SYUBHAHKAH BERFACEBOOK?

SALAM..
Rasanya mungkin ada sahabat2 sekalian merasa was-was tentang hukum menggunakan facebook.
Sy ada membaca artikel yg ditulis dari Ustaz Zaharuddin tentang kajiannya.
Mungkin boleh dikongsi bersama bagi mengelakkan kesangsian..=)



Soalan

Ustaz, SYUBHAHKAH menyertai FACEBOOK? ana ada terbaca artikel yang mana pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?

Jawapan

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak pula ditulis oleh pelbagai individu di forum dan blog.

Sebelum ini saya sendiri tidak menggunakan facebook walaupun saya telah membuat beberapa kajian serba ringkas dan membaca semua terma perjanjian yang terkandung di web facebook.

Namun ramai individu meminta dan mencadangkan saya membuka akaun facebook untuk menyebarluaskan lagi dakwah dan ilmu yang terkandung di dalam website saya. Biasanya, permintaan itu saya abaikan, sehinggalah rakan webmaster zaharuddin.net sendiri mencadangkan kepada saya, lalu saya tolak atas alasan kesibukan.

Beliau kemudian mencadangkan dibuka fanpage facebook dan bukannya facebook profile individu bagi mengelak kesibukan yang dibimbangkan tadi. Beliau juga bersetuju membantu proses pembukaan itu dan administrasi.

Atas tanggungjawab dakwah dan melihat web saya yang kerap ditimpa masalah server akhir-akhir ini, saya izinkan beliau memulakan fanpage facebook untuk pengunjung zaharuddin.net. Boleh melawatnya di sini.

Maka sejak dari 28 Dis 2009, saya mula menjenguk facebook zaharuddin.net dan membuat pengisian serba ringkas.

Zaharuddin.net on Facebook

Kembali kepada soalan, dalam menentukan keputusan dan hukum penyertaan facebook, menurut pendapat saya, terdapat beberapa isu yang perlu diperhati dan telah saya perhati sebelum saya memberi izin kepda rakan webmaster saya membuka fanpage facebook. Ia adalah seperti berikut :-

1) Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?

Kesimpulannya, adalah dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.

Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-

‏أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)

Tambahan dalil boleh dibaca dari link artikel saya yang lalu di atas.

2) Apa maksud saudara penyoal dengan ayat ‘menyumbang kepada bangsa Yahudi'?

Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah s.a.w dan para sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah.

Cuma persoalannya di sini, adalah menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis. Namun adakah dakwaan itu boleh dibuat dan dipercayai semudah itu, tanpa sebarang bukti jelas dan hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3) Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Begini, jika ternyata dari sumber yang sohih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang mana digunakan hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, tatkala itu barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.

Dalam konteks facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah facebook, tidak menyertakan bukti jelas berkenaan hal ini. Semuanya membuat andaian itu dan ini, sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar boleh mengajak kita untuk berhati-hati dan peka sahaja.

Malah majoriti pengguna facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat tersebut. Kecuali yang menyertai skim-skim yang ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan)

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti-bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum. Justeru boleh saya katakan, kajian telah dibuat dan kami gagal MENDAPATI sebarang bukti untuk menyokong andaian-andaian pihak yang membuat andaian.

Jika dikatakan

"bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pihak syarikat facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap-senyap"

Tanpanya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama ini. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara dan aktviti lain, kerana larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam beragama Hindu, Kristian, Buddha dan lainnya. Penjual-penjual tersebut juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap. Akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri, hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti yang jelas.

Oleh kerana itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukum adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun facebook.

Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syuhbat diketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian ‘case by case'.

Cuma menurut maklumat yang diterima, puak Yahudi Zionis sendiri TIDAK PUAS HATI dengan facebook.

Pun begitu, pengguna facebook sukar untuk dibebankan dengan masalah ini kerana mereka TIDAK BERJUAL BELI denga facebook, mereka hanya menggunakannya secara percuma. Jika dikatakan, penggunanya menyebabkan trafik facebook menjadi tinggi dan iklan mencurah masuk lalu memberi keuntungan kepada pemilik facebook. Ia juga sukar kerana kesesakan trafik bukanlah bersifat ‘direct' membantu facebook, tambahan pula sebagaimana di katakan tadi, tidak jelasnya sumbangan kepada keganasan Yahudi.

