Assalamualaikum...
Fatimah binti Abu Bakar. Inilah insan yang sy kira sangat tabah.
Satu demi satu dugaan menimpa,namun beliau begitu kuat menghadapinya.
Baru-baru ni,kami dikejutkan dengan berita kak timah (panggilan bt dirinya) sakit kritikal.
Bermula dari gastrik,sakitnya melarat. Apa yang sy tahu,kak timah skrg mhidap barah rahim,jantung dan paru-parunya juga rosak.
Bagaimanapun,sy sndiri tak pasti samaada penyakit ini benar ataupun tidak.
Sy sndiri cuma mndengar dari rakan-rakan sekelas yg sering bercerita tentang kak timah.
Apa yg pasti kak timah memang benar-benar sakit kritikal.
Alhamdulilah...
Sesudah selesai kulliyyah pada hari ini,sy dan rakan-rakan berpeluang menziarahi kak timah.
Walaupun kami agak terlambat kerana waktu melawat sudah tamat,tapi kami agak bersyukur kerana mak cik guard yg menjaga wad itu baik hati dan membenarkan kami melawat kak timah.
Sayu saat melihat kak timah di dalam bilik. Di tangannya penuh dgn wayar dan kesan lebam.
Tentunya sangat seksa menahan kesakitan itu. Tapi kak timah masih mengukirkan senyuman menyambut kedatangan kami.
Sy tahu,semua yg memasuki bilik itu sebak melihat kak timah. Bagaimanapun tak mungkinla kami akan menitiskan air mata dihadapan kak timah. Kedatangan kami bukan untuk menambah kesedihan kak timah.
Tetapi kedatangan kami adalah untuk memberi semangat dan kekuatan buat kak timah. Kami mahu kak timah merasakan yg dia sentiasa ada teman yg menyayanginya walaupun keluarga kak timah jauh di seberang. (kemboja).
Walaupun pertemuan dgn kak timah sangat singkat tapi sgt terkesan. Sy berharap agar kalian yg membaca artikel ini turut mendoakan sahabat kami ini agar kak timah dapat kembali sihat dan dapat sama-sama berjuang bersama kami. Berjuang mendapatkan segulung ijazah dan bersama menyebarkan ilmu Allah. AMIN....
Catat Ulasan