~ konvo @ tadika al-Qausar ~
salam maal hijrah..masih dlm mood tahun baru.alhamdulilah masih berpeluang bernafas hari ini.^__^

semalam tadika aku buat hari konvo utk bdk 6tahun..sonok btl bdk2 skrg kn..xyah gi IPT dh blh konvo dh.xaci btl..masa aku dulu xde pown..huuu.xcited lbh drpd budak..haha

apa2 pon aku tumpang seronok jugak la sbb ini adalah tahun pertama tadika ni bt konvo sepanjang usia penubuhan dia yg dh cecah 3tahun.alhamdulilah..ada peningkatan.wlupon smlm kelam kelibut jugak dgn perangai budak2 tp alhamdulilah sumanya berjalan dgn lancar..


12 pelajar yg terima sijil graduasi..heee


bergambar kenangan bersama pelajar..



bersama kengkawan sekerja..



bersama yg dipertua tadika..hehe
Label: 0 ulasan | edit post
SALAM MAAL HIJRAH 1433H
♥ SALAM MAAL HIJRAH 1433H ♥

Tahun yang lepas tidak akan berulang lagi. Bererti kita semakin dekat untuk menghampiri mati. Jika diizinkn Allah, kita akan menyambung sisa hidup kita di tahun 1433 hijrah...

Bagaimana agaknya perjalanan kita dalam mengakhiri sisa usia yg Allah berikan?

Kita hanya punya 3 pilihan
♥ menjadi HAMBA ALLAH yg berada dlm KEUNTUNGAN (lebih baik dr smlm)
♥ menjadi HAMBA ALLAH yg dalam KERUGIAN (sama spt smlm) atau
♥ menjadi HAMBA ALLAH yg CELAKA (Na'uzubillah)...(lebih buruk dr smlm)

muhasabah bersama... Aku juga hanyalah hamba yang Hina...


:::DOA AKHIR TAHUN:::



:::DOA AWAL TAHUN:::
SALAM MAAL HIJRAH buat seluruh shbt dikasihi dan dirahmati Allah tiap waktu..insyaallah

▂ ▄ ▅ ▇ █ ♥AWAL TAHUN 1433 HIJRAH♥█▇▆▄▂
~~ cinta sebelum kawin ~~

A : wassup bro...ape cer skrg ?
B : ok je...cmni gak la...ni sape? org rumah ke? (merujuk pada si gadis yang berpegangan tangan dengan A)
A : tak la...nie awek gua...gua syg die sesngt bro... she's my everything lu tau...(si gadis tersenyum manja) n gua x kish la ape org len nk ckp. gua fed up...cinta sblm kawin x boleh, cinta sebelum kawin salah...yg pnting gua n awek gua TAU JAGA NAMA BAIK MAK BAPAK. gua dah lali dgr org ckp mcm2 pasal cinta sblm kawin ni (muka kerek sambil angkat kening ala2 The Rock)
B : (senyum) tak tarbiah. tapi nk tnye soalan skit. bleh?
A : silakan bro. yg pnting lu tak tarbiyah gua (aweknye senyum. tangan A lak mula paut pinggang)
B : (wat2 muka tak faham) KALO KITE TERPEGANG HIDUNG PENYEK 2, ape kite nk wat untuk bersihkan ye?
A : apa susah bro. SAMAK je la. (muka selamber)
B : samak pakai ape ye? (senyum makin lebar)
A : PAKAI AIR DEGAN TANAH LA. (stil muka selamber)
B : camtu...aku ada satu soalan, tpi smpi skrg x de jwpn. bleh tlng fikirkan jwpn x? (wat muka budk bru belajar)
A : gua boleh jwb gua jwb bro. ape die?
B : kalo terpegang hidung penyek 2 leh samak untuk sucikan, tapi kalo PEGANG YANG TAK HALAL UNTUK KITE CAMNE NAK SUCIKAN YE? NAK SAMAK PAKAI APE? CLOROX? MINYAK TANAH? OR CUKA GETAH?
A : (terdiam sambil melepaskan pautan pada pinggang aweknya. yg aweknya cept2 menjarakkan diri)
B : kalo dh namanya HARAM, SAMPAI BILA-BILA PUN TETAP HARAM. TETAP AKAN HARAM, TAK KIRA APA CARA ATAU ALASAN YANG KITA GUNA UNTUK MENGHALALKANNYA. renungkanlah ye bro. gua gerak dulu. assalamualaikum...(berlalu meninggalkan A yang masih termanggu-manggu)
::: macammana nak jadi BAIK?? :::

