maksiat berleluasa-benarkah syaitan dirantai di bulan ramadhan??
ASSALAMUALAIKUM...
Soalan
Penceramah selalu kata pada bulan Ramadan semua syaitan dirantai tapi saya lihat orang buat maksiat dan mungkar semacam je, macam mana tu ustaz?

Jawapan
Syaitan di rantai pula mempunyai beberapa makna tafsiran. Ada juga yang bertanya, jika syaitan dirantai pada bulan Ramadan, kenapa masih ada gangguan syaitan? Ada hamba Allah berkata bahawa dia nampak makhluk itu pada bulan Ramadan.
Makna syaitan dirantai:

1. Secara zahir iaitu memang syaitan dirantai sepanjang bulan Ramadan. Ia menjadi tanda kepada para malaikat dengan kedatangan Ramadan dan bertujuan mencegah syaitan daripada menganggu manusia Muslim.


2. Isyarat kepada banyak pahala dan kurang dosa.


3. Syaitan menjadi lemah pada bulan Ramadan dan kurang aktif.


* Petikan daripada buku Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang PUASA Tapi Anda Malu Bertanya, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Dari sy budak lagi sy musykil pasal perihal syaitan dirantai dibulan puasa. Akal kanak-kanak sy selalu berfikir, syaitan musuh Allah, kenapa Allah rantai dia dibulan Ramadhan sahaja, rantai lah forever. Tapi sy memang confident syaitan tiada masa itu, jika disuruh berjalan tengah malam ke kubur pun sy berani.(poyo ja..huhu) tapi kalau kita percaya apa yg reporter kata, clik kt sini, memang syaitan masih bermaharajalela.Mungkin bukan secara fizikal tpi semuanya datang dari diri sendiri.Itu bukan syaitan rasanya, itu nafsu serakah. Tapi binatang yang dilaporkan itu memang melampau, dia buat penderaan sexual keatas kanak-kanak tersebut sehingga mati. Gila... memang betul-betul gila.

Cerita syaitan dirantai memang menarik untuk diperkatakan. Pada sy, apalah salahnya kita anggap sememangnya 100% syaitan dirantai sepanjang bulan Ramadhan. Jadi segala tindak tanduk kita mmg datang dari diri kita sendiri. Maknanya, jika kita buat salah, engkar suruhan Allah, sememangnya NAFSU kita yang menyeru kita berbuat demikian. Bukan dengan godaan syaitan, bukan dengan bisikan iblis, bukan dek kerana tertipu dengan pujuk rayu makhluk dilaknat Allah itu. Jadi bila kita fikir sebegitu insyallah kita akan mampu melawan godaan tersebut, kerana ianya cumalah nafsu kita sendiri. Takkan sebahagian dari diri kita sendiri pun kita tak mampu lawan. Lemah sangat rasanya jika begitu.

So, walaupun ada cerita menarik di tv kita still akan mampu menggerakkan otot-otot untuk ke surau atau masjid berterawih. Dan walaupun ada pelbagai jenis juadah di pasar Ramadhan kita berupaya untuk memilih hanya untuk mengenyangkan perut, bukan memuaskan nafsu. Sy selalu setkan apa sy nak beli dahulu sebelum pergi bazaar. Nak selamat, setkan ikut harga. Katakan, hari sy akan spent maximum RM10.00. So, kalau dah beli ayam percik RM5.00 ada balance RM5.00 sahaja untuk kueh dan air. Kalau terlebih juga, esok kurangkan ke RM8.00,dan diteruskan sehingga tidak membazir.

Sama-samalah kita melawan NAFSU dibulan Ramadhan. Insyaallah.

Ada macam tazkirah di surau selepas terawih tak? (^__^)

nota kaki :

apa kata pakat2 join tadarus nie.
walaupun di alam maya,tp masih lgi boleh join aktiviti amal.
mmg respect dkt kak zara yg anjurkan program camni. (^___^)

0 Responses

Catat Ulasan

pesanan anda

Related Posts with Thumbnails
  • DGN NAMA ALLAH..

    PENGIKUT

    wawwi.com