allah tetapi meninggalkan sunnahnya.

3) membaca Al-Quran tetapi tidak beramal dengannya.

4) makan nikmat Allah tetapi tidak bersyukur kepada-Nya.

5) mengatakan syaitan musuhnya tetapi tidak menentangnya.

6) mengatakan syurga itu benar tetapi tidak beramal untuknya.

7) mengatakan neraka itu benar tetapi tidak lari daripadanya.

8) mengatakan mati itu benar tetapi tidak bersedia untuknya.

9) bangun daripada tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia tetapi melupakan keaiban diri sendiri.

10) mengebumikan mayat-mayat (sahabat-sahabatnya) tetapi tidak mengambil ikhtibar daripada mereka.
::: panduan menjawab telefon :::
Panduan menjawab telefon...hehehe ^_^
Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah dan kebanyakannye sama..terpikirkah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le boring sangat lebih² lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon).


1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maaf.sini bukan balai polis.
2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maaf cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maaf.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye… time kasih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo… …
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya…
Jawapan: maaf. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

12. Soalan: assalammualaikum…
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)

~~renung2kan & selamat beramal....huhu ^_^
~ perkahwinan gay pertama lelaki melayu islam malaysia ~

Salam sabtu! hari ni menjejak ke sabak bernam utk fmly day..memula nk gak kongsi pasal family day ni..tp bila aku bukak fb,rasanya ada yg lbh panas utk dkongsikan bersama..

Nak cerita pasal bekas pelajar perubatan University College Dublin (UCD), Ariff Alfian Rosli, 28, yang dilaporkan 'lost contact' kat Dublin, Ireland oleh keluarganya dua hari lepas dan semalam Utusan melaporkan Ariff yang merupakan bekas pelajar tajaan Petronas tu berada dalam keadaan selamat. Alhamdullillah lah kan.

Tetapikan hasil dari maklumat yang didengar, Ariff Alfian yang dikatakan hilang tu sebenarnya taklah hilang tapi dah berkahwin kat sana, tapi... bukan dengan perempuan.. dengan LELAKI mat saleh nama Jonathan. yup lelaki.

Namun, kalau ini bukan Ariff yang dikatakan
atau sememangnya ini lah Ariff ataupun orang lain yang bernama Ariff sekalipun aku mohon ampun sangat-sangat, sungguh tak berniat nak buka pekung orang waima mengaibkan orang, cuma nak berkongsi dengan semua untuk dijadikan tauladan bersama.

Yang pasti dari muka, pakaian yang siap bertengkolok & berbaju melayu lagi masa kahwin tu jelas yang lelaki itu memang Melayu Islam. Astagfirullahalazim.





P/S : Aku minta janganlah kita berterusan menghina & mencaci dengan kata-kata kesat kerana setiap manusia tidak pernah lepas dari dosa tetapi doakan yang Ariff ini akan kembali ke pangkal jalan dan di sisi keluarganya. Amin.
berakhir sudah debaran..
entri sblm msuk tidor..sesungguhnya mata mmg mengantuk tahap tak ingat dh ni..tp oleh kerana masih awal,tak tergamak lak nk tidor.takut nnt malam terjaga.huhu..

pagi tadi bgn mmg awal gila..pkl 4am adik dh sibuk gerakkan aku.kononnya sbb mak ayah aku pesan dkt dia kena bgn awal sbb nk btolak gi shah alam utk interview aku..so,awal2 lagi dia dh bangun.pkl 3am dh celik biji mata dia..pkl 3am ok..bkn pkl 4am,bkn pkl 5am..dh mcm dia pulak nk pegi interview..huhu.semangat bebenor!

smpai hotel intekma mmg awal la..dari selayang meredah ke shah alam bkn makan masa pon.pkl 5.30am dh btolak.smpai shah alam pkl 6am..stgh jam dh settle klu jalan xsesak..tp bila tolak dgn solat,bfast,sesat lgi..pkl 7am dh ready kt hotel..ok la tu.not bad..^_^

smpai jerk kt hotel tuh dh nmpak calon2 J-Qaf..degup jantung pon xbrp seimbang.tmbah pulak yg dtg dgn kengkawan.nmpak confident habis la..yg aku sorg2 dgn family ni cengang jerk tgk diorg bincang cmna nk jwb soklan jap lagi..

tp kejap jerk..lps tu dh dapat kwn,baru aku rasa cool sikit sbb bkn aku sorg jerk gementar.tp suma org pon rasa.so,aku jdi normal blk..sesi interview ada 3 bhagian.mmg ambk masa lama gak la.tambah pulak tyme individu aku calon yg terakhir..mmg tyme mnunggu tu tyme yg paling bosan.ksian mak ayah aku yg kena tggu aku dri pkl 7am tdi lagi..aku pnya interview settle pkl 12pm..bayangla brp lama mak ayah aku tggu..huhu

apa yg aku harapkan smoga ada rezeki aku utk kerja J-Qaf nih..besar harapan mak ayah aku nk tgk aku dpt kerja kerajaan.dan harapan aku jugak..huhu.