'macamana nak jadi baik?'
emm..psoalan yg selalu msuk dlm kpala aku.aku selalu fikir..bila kita bercakap tentang salah org,adakah kita terlalu baik sampai asyik mempertikaikan salah org lain?? mustahil kita blh jadi sempurna..setiap manusia tak boleh lari dari melakukan kesilapan.ya..tak ada yg sempurna melainkan Allah..tp itu bkn tiket utk kita terus melakukan kesilapan. kenapa kita lebih suka guna tagline 'setiap manusia bt silap' tp tak pernah cari ruang utk betulkan kesilapan?

'apa makna baik?'
bagi aku semua yg beriman dengan Allah itu baik..
'macammana nak beriman dgn Allah?'
bt apa yg Allah suruh dan tinggalkan apa yg Dia larang..
maksudnya klu ada lagi bnda yg masih lagi belum settle,kita masih belum cukup BAIK.

cth (1) : kalau seorg perempuan tu pakai tudung,tp solat dia tak buat dia masih belum cukup baik.sama jugak kalau dia solat 5 waktu sehari semalam tp tak pakai tudung dia masih belum cukup baik..

cth (2) : utk lelaki pon sama..klu solat cukup 5 waktu tp usung anak dara org ntah ke mana2,siap pegang tangan lagi,dia masih belum cukup baik.klu baca quran tiap2 hari tp bila main bola tayang kepala lutut dekat org pon xcukup baik..its simple..

seperti mana firman Allah dlm surah al-Baqarah ayat 208 yg bermaksud :

' masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan jangan ikut syaitan kerana dia musuh yang nyata'

jelas dekat sini kita xblh practise Islam itu secara juz'ie.secara berjuzuk-juzuk..yang mana kita nk buat kita buat.yang mana kita tak nak buat,kita tinggal.tak jadila mcm tu.selagi tak embrace Islam tu penuh,tak cukup baik la kiranya...

so,berubah la utk menjadi baik selagi belum terlambat..mmg bkn mudah utk menjadi baik.tp klu kita usaha tak ada yg mustahil..Allah melihat pada usaha kita bkn pada hasilnya..
~~ jangan berkecil hati ~~
Assalamualaikum..
~sekadar perkongsian bersama~

“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”

... I’m so confused...
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ook...
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili

So, the conclusion is... Jangan mudah terasa hati...
Maknanya kita tak redha dengan Allah...
Nanti Allah pun tak redha dengan kita... Na’uzubillah.

P/s: "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu... Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."
"INDAHNYA PERKAHWINAN SEHINGGA KE SYURGA"


Pernahkah anda mendengar soalan ini?

Adakah kita masih boleh menjadi suami isteri di akhirat kelak? Kalau kita lihat di kaca tv, di radio, di dalam filem, sering kali pasangan bercinta menyebut: “Semoga kita berbahagia hingga ke akhir hayat”


Sedangkan kita boleh je kalau nak terus menyebut ayat ini sambil berdoa: “Semoga kita berbahagia hingga ke akhirat kelak”.


Untuk pengetahuan semua, di bawah ini adalah sedikit penerangan yang akan menjelaskan persoalan di atas:


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” – (HR Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.


2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak berkahwin sesudahnya. Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.


3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga. Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.


4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.


5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya. Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.


6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya. Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.


Rasullullah SAW bersabda: “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.”
:::TREND ARTIS BERTUDUNG??
assalamualaikum suma..emm,petang ni hujan lgi.blh dikatakn setiap hari hujan sejak 2,3 hari ni.moga2 hujan yg turun ni mmbawa rahmat..aminnn

ptg2 ni aku xbt apa..lps hbs raptai utk budak2 kt tadika tdi,aku terus blk selayang rumah aku.lepas rindu jap sbb mggu depan family aku nk melancong kt langkawi smpena cuti sekolah.dan aku,kena kerja sbb konvo mggu depan.huuu..geram,geram.napa la nk bt konvo masa cuti sekolah.melepas aku nk gi langkawi.(T__T)

emm,kali ni aku sesaja nk bukak isu tentang artis kita yg dh ramai bertudung.sesaja ja sbb masa aku bukak FB tadi aku ada baca status sorg friends aku ni yg kata artis ni cuma ikut trend jerk dan bukan bersungguh sgt pon nk berubah.emm..apa pendapat korang?

