SURAU DISIMBAH CAT MERAH
ASSALAMUALAIKUM...

haa..sebenarnya kes ni dh jadi masa bulan ramadhan yg baru ja lepas.
kalian mesti penah tgk kt tv @ baca kt paper.
sy pon sempat gak tgk kt berita tv3 kes ni.
tapi tu la..sebab tak on9.
so,lmbatla sikit nk ceduk berita ni dlm blog.

GILA!
tu ja yg boleh sy katakan pada manusia yg tak da keja ni.
dah tak centre kot tiba2 nk g simbah cat kt surau.
klu dah suka sgt men cat,g la cat kt umah sendiri.
tak pon bg cat tu kt sy.
boleh sy cat umah sy yg dh kelabu asap tu.huhu
dh la..mls tulis panjang2.
marah ni.marah ni.(sengal ja.hukhuk)
jom baca berita kt bawah ni..



SURAU Taman Seri Pulai Seremban yang menjadi sasaran pihak tertentu menyimbah cat dan membaling botol arak. Gambar kecil Mohd. Hasbi menunjukkan cermin pintu gelongsor surau yang disimbah cat.

SEREMBAN Entah apa motifnya, sebuah surau yang baru sebulan digunakan jemaah menjadi sasaran pihak yang tidak bertanggungjawab menyimbah cat dan membaling beberapa botol minuman keras dalam kejadian di Taman Seri Pulai di sini semalam.

Kejadian yang dipercayai berlaku di antara pukul 1 dan 5 pagi itu mengakibatkan pintu gelongsor surau rosak terkena cat merah. Beberapa tingkap dan dinding yang dibaling dengan botol arak bagaimanapun tidak mengalami kerosakan.

Pengerusi surau terbabit, Mohd. Hasbi Ismail, 35, (gambar) memberitahu, sebelum menyedari kejadian itu, dia ada mendengar bunyi seseorang membuang tong cat di belakang rumahnya yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah ibadat itu.

Saya tidak pula bangun kerana tidak mengesyaki apa-apa. Saya terus menyambung tidur untuk bangun sahur.

Bagaimanapun, apabila saya tiba di surau itu untuk solat Subuh pada pukul 6 pagi, saya terkejut apabila melihat pintu gelongsornya telah disimbah cat merah, katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

kredit : kosmo.com.my

Label: edit post
0 Responses

Catat Ulasan

pesanan anda

Related Posts with Thumbnails
  • DGN NAMA ALLAH..

    PENGIKUT

    wawwi.com