haila..dh penat celoteh..nk tidor..gd nite..^_^
Label: 0 ulasan | edit post
debaran..
sobahal khair..haihh.tetiba lak ckp arab yerk.aura interview dh kuar..sesungguhnya keadaan jantung aku sekarang agak kritikal la jugak.dh rasa mcm nk pecah bila fikir yg aku ada lgi beberapa jam utk berhadapan dgn interview J-Qaf..

otak aku dh blurr tahap 360darjah..seyes! perasaan takut,seram sejuk bcampur menjadi 1 smpaikan aku pegang buku pon tangan terketar2..haila..dasat sungguh darah gemuruh aku.harapnya bsok aku xpengsanla depan juri tuh..bt malu kaum jerk.heee!

apa2 pon usaha perlu diteruskan..tinggal beberapa jam lgi utk bt persiapan.harapnya dpat bt yg terbaik..yg penting, DOA & TAWAKAL kpd ALLAH..insya-ALLAH dipermudahkan..

“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (QS. Ath Tholaq: 3)


Allahumma yassir wala tu'assir..Allahumma amenn..


go NAQHIAH go! ^_^
Label: 0 ulasan | edit post
WUJUDKAH ''SALAM UKHWAH'' ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN
WUJUDKAH ''SALAM UKHWAH'' ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN?

TIDAK sama sekali...Perkenalan antara lelaki dan permpuan yg BUKAN bertujuan utk berkahwin adalah HARAM..mana mungkin maksiat bercampur dengan ibadah..telah ALLAH ciptakan LELAKI itu CENDERUNG pada wanita, begitu juga sebaliknya..kerana itulah wujud TEGAHAN ALLAH bg hambanya dari MENDEKATI ZINA..sejauh mana kita boleh mengekang PENYAKIT HATI sedang ianya FITRAH?? apa yang boleh kita lakukan adalah MENCEGAH. Jika alasannya adalah untuk bermuzakarah..bukankah LEBIH selesa jika berurusan dengan yang SAMA jantina..? lebih mudah, lebih selesa, dan lebih SELAMAT..Ketahuilah bahwa SYAITAN sudah BERJANJI dan mempunyai 1001 cara untuk MENYESATKAN umat manusia. Nau'zubillah..

p/s : JANGAN bermain di tepi GAUNG..jika TAHU akan TERGELINCIR.
::: tempahkan aku sebuah bilik di neraka :::

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata...

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya. Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya. "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki... ." nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. " Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka? " Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. " Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.

Gadis seksi bermulut celupar tersebut didapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba-tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba-tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'udzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali-kali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata-kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah digubal oleh yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama-samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir "MANAR ISLAM"
tudung labuh hipokrit??

Tudung Labuh Hipokrit? Meh Sini aku Jawab . .
Meh AKU nak bagi sikit kata² hikmat kat shbt2. .
... ...

Bertudung wajib tau tak . .
Pakai dapat pahala . .
Tak pakai dapat dosa . .
Betul ?
Mesti la betul . .

Islam menyuruh wanita memakai tudung dan melabuhkan tudung hingga menutupi dada . .
Itu lah wujudnya tudung labuh . .

Tentang baik tak baik perangai si pemakai . .
Itu no dua . .
Yang penting . . menutup aurat itu adalah wajib . .
Perkara utama . .
Buat dapat pahala , ta buat dapat dosa . .
Itu yang penting . .

Kenapa mesti kena keluar kenyataan perempuan bertudung tak semestinya baik . .
Kenapa mesti buat kenyataan macam tu ?

Cuba korang bayangkan . .
Tiba² seorang perempuan yang baru ingin memakai tudung . .
Membaca status korang . .
Dan membatalkan niat bertudung disebabkan status korang tu . .
disebabkan statement korang tu . .
Elok orang baru nak pakai tudung jadi terus tak pakai tudung . .

Apa korang dapat ?
Korang da la berdosa sebab tak pakai tudung . .
Lepas tu mengeluarkan statement yang boleh mempengaruhi orang supaya tak bertudung . .
Bertambah² dosa . .
Korang suka ker macam tu ?
Suka kumpul dosa ?

Bagi aku . .
Siapa² perempuan yang kononnya tak dapat hidayah tu . .
Kalau taknak bertudung itu hak korang . .
Tapi jangan keluarkan statement macam tu . .
Berdosa !
Mempermainkan hukum Allah . .

Makhluk yang menentang dan mempersoalkan hukum Allah ni siapa ?
Syaitan tau ta !
Korang pernah baca sejarah syaitan ?
Pernah ?
Hanya syaitan yang menentang hukum Allah ni . .
Ingat diorang mempersoalkan perintah Allah supaya mereka sujud kepada Adam . .
diorang mempersoalkan perintah tu . . kemudian mereka menentang perintah tu . .
Menentang dan mempersoalkan perintah Allah . .
Nak jadi sama seperti itu?
pinjam gambar ustazah fatimah syarha..

pesanan anda

Related Posts with Thumbnails
  • DGN NAMA ALLAH..

    PENGIKUT

    wawwi.com