4) Privacy pengguna facebook dijajah?

Ini mungkin ada benarnya, setelah saya menghabiskan bacaan privacy policy yang terkandung di dalam web facebook, ia memberikan gambaran bahawa gambar, info dan segala yang terkandung di dalam facebook kita boleh tetap wujud di facebook orang lain yang dikongsi, dan saya yakin pihak facebook juga mempunyai simpanan data terbabit.

Policy menyebutkan :

"Even after you remove information from your profile or delete your account, copies of that information may remain viewable elsewhere to the extent it has been shared with others, it was otherwise distributed pursuant to your privacy settings, or it was copied or stored by other users."

Terma ini adakalanya boleh membawa sedikit mudarat jika tidak ditangani dengan bijak oleh pengguna. Namun demikian, terma ini sahaja tidak mampu menjadi keseluruhan facebook sebagai haram.

Selain itu, juga disebutkan :

To respond to legal requests and prevent harm. We may disclose information pursuant to subpoenas, court orders, or other requests (including criminal and civil matters) if we have a good faith belief that the response is required by law. This may include respecting requests from jurisdictions outside of the United States where we have a good faith belief that the response is required by law under the local laws in that jurisdiction, apply to users from that jurisdiction, and are consistent with generally accepted international standards. We may also share information when we have a good faith belief it is necessary to prevent fraud or other illegal activity, to prevent imminent bodily harm, or to protect ourselves and you from people violating our Statement of Rights and Responsibilities. This may include sharing information with other companies, lawyers, courts or other government entities."

Berdasarkan kepada terma di atas. Sebenarnya pihak facebook mempunyai hak untuk mendedahkan informasi kita kepada mana-mana berdasarkan alasan yang disebut di atas. Tiada takrif jelas bagi yang disebut di atas, semua masih tetap terpulang kepada keputusan pihak facebook. Maka menyerahkan info dan gambar kita kepada syarikat tertentu, CIA, FBI atau apa jua badan kerajaan adalah hak facebook jua.

Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan pengunaan facebook sebagai haram, apa yang perlu adalah kawalan dan had limit.

KESIMPULAN

Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut :-

· Hukum membuka akaun dan menggunakan facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama facebook samada melalui dana kepada Yahudi, Amerika dan lainnya.

· Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat facebook, mereka dinasihatkan untuk TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram secara umum.

· Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan untuk :-

a- Memanupulasi akaun facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b- Limitasikan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c- Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi ( khsusunya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had limitasi, tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Di samping ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.

d- Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e- Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

f- Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.

g- Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan.

Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna dan membuka akaun facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Malah jikalau terdapat unsur syubhat sekalipun, ia telah diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui facebook itu.

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

PERUBATAN MELALUI TEORI AL-QURAN

SALAM...

Ada sesuatu yg nak dikongsikan bersama.
begitu hebatnya agama Islam,agama di sisi Allah.
dan kita sebagai umat Islam harus berbangga.
jom baca kisah di bawah ni...




Seorang
doktor di Amerika Syarikat telah
memeluk Islam kerana beberapa keajaiban
yang ditemuinya dalam
penyelidikannya. Dia amat kagum dengan
penemuan tersebut, sehingga tidak
dapat diterima oleh akal fikiran. Dia
adalah seorang Doktor Neurologi.