bg pendapat aku la,nawaitu mereka ada dlm hati.kita xberhak utk kata dkt mereka cam tu..samaada mereka nak ikut trend @ btul2 nak berubah,itu hak mereka.kita cuma blh mendoakan yg baik2 utk mereka kerana pendapat aku la kan,artis ni blh dikatakan mempunyai pengaruh yg kuat.klu mereka berubah kearah yg baik,tak mustahil ramai yg akan mengikut kearah yg baik jugak.kita patut menyokong dan bkn condemn mereka.tp klu mereka menuju kesesatan,yg tu kita xpayah bg toleransi.





wardina,diana amir,irma hasmee..antara artis yg sudah berubah mengenakan hijab.alhmadulilah..aku menyokong sepenuhnya penghijrahan mereka.dengan bertudung kita blh menyekat diri drpd maksiat.mungkin klu dulu sblm bertudung,mereka pernah masuk kelab malam tp bila dh bertudung agak tak sesuai utk masuk kelab malam.klu dulu sblm bertudung,dgn selamba berpeluk2 dan bersentuhan dgn lelaki ajnabi tp bila dh bertudung dh ada rasa malu nk bersentuhan dgn lelaki ajnabi..byk hikmahnya..

sejauh mana nawaitu mereka utk berubah,sebesar mana usaha mereka utk terus kekal berada dilandasan yg benar bkn kita penentunya.hanya Allah yg mampu mengadili mereka..kita xblh sesedap oren mengata mereka terhadap usaha yg mereka lakukan kerana kita sendiri walaupon bertudung litup masih belum tahu mcmmana pengakhiran kita.dimana kedudukan kita di akhirat nanti.maka,sokongan terhadap sesama muslim perlu diteruskan untuk memartabatkan Islam..



emm,kenal mereka ni? datuk siti..antara idola dan diva dkt malaysia nih..apa pendapat korang dgn trend tudung yg dia bawa? memang rosak! itu ja yg aku blh kata..klu setakat janji kosong yg dia nk tunaikan aku rasa dh xperlu..dia cuma akan memberi kekeliruan terhadap manusia lain dlm bertudung..mgkin ada juga yg fikir kita blh bertudung separuh..janji tutup jugak sikit..haihhh,ingat mcm ambk wuduk kt kepala yg blh basah sikit pon dh sah?? xda maknanya..

sorg lgi..pencetus kontroversi..dh elok2 pakai tudung cantik,tiba2 tanggalkan tudung sbb nk ikut trend..apa kes?? fida.fida..mmg suka eh pemainkan tudung tuhh? aurat wanita xada toleransi..kita mmg xblh paksa setiap org berubah jadi baik.tp kita blh cuba utk membuka mata mereka.klu org kata xsampai seru,mmg kita xblh paksa dia.tp balasan Allah tetap akan berlaku.jgn sampai seru itu datang hanya utk menjemput nyawa sudah..kita bkn tahu mcmmana rasanya bila rambut kita dibakar dgn api neraka..sehelai sahaja kita tayang rambut kita,dh cukup utk kita merasa azab tuhh.so,ada ka toleransi utk menunggu seru??

renung2 kan dan selamat termenung...O_o
:::versi santai:::

ada dekat 3hari gak aku xon9..ada org rindu kat aku x?? erk? xhbs2 perasankn..hehe..aku tahu,xda sapa pon kisah sbb blog ni bknnya brhantu sgt nk kena follow stiap masa.owner blog mls update tahap ular sawa kekenyangan..huuu.

