10 sebab atau tanda hati mati & 3 cara bagaimana untuk hidupkan hati
ASSALAMUALAIKUM..

Hari ni sy nk kongsikan 1 artikel yg baik utk kita semua.
semoga kita dapat ambil ikhtibar darinya..

Menurut Syeikh Ibrahim Adham,antara sebab atau tanda2 hati mati ialah :




1. mengaku kenal Allah,tetapi tidak menunaikan hak-hak Nya.
2. mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w,tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. membaca Al-Quran,tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. menamakan nikmat-nikmat Allah,tetapi tidak mensyukuri atas pemberian Nya.
5. mengaku syaitan itu musuh,tetapi tidak berjuang untuk menentangnya.
6. mengaku adanya nikmat syurga,tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. mengaku adanya seksa neraka,tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. mengaku kematian pasti tiba pada setiap jiwa,tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. menyibukkan diri membuka keaiban orang lain,tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam,tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Menurut Syeikh Ibni Anthoillah Iskandari dalam kalam hikmah berikutnya :

sebahagian tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan,juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati Hati itu adalah kerana 3 perkara :

1. hubbun dunya ( kasihkan dunia)
2. lalai daripada zikrullah (mengingati Allah)
3. membanyakkan makan & menjatuhkan anggota badan kepada maksiat.

Hidup Hati itu kerana 3 perkara :

1. zuhud dengan dunia.
2. zikrullah
3. bergaul atau berkawan dgn aulia Allah.


nota kaki :

lidah org yg berakal terletak di blkg hatinya.
hati org yg bodoh terletak di blkg lidahnya..
Label: edit post
0 Responses

Catat Ulasan

pesanan anda

Related Posts with Thumbnails
  • DGN NAMA ALLAH..

    PENGIKUT

    wawwi.com