Setelah memeluk Islam, dia amat yakin
akan perubatan secara Islam dan
dengan itu telah membuka sebuah klinik
yang bertemakan "Perubatan
Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan
melalui Al-Qur'an membuatkan
ubat-ubatannya berteraskan apa yang
terdapat di dalam Al-Qur'an. Di
antara kaedah-kaedah yang digunakan
termasuklah berpuasa, madu lebah, biji
hitam (black seed) dan sebagainya.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik
untuk memeluk Islam, maka doktor
tersebut memberitahu bahawa semasa
beliau
melakukan kajian urat saraf, terdapat
beberapa urat saraf di dalam otak
manusia yang tidak dimasuki oleh
darah ...... Padahal setiap inci otak
manusia memerlukan darah yang cukup
untuk berfungsi secara normal. Setelah
membuat kajian yang memakan masa,
akhirnya beliau mendapati Bahawa darah
tidak akan memasuki urat saraf di dalam
otak manusia melainkan pada ketika
seseorang itu sedang sujud
semasamengerjakan Sembahyang!! ! Urat
tersebut memerlukan darah hanya
untukBeberapa sukatan yang tertentu
sahaja. Ini bermaksud bahawa darah
hanyaakan memasuki urat tersebut
mengikut kadar sembahyang waktu
yangdiwajibkan oleh Islam......Begitula
h keagungan ciptaan Allah!!!
tidakmenunaikan sembahyang , akan
otaknya tidak Akan dapat menerima darah
yangsecukupnya untuk berfungsi secara
normal!!! Oleh yang demikian,
kejadian manusia ini sebenarnya adalah
untuk menganuti agama
Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah
kejadiannya memang telah dikaitkan oleh
Allah dengan agama-Nya yang indah ini."



PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir
tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk
memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk
mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti
tidurnya ahli neraka.
DIA ZAHARA..

ASSALAMUALAIKUM..


sy baru ja blk dri HUKM.
pegi melawat spupu baru besalin.
dia dapat baby pompuan.
tak cukup bulan sebenarnya,tp alhamdulilah la sihat.
sempat jugakla tgkp gambar babynya.
tp,mcm besala.baby baru lahir,tido jala..
mata xcelik lgsng.
kita gomoi dia mcmmana pun,lena ja..hehe.
ok, DIA ZAHARA..membesar dgn sihat ek.
moga jadi anak yg solehah..
CuTi BerMula...


Salam..
apa khabar sahabat2 sekalian?
harapnya berada dlm keadaan sht & masih dibawah rahmat Allah s.a.w.
lega rasanya hati ni.dpt menulis blog dlm keadaan selesa.
al-maklumla,baru habis exam.
untuk beberapa ketika terpaksa menyepikan diri drpd meng'up-date' blog ni.
sibuk menghadap buku. (sibukla sgt..hehe)

Apa-apa pun bersyukur sgt dpt habiskan exam dgn sempurna.
semua berjalan lancar.
nk tggu resultla pulak.
so,xbolehla nk syok sgt dok kt umah ni.
tkut jdi kot len. hehe
dlm erti kata lain,jgn lupa diri.

Cuti ni tak plan apa pun.
mungkin ternak lemak mcm biasa.hehe
buat semua sahabat2 semua,selamat bercuti.
dan,buat sahabat syariah 3 yg pegi program jalinan ukhwah moga enjoy ek..
sy tak boleh join sbb dh beli tket blk awal..(xsabar2 sgt nk blk.dah miss program dgn kwn2.huhu)
apa2 pun moga semua enjoy dgn cuti msng2 k!
salam....
Label: 0 ulasan | edit post
SALAM IMTIHAN =)
ASSALAMUALAIKUM....

Begitu lama tak menjenguk blog ini.
Agak sibuk mengejar waktu.
Faham-fahamla..nk exam dh.
Sy ambil kesempatan ini untuk mgucapkan salam imtihan buat semua sahabat yg akan menghadapi peperiksaan.
Alhamdulilah..
Atas keperihatinan biro akademik dalam kelas sy (syariah 3) mereka ada mengedarkan beberapa tips untuk menghadapi peperiksaan.
Mungkin boleh dikongsikan buat semua.=)


Jom semak apa tips yg penting untuk menghadapi exam ni :

1. Semak jadual :

Menyemak jadual peperiksaan penting bg menentukan masa cukup utk belajar,khususnya pada saat-saat akhir ini.

2. Kunci peperiksaan :

Jangan jemu utk terus ulangkaji,terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras.Ini bg mengingati pelajaran selain mengelakkan diri drpd lupa fakta ketika menjawab soalan.


3. Tentukan keutamaan :

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yg masih belum atau kurang dikuasai. Dalam hal ini,jangan sekali-kali belajar subjek yg anda sukai sahaja,sebaliknya merangkumi semua.

