Salam buat sesiapa yang menziarah blog ini.Agak lama jugak blog ini sepi tanpa artikel baru.Maklum la,akhir-akhir ni agak sibuk.Nak dekat exam dah..banyak la benda yang nk dibuat.Macammana pun saya cuba mencuri masa untuk menghidupkan blog ini.Kalau mengikut perkiraan saya lagi 2 minggu exam akan berlangsung.Insyaallah untuk exam ini,apa yang kita usahakan akan kita dapat.Ya,percayalah.Tuhan beri kita kudrat untuk pilih antara baik dan buruk.Kita nak buat buruk boleh.Tapi semua perbuatan buruk kita akan diberikan dosa atau neraka dan perbuatan baik kita diberikan balasan pahala atau syurga.Memang kita boleh pilih sendiri.
Takkan kita nak kata,"Dah memang Tuhan tentukan aku jahat maka jahatlah aku.Sudah memang Tuhan tentukan aku masuk neraka,nerakalah aku.Kan nak buat jahat atau nak buat baik tu kita yang pilih? Macam tu jugak nak berjaya atau nak gagal,kan kita yang pilih,kita yang tentukan apa yang kita nak buat.Kalau kita pemalas,degil,tak nak berusaha kemudian kita gagal.kan tu salah kita sendiri? Tak kan kita nak salahkan Tuhan pulak?" tak boleh...
Maka itulah,saya yakin bahawa semua yang kita lakukan dengan betul strateginya,bersungguh-sungguh,berdoa dan bertawakal kita akan dapat kejayaan.Sebaliknya kalau kita lakukan sesuatu sambil lewa,nak tak nak memang kita akan gagal.Kalau berjaya pun berjaya yang tak semana.
Tengok orang kafir,kenapa mereka boleh berjaya sangat? Sebab mereka berusaha luar biasa,jauh lebih kuat daripada kita.
Jadi,anda perlu ada imaginasi cemerlang supaya semua yang anda inginkan menjadi nyata.Semua yang anda capai,akan anda betul-betul gapai.Usaha dulu kemudian berdoa dan akhir sekali bertawakal.Jangan bertawakal dulu,usahanya kemudian atau usahanya tidak seberapa,doanya yang lebih.Mana ada jalan?Sekuat mana kita doa sekuat itulah kita usaha.Pasti berjaya insya-Allah..
( SALAM MUHASABAH..MOGA KITA BERJAYA DALAM IMTIHAN.INSYAALLAH....)
Catat Ulasan