Couple???- Sebuah Kronologi Menarik Sketsa Cinta

COUPLE : SMS SERAM INI DARIPADA 'AGEN SYAITAN'...

Assalamualaikum..Moga kalian semua sentiasa di bawah naungan rahmat dan magfirahNya. Penulisan ini menunjukkan bahawa dengan hanya SMS kedua pihak boleh terjebak ke kancah penzinaan jika tidak mempunyai Iman yang kuat. SMS ini memang sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya dengan kata-kata manis!
Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah peliharamu daripada semua ini...

**********************************************************************

1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk.
Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq..
i love u too..

5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je.
Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..

8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..

12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...

18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...

****************************************************************
20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan)
- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..

ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI...





berkahwinlah apabila kita sudah mampu untuk mengelakkan perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH..

P/S:renungan untuk diri sendiri dan kpada kalian semua,semoga kita terpelihara daripada perkara ini..ameen~!(:
MALUNYA AKU MENJADI CINTAMU...

malunya cintaku
memuja kekasih duniaku
hadiah silih berganti
basah bibir bicara sayang

agungnya cintanya
mendoakan hingga nafas terakhir
"ummati ummati ummati"
menanggung besar azab mautmu

malunya cintaku
idolaku si penyanyi
ikut terkinja menari
sedangkan engkau ku lupa

agungnya cintanya
menghina cinta diri
membela tempatku
di singgahsana syurga

tertanyakah diriku
basahkah bibirku akan namamu
mana anjuranmu ku pegang
atau ku buang tidak ku pandang

susahnya aku jatuh cinta
padamu tidak ku kenal rupa
tidak jua ku tahu suara
tapi kau mencintaiku lebih dari segalanya

Rasulullah
sungguh
cintamu tiada terbanding
malunya aku menjadi cintamu


syarifah sofia persoalkan valentines day haram

ASSALAMUALAIKUM...

al-kisahnya sy terbaca n3 ni dari sebuah blog..
em,sy xmau ckp panjang.
mungkin kalian blh klik disini utk mengetahui lbh lanjut.

syarifah sofia mgkn terlepas pandang,tp alhamdulilah peminatnya menegur dgn baik.
sy sarankan kalian baca semua komen yg terpapar di blog tersebut.
kalian akan tahu,masih ada yg jahil tentang valentines ni..huhu~~
~ tarikh lahir anda dalam bulan islam ~

    PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM…
    HIJRAH
    Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan

    MUHARRAM
    Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

    SAFAR
    Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

    RABIULAWAL
    Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

    RABIULAKHIR
    Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

    JAMADIL AWAL
    Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

    JAMADIL AKHIR
    Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

    REJAB
    Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

    SYA’ABAN
    Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

    RAMADHAN
    Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

    SYAWAL
    Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

    ZULKAEDAH
    Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

    ZULHIJJAH
    Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan

TUDUNG OH TUDUNG..

ASSALAMUALAIKUM...

hari ni topik kita tudung ya kwn2...
apahal dgn tudung nih?
sbnrnya cmni,smlm sy smpatla layan 1 program kt tv.xperlula bgtahu prgram apa.tp program hiburanla..berkenaan dunia artis kita.

dlm prgram tu adala cita kes sorg artis ni..
dulu x pakai tudung tp skrg dh pakai tudung.alhamdulilah..
tp sedih,bila wartawan tnya knp awk ni kadang2 pakai,kadang2 bukak bla time blakon @ sesi fotografi?
dia jwb apa korang tau?
dia jwb biarla apa org nk kata dkt dia..yg penting Allah tau knp dia bkak tudung.
nawaitu dia nk keja.cari rezeki utk anak2 & keluarga.
dia xkisah bila ada pengarah @ team kerja suruh dia bkak tudung demi watak.
Allah akan faham..

eh,Allah pulak nk kena fhm knp dia bkak tudung?
emm,bunyi pun dh xbetul..korang sokong x apa yg artis ni ckp?
pastu dia ada kata lgi,klu artis yg bt perangai,selalu org akan tunding jari pada artis tu.padahal klu org biasa bt xpa pulak..(mana dia tau org biasa xkena tunding jari?huhu)

dosa ngumpat org,mengata org kamu xfikir pulak..
so,sy pakai tudung ka bukak tudung ka hal sy dgn Allah.
xperlula org lain nk campur..klu org nk ckp sy dh tersasar dri akidah,dia tahu ka apa tu akidah??
(ini la sebahagian lgi apa yg di jawab oleh artis tersebut..)

sy serah kpd kalian plak utk menilai jawapan artis ni..
bgi sy pemikiran artis ni amatla cetek.
perkara wajib yg dipermain2kan.
sy xmau mngukur dosa pahala seseorg tp apa yg diperkatakan oleh artis ni mmg boleh merosakkan pemikiran ramai manusia diluar sana.
bayangkn la klu kita ada berlaku sesuatu.
cth : kita sakit.wajib solat..ada mcm2 cara kita blh tunaikan solat.kelip mata pon blh.
tpi dek kerana bersangka yg Allah akan memahami keadaan kita,kita pon xsolat.blh ka?
tak ka menzalimi diri sendiri tu??

akhir kata,renung-renungkan & selamat termenung..(^__^)

gambar hiasan..

pesanan anda

Related Posts with Thumbnails
  • DGN NAMA ALLAH..

    PENGIKUT

    wawwi.com