2,3 hari ni aku mls on9 sbb aku dh gila sesangat baca novel..belambak novel yg aku borong masa karnival buku kt KLsentral dan termasuk masa kuar kt midvalley mggu lepas aku borong lgi..yg lama aku xhbskn,aku gi menambah lgi..dh tu,brtangguh2 dan belambak buku aku xbaca..x ke membazir namanya tu?

so,aku nekad nk bagi luak jugak buku2 aku tu dgn mengurangkn masa on9..lgpon apa sgt yg aku nk selak..takat FB ja..boring aku.korang tahu knp aku kata boring? sbb aku pelik dgn manusia dlm FB tu..yg xkenal sibuk nk kenal. yg dh kenal xda plak nk tnya kabar..haish..itu yg org best sgt dgn cinta mukabuku tu..mngarut xbetempat.aku mmg xpcaya cinta alam maya ni..lantak la mukabuku ka,muka surat ka..aku xminat.huuu




ni novel yg aku dh khatam baca 2 hari lepas..konon2 meletup sgt la kan cita dia.tgk dok iklan merata sbb filem dia akan kuar..so,kak lisa (kwn aku kt tadika) pon beli novel ni dan aku tumpang sekaki..hihi.emm,klu tnya pendapat aku pasal novel ni aku cuma blh kata just nice la..xda yg gempak sgt sbb cerita cinta biasa..blh dijadikan bahan bacaan ringan sbb bagi aku cerita dia cuma penuh dgn konflik tp sedikit moral yg ditonjolkn..so,xbnyak pedoman yg blh dipakai.xbyk unsur cinta pada Allah,xda sgt rasa tggngjawab utk tuntutan agama..emm,aku blh baca sekali lalu jerk.xtekesan dihati pon..huu.

sinopsis OMBAK RINDU:

Izzah anak yatim piatu yg tinggal bersama pakcik dan makciknya..kerana hutang,pakcik Izzah sanggup menjual Izzah di kelab malam.Di kelab malam Izzah telah mengenali Hariz yg telah memperkosanya ketika dia mabuk.Kerana mahu menebus maruah,Izzah memohon pertolongan Hariz untuk membawanya keluar dari kelab tersebut..demi mempertahankan maruah diri,Izzah juga memohon utk berkahwin dengan Hariz dan tidak akan menuntut sebarang hak sebagai seorang isteri..Izzah sanggup dianggap sebagai perempuan simpanan..

ha,,setakat tu jerk blh bg sinopsis..mana ada sinopsis berjela-jela..hehhh.nk tahu lebih lanjut gi beli novel dia sendiri.klu malas baca novel,filem dia nnt kuar bln 12 nih..^__^



ni novel yg aku baru ja settle pgi tadi..best gak la sbb sempoi.starting asyk bt aku gelak jerk dgn ayat dia yg santai..tp 1 jerk yg aku lemah sikit..penulis dia pmpuan tp watak yg dia bawa lelaki.so,susah jugak aku nk imagine watak lelaki tu dari penulisan pmpuan.kadang2 aku rsa mcm halus sgt perasaan laki cm gitu.ntahla..aku pon bkn pandai sgt pasal perasaan lelaki..so,aku layan jala cita ni smpai hbs.ok gak la..blh la takat nk hilangkn bosan..

sinopsis BIDADARI HUJAN :

Raimy Haidar menemui cinta sejati dgn Qamalia..Bagi dia,Qamalia adalah gadis yg dinanti2kan..cinta 1st sight ketika Qamalia memayungkannya di waktu hujan..namun,percintaan yang dicipta mendapat tentangan dari keluarga.Raimy diminta berkahwin dengan pilihan neneknya diatas alasan hutang budi..mampukah Raimy memenuhi hasrat neneknya @ terus bertahan bersama Qamalia?

heee..suspen x? xsangka lak aku dh berbakat tulis sinopsis lepas layan novel..well,pndapat aku la kan jalan cerita novel2 melayu kita ni seakan sama ja. sikit2 kena kawin paksa..hbs modal ka apa? huh! diaorg tgh tggu aku la tu utk ubah trend novel kita..hehehe.kucing kuar tanduk pon belum tentu lgi aku blh tulis novel..komen ja pandai.huuuu (T_T)
Label: 0 ulasan | edit post
~~ tentang CINTA ~~

CINTA..satu fitrah manusia.yg mana bila lahirnya manusia ke dunia,pasti akan ada rasa cinta.cinta pada ibu ayah,keluarga dan kawan2..ya,mustahil ada mnusia yg tak kenal dgn perasaan halus ini..aku yakin semua pasti akan merasai rasa cinta ini. apa makna cinta?? err,aku xtahu istilah sebenar-benarnya.yg aku tahu,cinta ni adalah rasa kasih dan sayang yg timbul dlm hati kita.

