~ al-kisah si penulis ~
ASSALAMUALAIKUM...

Ini cerita benar. Cerita benar seorang penulis yg berjaya. Begini kisahnya...

Entah apa yg selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota,dia kerap minta duit seakan-akan mendesak.

" Ada duit? Minta ayah sikit..."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yg ada hanya cukup-cukup tambang. Mujur,isteri dan anak-anak saya sudah pun faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

" Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi,tapi saya memang tak ada duit," bisik saya pada emak.

Emak seperti biasa,berwajah selamba. Sukar ditebak reaksinya.
" Bagilah beberapa yg ada." cadang mak pendek.
" Takkan 5 ringgit?"

Emak mengangguk.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yg boleh dibeli dengan wang 5 ringgit.. Tapi kerana tidak mahu hampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak,saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalu tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yg mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada di perut bas dlm perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa lagi yg memberi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangnya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi wang permintaan ayah. Kekadang terlupa, tetapi ayah selalu mengingatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas utk diberi kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yg masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang 2 ringgit utk diberikan kepada ayah. Ironinya,ayah tetap dengan permintaannya dan tetap senyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitu pun,setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setia memasukkan duit yg melebihi jumlah yg saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa yg lama utk memahami apa maksud tersirat di sebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada' , tetapi ada sesuatu yg lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun secara bertahap-tahap,buku penulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yg saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dgn kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya sekeluarga mula pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

" Nanti besarlah kereta kamu ni..." ujar ayah senyum.
Apa pun, saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali hendak pulang. Wang saya hulurkan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dgn sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh, tak payahlah ayah..." Sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga dah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun dengan perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu. Tetapi sengaja dia tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.
" Kenapa,dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit di kocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya,duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yg saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yg mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai 3 tahun, kami bertukar kereta. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yg meningkat saya sudah membeli sebuah MPV untuk kegunaan jarak jauh dan sebuah lagi kereta untuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun bagaimana sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya, ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yg berjaya.

Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia memberi kerana Allah. Mencontohi ALLAH al-Wahhab itu!

PESANAN PENULIS ITU :

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yg tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi untuk kehidupan di akhirat. Mereka bukan ' liabiliti ' tetapi sebenarnya aset untuk kita ( walaupun istilah itu sebenarnya kurang ataupun tidak tepat, kerana ibu bapa bukan benda). Rugi betul siapa yg mempunyai ibu bapa yg telah tua tetapi mengabaikannya."

" Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri, walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. Doa mereka mustajab. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah SAW, keredaan Allah itu terletak kepada keredaan ibu bapa."




~ reunion SMAPG ~

ASSALAMUALAIKUM..

MASA : 9pg sampai ptg diaorg jalan.(takda masa khusus utk bersurai.hoho~~)
TARIKH : 19 jun 2010
TEMPAT : RFC (radix fried chicken) sungai petani.
MEREKA YG TERLIBAT : bekas student SMAPG tahun 2001 - 2005






reunion ni dah buat seminggu yg lepas..
tapi oleh kerana sy takda sekeping pon gambar masa reunion nih,so sy terpaksala simpan dulu utk terbitkan entri pasal reunion nih.
nak tahu kenapa sy tak snap gmbar masa reunion tu?
sbb sy malu nk snap guna hanset bila tgk suma kengkawan kuarkan kamera digital utk snap gmbar.
sy mmg seorg yg pemalu..betoiii.tak tipu.huhu.(~__~)

sy ada kamera sebenarnya..
tapi tu lah,sengal sgt.
kamera bawak balik,tapi charger tinggal kat rmh sewa di alor setar.
tak ka sengal namanya?huhu.
kamera tu blh berfungsi pada awal cuti ja.
then,bila batery dh 'kong' apa maknanya?
kena simpan dlm almari jala.
takda pekdah langsung.hoho~~
kan sy dh marah diri sendiri..huhu (T__T)

mujurla ada kawan yg baik hati..
ustazah mariah yg sudi hantar gambar2 ni melalui emel.
terima kasih byk kpd mariah.
kalian blh gak melawat blog sahabat sy tuh.
klik kt nama dia ya..

ok,sekian saja utk hari ini..
salam..
(^__^)

JIKA TAK KIAMAT

ASSALAMUALAIKUM...

siang tadi sblm hantar adik masuk U kitaorg sempat singgah 1 kedai makan utk minum-minum.
minum ja sbb udah mkn..
kitaorg suma order air kelapa ja.
kelapa muda yg ditebuk atasnya.
kedai tu biasa2 ja..warung rasanya.
tak ada dekorasi yg menarik pon.
tp ada sesuatu yg menarik perhatian kami saat menapak di situ.
terdapat 1 pantun yg diletakkan di bahagian dinding kedai.
nak tahu??
jom baca bawah ni...

