=BeLaJaR DaRiPaDa SeMuT =

ASSALAMUALAIKUM..


KISAH NABI SULAIMAN DAN SEMUT :

Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yg diperlukannya utk hidup dlm setahun.Semut menjawab,ia hanya perlukan makanan sebanyak sebutir buah gandum.Lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut di dalam satu botol dgn diletakkannya gula sebesar sebutir gandum.Mulut botol itu kemudiannya ditutup.

Cukup tempoh setahun,mulut botol itu pun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman.Anehnya,baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yg habis dimakan oleh semut tersebut.Nabi Sulaiman bertanya,mengapa hanya separuh makanan sahaja yg dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebutir buah gandum?

Sang semut menjelaskan bahawa jika di luar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya.Sebab itu dia tidak perlu risau dgn hakikat itu.Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dgn sifat keprihatinan manusia.Mana tahu,kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih drpd tempoh satu tahun?Apa akan terjadi kepadanya?

Ertinya,semut lebih yakin kepada jaminan Allah ketika di luar botol berbanding 'jaminan' manusia ketika berada didalam botol.Untuk menghadapi kemungkinan itulah semut mengambil langkah berjimat cermat yakni memakan hanya separuh sahaja drpd apa yg diperlukannya dalam masa setahun supaya jika berlaku sesuatu yg diluar jangkaan,dia mampu bertahan.Masih ada baki makanan yg boleh digunakan.

moral drpd kisah ini :

inilah sifat tawakal dan ikhtiar yg boleh kita pelajari drpd semut.Jgn sekali-kali bergantung kepada sesama makhluk dlm soal rezeki.Bergantunglah kepada Allah.Kalau ada pihak yg berkata,sy jamin bekalan makanan @ simpanan petrol akan sentiasa mencukupi utk sekian-sekian tahun,jgn terlalu yakin.Sebaliknya bertawakallah kpd Allah dan berikhtiarlah dgn keupayaan sendiri.Jika tidak,kita akan dikecewakan.Jadilah seperti semut itu...



Label: edit post
0 Responses

Catat Ulasan

pesanan anda

Related Posts with Thumbnails
  • DGN NAMA ALLAH..

    PENGIKUT

    wawwi.com