alhamdulilah..terima kasih ya Allah..

serius masih lgi dlm mood hepy..^__^
result j-qaf dh kuar dan aku bjaya!
syukur yg teramat sgt..sgguh..
dlm kegawatan zaman skrg,pengangguran yg smakin bertambah dikalangan student ipt aku xsangka aku blh dpt keja sesingkat ini.

aku xsempat menganggur..
yes,serius!
pas hbs exam hri tu aku bt praktikal 2bln.
blk ja ke KL terus keja kt tadika.
then bila dh resign,smggu ja aku dok kt rmh aku dh dpt keja..
miracle..rezeki yg Allah berikan penuh dgn keajaiban.

kita xpenah tau apa akan blaku pada hari esok.
tp yg penting lakukan yg terbaik setiap hari..
dlm apa jua kerja yg kita bt.
tak kira study ataupon kerja mesti buat yg terbaik.
tak kira minat ataupon tak,tetap kena lakukan yg terbaik.

aku ingat lgi kata nasihat drpd bos aku masa di 7e dulu.
aku penah keja dkt kedai 7e lepas hbs STAM.
kiranya masa tu nk tggu result msuk ipt.
so,aku saja nk cri dt sendiri nk bt lesen keta.
bos aku cakap,wlupon kita nk keja sekejap jerk tp kita tetap kena bt keja dgn baik.xblh halal balai atas alasan kita nk keja sekejap @ gaji sikit or whatever..
sbb ini adalah amanah.jalankan tggungjawab sebaik mgkin.
dimata org awk cuma pnjaga kedai,tp amanah tu tetap awk pegang.

aku belajar dri kata2 ini la yg menyebabkan aku terus memandang kedepan.
perlu lakukan yg terbaik dlm setiap perkara.
xkirala org hargai @ tak..
aku penah merasa mcmmana sakitnya tak dihargai bila penat lelah kita org xnampak.
tp apa yg mampu kita lakukan?
bkn dibawah kuasa kita suma tu..
Allah maha mengetahui..

dan,aku jugak sedar..klu kita sakit hati dgn sesuatu seumpama kita xredha dgn ujian Allah.
Allah yg berikan segala nikmat bt kita pon,blm sepenuhnya kita bersyukur.
jdi,wajar ka kita marah pada mnusia yg xhargai kita bila kita sndiri blm sepenuhnya menghargai nikmat syukur dari Allah.

berusaha menjadi yg sempurna..ya,itu azam aku tahun ni.
btl..xda mnusia yg smpurna.tp itu bkn alasan utk cipta kesalahan.
kita blh berusaha mncapai kesempurnaan itu.
xperlu byk..berusaha sedikit demi sedikit.
dan yg penting kena istiqamah..




Label: 0 ulasan | edit post
Dari sebuah kisah benar..psstt..si suami wajib baca
Untuk para suami dan juga lelaki diluar sana, terlalu banyak iktibar yang boleh kita ambil daripada kisah benar ini.




Assalamualaikum….

Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudah pun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?…abang tak pernah solat ke?…..Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya

Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya… ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan…Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.

Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu…saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.

Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya…….
aku dh resign!
lama xhapdet..xsempat memandangkan aku keja teruk.bila mlm aku dh letih nk on9.hri ni aku dh blk rmh..mninggalkan bumi kajang.mninggalkan kerja aku.terlalu sakit rasanya bila diperbodohkan.serius..aku xmain2.

aku bekerja sbg guru tadika bknnya smggu dua..hmpir 7bulan.segala kerja aku buat.bkn sekadar seorg guru.tp aku jgk sbg seorg pengasuh budak.bkerja hmpir 14jam 1hari.tp gaji yg diberi cuma rm500..aku xkisah lgi.aku kena ajar kafa ptg2,xpenah dbayar.keja secara percuma.aku xkisah lgi.

tp bila aku mntak nk bhenti keja,bos aku bg dgn syarat cukupkan sbulan keja..ok..aku try ikut apa yg dia mntak.tiba2 dia hantar aku ke taska.jaga baby..hal tadika xpayah ambk tahu dh.fine..aku jaga taska selama smggu.tp aku dh nekad,xmau lgi ikut notis tu.aku akan bhenti bila aku dpt gaji.aku dh xmau ckp byk..tiba2,bila tyme bayar dt gaji dia cuma bg sparuh ja sbb dia nk aku tggu smpai cukup tarikh notis.aku xmau ikut.aku dh nekad..klu dia dh buang aku,bt apa lgi aku nk ikut ckp dia.aku nak dt aku,dan aku akan kuar dari tmpat tu..