suma org tahu yg kita dicipta berpasang-pasangan..sbb tu,suma org sibuk mencari cinta.mencari pemilik hati masing2..knp?? kerana ingin melengkapkan hidup..emm,mmg indah sekali.tp mcmmana dgn cinta hakiki? huh..klu kuar soalan tentang cinta hakiki,manusia yg jahil pon blh sebut cinta hakiki hanya utk ALLAH SWT..tp mcmmana nk mencintai ALLAH? emm,jwpannya juga mudah..melakukan perintahnya dan meninggalkan larangannya..wahh..mudah bukan? cuma itu saja syarat utk mencintai DIA..tp kenapa ramai yg tersasar??

knp suma org sggup mengejar cinta manusia wlupon sgt sukar? knp suma org sggup menghadapi risiko demi bersama si dia yg tersayang? kononnya hanya si dia yg dpt memberi kebahagiaan pada diri kita..huhh..begitu mudah hati manusia di bolak balik dgn dunia.tertipu dgn kecantikan dunia sehingga terlupa kita masih ada ALLAH disisi..terlupa dgn janji yg telah kita ucapkan pada ALLAH sewaktu dialam rahim lagi..

betapa hati manusia sungguh rapuh sehingga tidak mengenal cinta yg sebenar2nya.aku menyingkap persoalan ini demi mmbetulkan hati manusia yg selalu memikirkan sesuatu yg tidak pasti.dimana kita sering mendengar di corong2 radio hanya lagu cinta yg berkumandang sehingga menutup hati utk cintakn ALLAH..dimana kita sering melihat ketabahan si hero dan si heroin drama bergolak gadai demi hidup bersama sehingga kita terlupa cinta ALLAH..

persekitaran kita sentiasa menyajikan cinta manusia yg kononnya indah belaka..lalu kita meletakkan cinta ALLAH di posisi yg tidak sewajarnya.cinta ALLAH dan RASUL entah ditangga ke berapa.yg sering kali di ucapkan cuma cinta makhluk yg tidak pasti.kenapa kita sering melupakan Dia padahal kita memerlukan Dia? kenapa kita mengabaikan hak-Nya padahal Dia tidak pernah mengabaikan kita? kita lahir dlm keadaan yg cukup sempurna utk menunaikan hak-hak ALLAH.tp kenapa kita xmenggunakan kesempurnaan itu untuk beribadah kepada-Nya?

teliti kembali berapa banyak nilai cinta kita kepada ALLAH dan RASUL...setelah itu barulah kita dapat mencintai manusia lain dgn sempurna setelah kita mencintai ALLAH dan RASUL...


nota kaki :

' bukankah cinta itu indah! cinta adalah sebahagian daripada nafas kehidupan. tetapi apalah ertinya cinta pada insan jika cinta kepada Khaliqnya belum tercapai.'
Kenapa kita baca Al-Quran walaupun tidak memahami isinya?

Terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di Kentucky, US dengan cucunya. Setiap pagi, Si Datuk akan membaca Al-Quran di ruang dapur. Si cucu yang melihat, juga meniru perbuatan Datuknya itu.

Satu hari si Cucu bertanya kepada datuknya, “Atuk, saya baca Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al-Quran ini?”

Si Datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.

“Nah, kau pergi sungai, bawak air dalam bakul ni” . Si cucu pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.

“Kau lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”. Si cucu pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.

“Tak boleh lah Atuk”. Cuba sekali lagi. Kali ini datuknya melihat dari pintu. Si cucu pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada datuknya. “Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”.

"Tak ada gunaya” bentak si cucu.

Si Datuk pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.

Seperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.

Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”



Moral: Bacalah Al-Quran walau tak tau maknanya... kerana ia kalam Allah yg boleh membersihkan hati kita. Wallahua'lam.