4. Berusaha mengingati dan membuat kaitan :

Mengikati adalah satu perkara penting yg mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda gunakan untuk mengingati,antaranya baca berulang kali mengenai sesuatu kemahiran. Apa-apa pun cara yg digunakan,terpulang kepada anda. Asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan :

Ada 3 perkara yg mesti diamalkan calon bgi menentukan kejayaan cemerlang dlm peperiksaan.

1) sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini,kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dgn belajar secara berterusan.
Dalam pada itu,kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan,janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit. Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran. Buat seketika,lupakan dulu perkara-perkara lain yg anda minat,sebaliknya manfaat masa yg ada dengan mengulang kaji pelajaran...
Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan. Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa lebih segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dgn tenang dan tanpa sebarang masalah.insyaallah..

2) Pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke dewan peperiksaan lebih awal,bagaimanapun pastikan anda bersarapan dahulu. Ingat,perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah. Sebelum itu,jangan lupa bersalaman dgn ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dpt menjawab soalan dgn jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan,anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah,anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yg mencukupi,sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang..
Pembahagian masa yg betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yg diperuntukkan dgn berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda. Dan peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

3) Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan,anda tidak digalakkan berbincang dulu dgn rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bgi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh menganggu perasaan :

Menjelang peperiksaan,pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu,anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yg boleh mengganggu perasaan selepas menunaikan solat 5 waktu,berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal :

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dgn apa yg dilakukan. Dalam hal peperiksaan,anda tidak seharusnya kurang yakin dgn kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kpd Allah SWT kerana ini adalah senjata terakhir,bukan sahaja untuk membina keyakinan diri malah mendapat kejayaan.

SEMOGA AT-TAUFIQ MA'AN NAJAH FIL IMTIHAN HAZAL AM...
Label: 0 ulasan | edit post
Maaf Itu Perlu....

Salam...

Pejam celik pejam celik dh msuk bulan 3.
Cepat btul masa berlalu.
Time2 ni mmg dh rasa berserabut.
Mana tak nya. Exam dh nk dekat.
Banyak benda yg nk kena fikir.
Pasti sahabat-sahabat juga merasakan benda yg sama seperti sy.
Sy masih mencuri masa untuk mengaktifkan blog ini.
Tak pasti samaada sesuai @ tidak,tetapi agak penting untuk diutarakan.

Maaf. betulkah agak sukar?
Begitu beratkah memaafkan seseorang yg telah menyakitkan hati kita?
Sy pernah merasakan hal yg sama.
Begitu sukar memaafkan,sehingga melihat wajahnya pun terasa benci.
Memang dasyat perasaan itu.

Sy mengambil sedikit pendekatan.
Di dalam kita memarahi orang,apa sebenarnya yg kita dapat?
Puaskah kita apabila dapat menyumpah & berdendam?

Bersempena Maulidur Rasul yg baru saja berlalu,mari renung sejenak akhlak baginda.
Rasulluallah yg terang-terang adalah kekasih Allah & mendapat tempat yg paling istimewa disisi Allah.
Pernahkah baginda membenci mereka yg telah menzalimi diri baginda? Tidak. malah memaafkan seikhlas hati.
Cuba bandingkan diri kita dgn Rasulluallah.
Begitu jauhnya peribadi kita dgn baginda.
Diri kita yg serba hina,terasa berkuasa apabila dpt memarahi orang.
Menyimpan kemaafan untuk diri sendiri.
"aku tidak akn maafkan dirinya sampai bila-bila. biar dia tanggung sendiri di akhirat nanti."
Wah..megahnya..berbaloi ka?

Sedangkan Allah & Rasul kita sendiri maha pengampun.
Tetapi kenapa kita bongkak?
Besar sgt ka taraf kita?
Marila sama2 bermuhasabah..
Kita bukan sapa2 untuk menghukum orang lain.
Apa pun dosa yg org lain lakukan kepada kita,biarkanlah..
Biar Allah yg membalasnya.

Sebaiknya sebelum tidur,mohon doa.
Maafkan semua kesalahan yg telah org lakukan kpd kita.
Dan minta juga supaya org lain juga akan memaafkan kesalahan yg telah kita lakukan kpd dirinya.
Kita sebagai manusia kadang2 xsedar salah kita.
Hanya nampak salah org.
Jadi mohon supaya Allah akan lembutkan hati..
Insyaallah,hati kita akan lebih tenang selepas memaafkan org. =)

Salam muhasabah...
AR-RASUL QUDWATUNA...