rupa2nya..dia lgi pndai putar belit.dia kata kmi ada rosakkn brg2 tadika..suma tu perlu diganti.aku btl2 xfhm..ntah dkt mna yg rosak aku xtahu.sbb spnjang aku jaga tadika xda bnda pon yg aku bg rosak.dan akhirnya..aku dan bos bgaduh.aku mengemis mntak dt aku sendiri.mntak hak sbg pekerja..tp,aku dh jadi fed up! aku dh xmau dh dt tu..biarla..setiap sen yg dia ambk,dia xkn selamat.di dunia klu dia kaya pon bkn blh bawa ke mana.aku akan biarkan dia diadili yg maha kuasa.perniagaan dia adalah tanaman yg akan mmbawa dia kemana.

dia dh byk menzalimi org..aku percaya Allah tu maha adil.setiap perbuatan akan dibalas setimpal.
Label: 0 ulasan | edit post
hai hai 2012,bye bye 2011
salam..

hari terakhir 2011..bsok dh msuk 2012.
wah..mcm sekejap jerk hbs stahun.
pejam celik pejam celik,bsok 2012..

cita-cita 2011 suma dh tercapai kerk?
klu tnya aku,waktu aku nk msuk thun 2011 dulu,aku cuma ada 1 jerk cita-cita iaitu nk tamatkan degree aku dgn baik.wlupon cuma ijazah kelas ke2 atas,xpala..dh kira syukur jugak sbb aku blh tamat kn degree aku.xda terkandas.

dan 2012..ya,2012 permulaan utk aku memulakan khidupan bekerjaya.
ntahla..stakat ni mmg aku xnampak lagi jalan.
sepanjang aku habis study,aku cuma kerja dekat tadika dan kadang2 mengajar kafa.
ini pon dh nk bhenti dh..huhu
nk cari kerja lain pulak.
bkn xsayang dekat anak-anak aku ni,tp spa tahu peluang kt luar lbh baik.

so,azam aku tahun baru 2012 nak cari keja yg lbh baik.
insyaAllah perlu jadi mnusia yg lbh baik setiap hari.
dan bkn tggu tahun baru ok..sbb mati xmenunggu tahun
sokong x?
hehe..hepy new year! ^__^



Label: 0 ulasan | edit post
~ pindah rumah ~
salam..

badan penat gila sbb 1 hari ni asyik punggah barang.
ini pon xhabis lagi..sakit kepala aku.besepah2 barang.punyala banyak.huhu
nasib bsok cuti.kalau bsok keja mau tebongkang aku waktu keja.heee

suasana ptama dirumah baru ok la..
kwasan kt sini sunyi sikit klu nk bandingkan dengan selayang.
yala..rumah flat dgn teres mestila ada bezakan.
rumah teres ada privarcy.
xmacam rmh flat..macam2 ragam.huhu

kitaorang pindah rawang sudah..
dh xsesuai nk duduk rmh flat tu lgi.
suma dh besar..kaki suma pon dh panjang.
rumah pon jadi makin sempit.

so,rmh baru agak selesa la kot..
ruang agak luas..^__^
xdala lgi yg nk merungut pasal xda tempat nak baring masa tgk tv.hehe





Label: 0 ulasan | edit post
~ sebab-sebab doa tak diterima ~
sebab-sebab doa tak diterima..



1) mengenali Allah tetapi tidak menunaikan suruhan-Nya

2) mengatakan cinta kepada Rasul Allah tetapi meninggalkan sunnahnya.

3) membaca Al-Quran tetapi tidak beramal dengannya.

4) makan nikmat Allah tetapi tidak bersyukur kepada-Nya.

5) mengatakan syaitan musuhnya tetapi tidak menentangnya.

6) mengatakan syurga itu benar tetapi tidak beramal untuknya.

7) mengatakan neraka itu benar tetapi tidak lari daripadanya.

8) mengatakan mati itu benar tetapi tidak bersedia untuknya.

9) bangun daripada tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia tetapi melupakan keaiban diri sendiri.

10) mengebumikan mayat-mayat (sahabat-sahabatnya) tetapi tidak mengambil ikhtibar daripada mereka.
::: panduan menjawab telefon :::
Panduan menjawab telefon...hehehe ^_^
Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah dan kebanyakannye sama..terpikirkah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le boring sangat lebih² lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon).


1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maaf.sini bukan balai polis.
2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maaf cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maaf.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye… time kasih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo… …
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya…
Jawapan: maaf. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

12. Soalan: assalammualaikum…
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)

~~renung2kan & selamat beramal....huhu ^_^

pesanan anda

Related Posts with Thumbnails
  • DGN NAMA ALLAH..

    PENGIKUT

    wawwi.com