" sabda rasul tentang kiamat pasti berlaku petang jumaat,
maka wajib kita beringat dunia jgn dicintai sangat,
QAWWAM tutup pada petang jumaat,
dibuka pada hari sabtu jika tak kiamat. "

nota kaki :
dalam berpantun ada nasihat dan pengajarannya. ~_^

Label: 0 ulasan | edit post
:: dating ngan kengkawan ::

ASSALAMUALAIKUM..


MASA : 10am - 5pm
HARI : sabtu
TARIKH : 26 jun 2010
TEMPAT/ LOKASI : mid valley,KL.
MEREKA YG TERLIBAT : bekas student YK (yayasan khairiah) yg skrg menuntut kt UNISEL.
~ lola @ nadrah,jazma,saya dan adik..









nota kaki :
sgt seronok meng'upload' gambar time internet laju.hoho~~

kisah cheese cake pandan

ASSALAMUALAIKUM

ha..apa cerita nih? pepagi dh bukak cita pasal cheese cake..
emm,sebenarnya ni cita semalam.tapi belum basi lagi ek..
semalam pas ambik mak kat ofis kitaorg g pasaraya.
adik sy la,sibuk nk beli barang2 nk masuk u nnt.
pastu,dh best shopping mak suh beli brg2 buat cheese cake.
mak kata kengkawan dia nak rasa cheese cake yg kitaorg buat..
haiii..mak ni pepandai ja kan?
dah takda topik ka apa..
dia bgtahu kt kawan dia,kitaorg bt cake hari2.
ada ka patut?
mmg tak la..
bunyi pon dh plastik sgt..
nk bt apa masak cake hari2?
bukan makan mcm nasi..hoho~~



kat atas ni,bukan cake yg sy buat ya..
ni yg sy nk cita ni..
emm,kitaorg habis shopping dlm pkl 8pm gak.
terkejar2 balik umah solat..
dlm pkl 9 sy start nk bt cake dh..
napa tgh2 malam gagah nk bt cake?
salah 1 sebabnya,mak nk bawak kt kawan2 dia kt ofis.
pastu sementara masih ada pembantu (adik sy) baik manfaatkan..(^__^)
so,kami 2 org pun menggodekla nk siapkan 2 bekas cake..
penuh komited la katakan..hoho~~
dh siap suma masukkan la dlm oven..
tunggula dgn penuh kesabaran.
sesekali jenguk tgk cake tu dh kembang ka,kecut ka..
dh tak masak lagi,sy pon relax2 kt hall sementara tggu cake.
tetiba rasa macam ada bau cake tu kuat semacam ja..
sy pon pegi tgk.
dh kembang semacam cake tu..
haiii..dh hangit separuh pon..huhu.
tgk2 oven pon dh sindrom.
rupanya,cermin oven dh pecah sikit..
panas sgt ka?huhu..
confius..
cake yg lagi 1,duduk bahagian atas.
nasib baik sempat masak..
bekas yg atas ok lagi.
tp bekas yg bawah,dh la hangus.tak berapa masak pulak tu.
emmm,oven dh spoil kitaorg punya cake.T__T
rasanya,dia dh tak larat dh tu..
dia nk suh beli oven baru..
emm,nmpaknya,boleh bg sikit ja kt kawan mak utk rasa.
dan bt seketika waktu,kerja2 mmbakar kek,kuih @ segala bagai terpaksa dihentikan kerana oven dh uzur..huhuhu.



bila la dapat bt cake comey cmni kan?
sejuk mata memandang..
ni tiap kali buat cake,asyik hangit la.bantat la..
emmm..sabo jala..T___T


nota kaki :
klu raya ni takda oven baru,jawabnya raya ni makan kuih tunjuk jala..