~ barakallah sahabat ku ~
ada sedikit perasaan sedey bercampur gembira dlm hati aku..knp? emm,sbb aku xdpt bsama sahabat aku waktu hari istimewa dia.aku xmampu nk fly ke perlis utk ke majlis knduri dia.antara faktor jarak dan $$$..errr? aku bkn anak jutawan,bangsawan @ dermawan yg ada dt bekepul2..apa2 pon,ketidakhadiran aku ke majlis mereka bkn atas dasar aku xingat kawan @ melupakan mereka..aku sntiasa mndoakn kesejahteraan semua sahabat2 aku.^_^


sumber dari album anis di FB..hehhh


slmt pengantin baru bt nabila & umayr..semoga kalian berbahagia & dpt menempuh alam perkahwinan dgn matang.saling bertolak ansur dan saling memahami..and..smoga cpt2 dpt baby..hihi ( huh,dh mcm pakar motivasi rumah tangga la pulak..err? )

ehh,,aku ikhlas nih..ini mmg ucapan ikhlas dari aku yg xdpt pegi majlis korang...^_~
Label: 0 ulasan | edit post
:::: STANZA CINTA::::
aku baru jerk khatam baca novel Stanza Cinta..emm,sejak aku kerja dkt tadika nih,byk jugak novel yg aku blh khatam.padahal masa aku study dulu aku cukup xsuka baca novel.bg aku buang masa.hihi.yala..aku ni mmg pemalas tahap 360 darjah.buku sekolah pon aku mls baca,nk baca novel? kirim salam awal2 la jawabnya..xsggup aku nk hadap novel yg tebalnya mengalahkan kamus..hehhh

tp skrg aku dh lain..mgkin sbb dh xkena hadap buku2 pelajaran,maka otak aku meminta makanan utk diisi supaya dpt berfungsi dgn baik.so,aku cari la buku yg santai2 utk aku isi masa lapang,sbb aku skrg mmg jarang sgt nk tgk tv.yala..keja aku dari pagi smpai mlm.klu aku tgk tv pon bkn aku fhm apa benda yg diorg tgh crita.bek aku memerap dlm bilik ja..tenangkan fikiran..kekadang on9,kekadang baca novel..



dan serius aku cakap,novel Stanza Cinta ni aku blh katakan antara karya hebat yg pernah aku baca..ayat2 dan madah2 yg ditulis oleh penulis ni btl2 menyentuh jiwa..kredit utk penulis novel ni,Nurull Halawati yg mampu membuatkn pembaca turut tenggelam dlm menyelami cinta agung seorang manusia kepada tuhannya..



Stanza Cinta ni mmg dh kuar dgn drama bersiri kt TV3..tp aku tgk sekali lalu jerk sbb aku tau dh komitmen aku dlm melayan drama bersiri..aku xblh nk ikut secara konsisten.tp,klu menurut pendapat org yg menonton drama nih,mmg lain btol dari novelnya.mgkin dlm drama dia nk bt lebih byk konflik supaya lbh menarik..tp klu baca novel dia,kita akan dpt lbh byk ilmu dan pngajaran yg terselit..begitu byk kata2 hikmah dan nasihat yg kadang2 sebagai manusia aku sendiri lalai..bila baca novel ni,mmg dpt mmbuka mata dan hati tentang hidup yg sebenar.tentang hakikat yg kita sebagai manusia tidak boleh menidakkan kewujudan Allah...


' jika kamu letakkan hatimu di akhirat,pasti kamu akan bahagia di dunia dalam redha-Nya. tetapi jika kamu letakkan jiwa kamu hanya pada dunia maka kamu akan merasai pahit maungnya hati yang tidak berkesudahan '

( bait puitis Stanza Cinta )
Label: 0 ulasan | edit post
~~ matlamat menjadi blogger~~
emm,penah org tnya aku..'best kerk tulis blog?', 'xboring kerk? tgk xramai kengkawan pon..'
ok..fine..mmg aku xramai kwn.selama btahun aku menulis blog aku blh dikategorikn sbgai merangkak lagi..eh,tak..rasanya aku masih bertatih.btahun aku bertatih dlm menulis blog.tp aku xpenah rasa mcm nk tutup blog aku.sbb aku rasa xda sbb.aku suka ada blog..mgkin pada org lain,diaorg ada matlamat dlm menulis blog..cthnya??

ok..cthnya :

1) bisnes..
2) glamor?? (mgkinla..not so sure..)
3) $$$ (duit.duit.duit..hehhh)
4) lepas tensen..