Salam buat sahabat sekalian.
Mudah-mudahan masih lagi di dalam rahmat Allah s.w.t.
Insyaallah,pada jumaat ini bersamaan12 Rabiul Awwal kita akan menyambut Maulidur Rasul.
Sy berharap dapatla serba sedikit mengingatkan kalian tentang Rasul kekasih Allah ini.
Sepertinya tiada ungkapan bagi menceritakan kehalusan akhlak Rasulullah s.a.w.
Baginda adalah contoh & tauladan yg paling agung di dalam sejarah kehidupan manusia.
Bukan sahaja seluruh makhluk menyayanginya bahkan Allah s.w.t amat menyayanginya.
Di dalam sebuah hadith Qudsi ada dinyatakan yang mafhumnya : " Kalau tidak kerana engkau,wahai Muhammad,nescaya Aku tidak ciptakan alam semesta ini." Demikianla betapa mulianya baginda di sisi Allah s.w.t.
Sememangnya dgn mengingati sejarah perjuangan baginda s.a.w akan menyegarkan rasa cinta & kasih kita kepada beliau.
Masih basah diingatan menerusi sejarah yg kita baca perihal halusnya akhlak baginda yg sentiasa mendahulukan umatnya dari dirinya sendiri.
Bagaimanapun,sy tidak akan menyentuh tentang akhlak Rasulluallah s.w.t yg sememangnya terpuji.
Sy ingin mengajak kalian bersama-sama menyambut Maulidur Rasul & memuliakan hari ini sempena mengingati junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Terdapat satu kisah yg ingin sy kongsikan tentang seorang yg begitu memuliakan hari Maulid Nabi.
Pernah di suatu ketika di masa pemerintahan Khalifah Malik bin Marwan,seorang pemuda drpd Syamyang sgt gemar menunggang kuda.
Pada suatu hari kudanya telah mengamuk & memijak mati putera Khaifah Malik bin Marwan.
Pemuda tersebut dihadapkan ke hadapan khalifah untuk diadili.
Sebelum bertemu dgn khalifah,pemuda tersebut nampak cemas krna takut diberikan hukuman berat di atas kesalahan kudanya.
Maka dia pun berniat sekiranya terlepas daripada hukuman,dia akan mengadakan sambutan majlis Maulid Nabi secara besar-besaran.
Apabila Khalifah Malik bin Marwan datang,baginda tersenyum & kemarahannya serta merta hilang apabila melihat wajah anak muda tersebut.
Lalu Khalifah bertanya : " Adakah kamu menggunakan sihir?"
Maka pemuda itu menjawab : " Tidak."
Lalu Khalifah berkata : " Baiklah,beta maafkan kesalahanmu,tetapi katakan kepadaku apakah amalanmu."
Pemuda itu menjawab : " Sy berniat sekiranya terlepas drpd hukuman yg berat ini sy akan melakukan Maulid Nabi secar besar-besaran."
Khalifah tercengang mendengarnya,lalu bertitah kpd pembantunya : " Ambil wang 1000 dinar & berikan kpd pemuda ini untuk Majlis Maulid Nabi s.a.w."
Betapa gembiranya pemuda tersebut & dia dibebaskan dari hukuman.
Begitulah kebesaran Maulid Nabi s.a.w. Namun seperkara yg perlu diingatkan disini,bahawa tiada ertinya kita menyambut & merayakan Maulid Nabi s.a.w dgn riang & gembira tanpa kita berpegang teguh & menghayati akhlak & pengajarannya sebagaimana yg termaktub di dlm al-Quran & al-Sunnah.
Justeru itu marilah kita kembalikan Al-Quran & Al-Sunnah agar mnjadi pedoman & panduan hidup kita seharian sama ada di dalam kehidupan individu,keluarga,masyarakat & negara.


pesanan anda

Related Posts with Thumbnails
  • DGN NAMA ALLAH..

    PENGIKUT

    wawwi.com