KELAB BLOGGER BEN ASHAARI



SALAM...

akhirnya terbuka jugak hati nk join kelab nie..
sebenarnya dulu bkn tak terbuka,tapi tak reti.huhu.
baca sekali tak faham.
hari ni,baca berkali-kali sampai faham.
tak susah pon sebenarnya.

terima kasih byk2 la pada En.Ben Ashaari yg buat program cmni.
kalian nk tau cmna program ni?
lebih kurang nk kenalkan blog kita pada blogger yg lainla.
tp bukan utk glamor ya..
En.Ben marah org yg gila glamor ni.hohoho~~~
so,kengkawan suma..
jom la join kelab blogger Ben Ashaari.
mudah-mudahan akan dpt banyak manfaat.
insya-ALLAH..


trip family ke kelantan

ASSALAMUALAIKUM...

apa kabar kalian suma hari ni? sihat?
emm..cuti sek dh habis.
tggal sy dan adk no 2 yg akan menyusul mggu depan.

sementara masih belum smbung study,masih sempat sy nk update blog ni dgn meriahnya..
klu dah msuk study nnt,1 entri dlm sebulan pun susah nk kuar.hoho~~

so,cerita utk hari ni pasal trip family g kelantan..
klu nk cerita pasal pasar siti khadijah,rantau panjang tak yah la kan..
rasanya suma pon tahu apa yg menarik kt kelantan.
bandar yg mmg islamic.
setiap sign board mesti ada tulisan jawi.
mmg takda kt negeri lain..

tp,cerita sy ni kes kena 'kencing' dgn peniaga kt sana..
ok..camni.
trip kitaorg ni menggabungkan 3 buah family termasuk family sy.
kitaorg konvoi sekali la sbb nk ddk kondo yg sama.
perjalanan dari kl ke kelantan lebih kurang 8jam.
kitaorg bertolak dari pg.
so,bila dh tghhari perut suma pon dh menggelegak.
berhentila dkt 1 kedai makan ni..
tak tahula nk kata restoran ka warung..
sy dh tak igt apa nma tmpat kitorg berhenti tu.
tp kedai tu tepi jalan ja..

pas2 suma pon layan diri la..
nasi campurkan..kena g kt kaunter,ambk nasi n lauk masing2.
tak byk pilihan sgt.
ada berapa jenis lauk ja.
mejoriti family kitaorg ambk lauk ayam yg size dia lebih kurang mcm ayam dlm nasi lemak kt kantin sekolah.hoho~~
air pulak mejo ambk sirap ja..
nk cepat sbb perut dh lapor jdi order air yg simple dan sama suma.
kononnya nk cepat,tp nasi dah nk habis baru air sampai.
sabo jala..

dh habis makan,tertanya2 jugak.
knpa takda org yg dtg bertandang ke meja dan kira harga nasi setiap org?
dlm hati mgkin dia dh kira masa bubuh nasi tadi,walaupun sebenarnya tak nampak pun dia tgk pinggan kitaorg.
dh settle makan,angah ya(pak cik sy) pggl peniaga tdi nk settlekan bil.
pastu peniaga tu tanya "suma sekali ka?"
pak cik sy angguk..
"suma sekali rm82"

mak aiiii..mahalnya..dkt 100 tu utk 14 org mkn.
peniaga tu kata 1 kepala rm6.
eh,main kepala pulak..
patutnya kena tgk apa yg kitaorg mkn.
setakat nasi yg ada kerak boh ayam goreng ngan air sirap dia nk hentam kita rm6?
adoiii..mkn kt kl pon tak teruk mcm ni..
mentang2 kami org luar,terus dia nk cekik kita.
kata 1 malaysia..
klu ya pon kami org kl,tp still org malaysia lgi.
bukannya tak tau harga brg tempatan

lainla klu kami ni dri america awk nk cekik kitaorg.
nasib baik pak cik sy tak bising2.
bayar terus ja..
sejak tu kitaorg tak makan kt luar dh.
selama 4hari 3malam kt kelantan kami masak kt kondo ja..
beli ikan masak.
makan pun puas..
hati pon tak sakit..

ha..awk kenakan kitaorg yg 14org ni dan 14org ni akan doakan peniagaan awk.
tak ikhlas berniaga tentu akan dapat balasannya.
mcm mana cerita bandar islam,tp peniaganya tak berapa islam??
emm..renung-renungkan dan selamat beramal..(^___^)






pesanan anda

Related Posts with Thumbnails
  • DGN NAMA ALLAH..

    PENGIKUT

    wawwi.com