emm..dlm byk2 tu aku sndiri xtahu apa matlamat aku bukak blog.dulu masa 1st aku buka akaun ni,kwn aku yg tlg buatkan utk aku..alih2 diaorg suma dh xaktif pon..aku ja yg still lgi menulis dan menulis.

aku bkn bt blog sbb bisnes sbb aku sndri xda bisnes yg aku nk promote.aku jugak bkn nk kejar glamor sbb tu aku xpenah publish aku pnya blog kt FB kerk,friendster kerk..klu sbb dt,aku xtau nk collect kt mana sbb aku xda pon akaun nuffnang tuhh.aku cuma ada iklan free jerk.so,blog aku mmg free.hehhh.lpas tensen?? emm,ada gak kowt.sbb aku blh kata kn blog ni ada lah blog peribadi.so,aku akan tulis serba sedikit pasal hidup aku yg kekadang kucar kacir supaya aku lebih chill..^__^

kadang2 mmg la aku ada terasa kecik bila berdepan dgn blogger otai..yala,diaorg pnya followers cecah ratus,ribu,puluh ribu..fuhhh,mmg dasat..aku rasa mmg xtcapai akal aku utk cecah angka followers seramai tuhh..apa sgt la yg aku blh ceritakn dlm blog aku yg kecik nih..dgn followers yg ada seramai 35org ni pon aku dh cukup segan,malu..tp aku mmg bterima ksh sgt kpd mereka yg sudi mengikuti aku walaupon blog aku ni xseberapa..(touching la konon..hehhh)

apa2 pon..aku akan terus menulis dan menulis.selagi aku masih diberi kesempatan waktu,inilah yg akan aku lakukan utk mengisi waktu lapang aku..hobi yg aku xkn pernah padam.BISIKAN NURANI akan terus jadi sebahagian dari hidup aku.bt suma yg sudi mengikuti blog ni,trma kasih byk2..itu ja yg mampu aku ucapkan..^__^
teman baru ku..
dh 2 hari dia menemani aku..sgt selesa.selesa sbb lbh mudah,lbh comel..sesuai dgn aku yg comel nih.kira sepadan la..errr?? comel kerk? hehhh..aku guwau jerk..




mmg comel kn teman baru aku?
aku beli kaler pink..hehhh.jambu gitu.
sesuai dgn aku yg jambu..err??
aku rasa ada jugak yg nk muntah hijo..
owner blog tlebih mkn ubat..kihkih
Label: 0 ulasan | edit post
::: tentang DIYA :::

ha..ni aku bukan nk cerita pasal drama terbaru slot akasia tuhh.aku nk cerita pasal cousin aku yg cute miut.si tembam diya zahara..umur blm lagi smpai 2tahun,tp badan dh mcm budak 3thn.geram betul tgk badan dia.padat maksima! haha.

smlm sempat menjenguk dia dkt PJ..mula2 kitaorg smpai dia tido..tp skejap jerk.pas2 dia bgun,ha..siap la.pakat berebut nk dekat tembam tuh..comel.comel.ni dh mai rindu tahap petala ke8 dh ni..baru ja jenguk,dh rindu blk..huuu.nk bt cmna..anak xde lgi,so tpaksa rndu anak org.errr??? guwau je yerk..xserius lgsung.hehhh


pic ni masa aidilfitri,,ni la pic dia yg plng cute.bkn senang nk snap pic budak2 beso ni bg lawa.diaorg ni duduk xdiam.huu..
pic smlm mls nk boh..dia xpakai baju.seksi sgt klu korang tgk badan dia yg beketul tuhh.hehe
slmt mnjalani ibadah korban..
salam aidiladha..

emm,pgi tdi aku dan fmily terlepas solat sunat hari raya.errr?? mmg xsngaja sesangat.dh pakat tggu giliran utk pegi mandi sorg2,last2 dengar imam kt masjid dh angkat takbir.haiiila..aku bru ja nk sarung telekung kt kpala,dh sentap..kelam kabut aku suh adik aku cuba dengar apa yg aku dengar.btl ke solat kt masjid dh stat..dan,mmg sah! kitaorg dh terlepas solat sunat hari raya thn ni.huhu (T__T)

klu ayah aku tahu ni,bising dia...slalu ayah aku mmg kelam kabut pegi masjid awal.siap kerah kitaorg bsiap cepat.tp sbb thn ni dia xada, kitaorg jadi teralit plak..emm,mmg sedih la..dh semangat nk gi solat tdi,tgk2 xsempat..mmg salah sndirikn..xblh nk kata apala..huuu (T__T)

apa2 pon ni adalah pngajaran supaya xambik mudah lgi..kena sntiasa bhati2 dgn masa.klu tidak,ini la jadinya..rugi.rugi..



