Salam sabtu! hari ni menjejak ke sabak bernam utk fmly day..memula nk gak kongsi pasal family day ni..tp bila aku bukak fb,rasanya ada yg lbh panas utk dkongsikan bersama..
Nak cerita pasal bekas pelajar perubatan University College Dublin (UCD), Ariff Alfian Rosli, 28, yang dilaporkan 'lost contact' kat Dublin, Ireland oleh keluarganya dua hari lepas dan semalam Utusan melaporkan Ariff yang merupakan bekas pelajar tajaan Petronas tu berada dalam keadaan selamat. Alhamdullillah lah kan.
Tetapikan hasil dari maklumat yang didengar, Ariff Alfian yang dikatakan hilang tu sebenarnya taklah hilang tapi dah berkahwin kat sana, tapi... bukan dengan perempuan.. dengan LELAKI mat saleh nama Jonathan. yup lelaki.
Namun, kalau ini bukan Ariff yang dikatakan atau sememangnya ini lah Ariff ataupun orang lain yang bernama Ariff sekalipun aku mohon ampun sangat-sangat, sungguh tak berniat nak buka pekung orang waima mengaibkan orang, cuma nak berkongsi dengan semua untuk dijadikan tauladan bersama.
Yang pasti dari muka, pakaian yang siap bertengkolok & berbaju melayu lagi masa kahwin tu jelas yang lelaki itu memang Melayu Islam. Astagfirullahalazim.
P/S : Aku minta janganlah kita berterusan menghina & mencaci dengan kata-kata kesat kerana setiap manusia tidak pernah lepas dari dosa tetapi doakan yang Ariff ini akan kembali ke pangkal jalan dan di sisi keluarganya. Amin.
Catat Ulasan