kelebihan pada hari2 10 zulhijjah :

Imam Ahmad r.a dari Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : " tiada satu hari pon, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari2 10 zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil ( La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah hu Akbar) dan tahmid (Alhamdulilah).
~ dia merajuk?? ~
smggu aku tggalkan dia..dia dh merajuk..smlm aku dh pasang niat nk cari pngganti dia.aku nk yg lbh memudahkn aku.yg blh teman aku ke mana2..aku dh xlarat bsama dia wlupon dh btahun dia bsama aku.aku dh xmampu lgi utk terus bersamanya.aku letih..dan pagi ni dia dh merajuk.dia yg tggalkan aku dulu sblm aku tggalkan dia..huuuu (T__T)

adk aku : yong,try bukak laptop hg..jadi apa tah.tdi amir bukak dia jam.dia nek bnda yg bukan2.pas2 ada tulis kritikal..
aku : ekk??
adk aku : try la tgk sndiri..lama gila amir nk try bukak laptop hg tdi.

haila..tetiba pulak dia bt perangai..padahal sblm aku kuar gi rawang tdi,aku sempat on9 kejap.ok jerk.smpai ja aku kt rmh,tetiba adk aku smpaikn berita cmni.sedih aku.mmg la aku nk beli pc baru.aku nk beli netbook sbb dh xtmampu nk usung laptop tu memandangkn aku kena naik trnsport awam yg sesak dgn manusia.tambah lgi keretapi tanah melayu tuhhh..seksa sgt kowt nk bhimpit dgn laptop bsandang kt blakang.dh ibarat mcm pikul beras 5kilo..

ahh,aku dh xmampu lgi.yg bt aku smakin kuat nk beli netbook sbb adik aku yg lelaki dh nk msuk study blk.klu sblm ni dia cuti sbln,dia la mnggantikan tugas ayah.dia yg slalu hntar dan ambik aku.tp lps raya haji ni dia nk msuk study blk..so,aku kenala bharap dkt KTM dan bas awam utk blk rmh.sbb tu aku xmahu bwak beban yg melampau.bahu aku blh patah nnt..huuu

tp wlupon aku ada cita2 nk beli netbook,aku still syg lgi laptop aku tuhh.aku xda niat nk buang @ jual pon laptop tu.aku still nk guna lgi.cuma aku nk letak kt rmh jala.blk mggu2 aku on la laptop tuh.so,skrg ni byk plak la dt aku nk kena lebur..nk beli netbook & repair laptop.haiii..sian kt aku..huuuu (T__T)

Label: 0 ulasan | edit post
salam aidiladha..
smggu jugak x hapdet blog nih..kemalasan tahap terlampau + xbwk laptop blk kajang..
aku gi tadika hari tu melenggang jerk.xlarat lak nk usung laptop berat2.lgpon just nk keja smmgu jerk,then blk rmh utk smbut raya haji.sbb tu aku rasa xpadan sgt nk usung laptop nih..

smlm jln jam tahap muntah hijau la..dri kajang nk blk ke selayang saja kena bersesak hmpir 3jam.haishhh,aku mmg benci btl bila musim perayaan ni..letak la perayaan apa pon,bersusun kereta atas jalan tuhh nk blk kmpung.sabo jelah..

apa2 pon aku nk wish selamat hari raya aidiladha & selamat menjalani ibadah korban bt suma umat islam di seluruh dunia..hehhh ( bajet mcm ada jerk 1 dunia nk usya blog aku..huuu)

dan untuk ayah aku,aku doakan smoga brada dlm keadaan yg shat wal afiat dan dpt mnjalani rukun haji dgn sempurna.doa aku moga ayah mndapat haji yg mabrur..amin..^_^

pesanan anda

Related Posts with Thumbnails
  • DGN NAMA ALLAH..

    PENGIKUT

    wawwi.com