SUKA DUKA 2010

ASSALAMUALAIKUM...

sedar tak sedar lagi beberapa hari kita akan sampai ke penghujung 2010.
mcm cepat ja masa berlalu.
alang2 dh on9 nih,jom la imbas memori yg terlakar sepanjang 2010.
bkn apa,tkt pasni tak on9 dah.huhu

2010 ni ramai kengkawan termasuk sepupu sy kawin..antaranya :


nursyazwani n fithri

ni my cousin..fakhrulradhi n ummi.( nama mcm tak berapa betul ja.sepupu sy lelaki.sy panggil bang lang ja.mintak2 dia tak terjah blog nih.huhu)

ni pon sepupu sy gak. fairuz n faizah..kitaorg panggil bang long n kak long ja.

yana dan pasangan.(nama pengantin lelaki tak dapat dikenal pasti.huhu)

fadhilatul akmal n ridzwan

fakhrulradhi n syahira (betulkah nama isterinya?? sy masih kurang pasti)

ni kakak kesayangan nih..kak hani n pasangan.abgnya sy lupa nama.hehehe

tahun ni jugak kitaorg dpt ahli baru..ni antara sepupu sy yg lahir 2010 :

dia zahara..masa ni baru lahir.kecik lg.skrg dh 8kg.gemukkkk.hehehe


nyenyak ja tido kan? nama dia zara izzati humaira.cute sgt..

the best part 2010,sy dpt cabutan bertuah drpd sani ekspress (^__^) :


nampak sy yg mana? yg tgh nyorok tu.pakai tudung putih.hehe.
nak tahu lebih lanjut,klik kt sini k..

dlm suka mesti ada duka.betul x? antara perkara pahit yg tak boleh sy lupakan tahun ni...:

~ sy excident dgn bas..huhu.mmg sy tak penah bt entri pasal ni.kelat rasanya nk ceritakan pengalaman excident ni.yala..kita pemandu lesen P.pmpuan pulak.tak tahu apa nk bt bila excident..so,mmg byk dugaan.dh la kita kena langgar.pastu kena saman pulak..emm,mmg terukla.apa2 pon peristiwa ni akan dijadikan pengajaran supaya lebih berhati2 di jalan raya..

~ exam terhenti..bt pertama kalinya dlm sejarah kami kt kuin,peperiksaan ditangguhkan.semuanya gara2 banjir teruk yg melanda kedah.kenangan terpaksa berebut cari air utk mandi ke sana ke mari bt kami lebih menghargai air..huhu(T__T)

~ kena curi handbag dkt surau hentian duta..mmg rasa sengal sgt.habis handset 2 biji,kamera,purse dan brg2 lain kena kebas..sy xmo cita panjang2.kalian klik di sini utk cerita selanjutnya..


::: suka duka yg dilalui sebenarnya adalah asam garam dlm kehidupan.semuanya adalah pengajaran bt kita supaya kita lebih matang utk menghadapi masa hadapan.2010 akan mengukir sejarah tersendiri..byk sebenarnya kenangan yg tercipta.tp,tak dapat nk muatkan semua.kalian cmna? apa kata kongsikan kenangan 2010 kalian bersama rakan..mesti terasa hidup ni penuh dgn keindahan..(^__^) :::


Label: 0 ulasan | edit post
~ Wani & Fithri wedding's ~

ASSALAMUALAIKUM...

~ sekitar majlis perkahwinan sahabat baik sy.
Nur Syazwani & Fithri..
smoga kekal hingga akhir hayat.
amin... ~











~ NURILYANA'S WEDDING ~
ASSALAMUALAIKUM...

~sekitar majlis prkahwinan sahabat sy di zaman sek.gambar yg sy sempat cilok dkt fb kawan sy.terpaksala cilok dek kerana handbag sy kena kebas.gambar kenduri habis lenyap dlm kamera tu..takpala.redha jala.benda dh jadi.perkara ni akan jadi pengajaran bt diri supaya lebih berhati2~






MALANG TIDAK BERBAU...
ASSALAMUALAIKUM...

~kata org malang tak berbau..tapi kenapa waktu malang itu hampir terjadi hati rasa tak sedap??
bukan ka tu tanda2 malang juga mempunyai bau tersendiri? huhu.apala yg sy tengah merepek ni..sy ni tak pandai nk terjemahkan perasaan sy.tp,kalian mungkin blh fhm kalau baca secara teliti apa yg terjadi pada sy malam semalam...

IMBAS KEMBALI :

aku smpai di Hentian Duta sekitar 6.50ptg.dari atas bas lgi aku dh sms adk aku yg aku hampir sampai di Hentian tersebut.tapi,dek kerana diaorg ada urusan kt Rawang jadi aku perlu tggu sehingga urusan diaorg selesai.dari rawang ke duta mengambil masa sejam lbh.jam kt tangan aku pun dh menghala ke pkl 7pm.ada baik jgk aku lepak kt surau.waktu maghrib pun dh nk masuk.

masuk je dlm surau aku nampak ada 2,3 org pempuan yg dh sedia lepak kt situ.2org kakak yg tadinya nek bas sekali dgn aku pun ada.diorg solat asar ngn zohor kot.mgkin waktu bas bhenti tadi tak sempat nk solat.mujur aku dh solat dkt sg.petani.jadi aku tak la solat dihujung waktu.aku mengambil tempat dibahagian hujung penjuru surau.beg baju dan handbag aku letakkan sekali.sambil menunggu,aku msj kwn sek aku.nk bgitahu aku dh selamat sampai.

disebelah aku,sorg mak cik yg nmpaknya busy jgk ber'msj'.aku tak peduli sgt.aku letih,jadi tak nak kusutkn kepala dgn memikirkn org lain.mak cik sebelah aku bgn utk mgambil wudu' setelah selesai msj.aku masih lambat2 utk bgn mngambil wudu'.masih terasa segan utk menginggalkn tempat duduk.tpi bila aku dgr kakak yg berada di tikar sejadah memberitahu kawannya dh azan mghrib,aku pun bgn..

salah seorg dari kakak tu bgn dan membuka telekung.sementara mak cik tadi dh selesai ambil wudu' dan mencari posisi utk mengerjakan solat.sambil mengambil wudu' aku dpt mendengar perbualan diaorg.yala..surau kt situ kecik ja.

kakak : mak cik,nek la dkt saff atas.sy punya wudu' dah batal.sy nk ambil wudu' lain.
mak cik : takpa,dkt sini pun takpa..

selasai aku ambil wudu' aku lihat mak cik tu solat betul2 sebelah beg aku.bahagian atas dia kosongkan.dia solat dibelakang & menghimpit beg aku.aku pulak takda tempat nk mencelah utk ambil handbag aku.biasanya handbag aku letakkan dihadapan sejadah waktu solat.tapi oleh kerana mak cik tu menghimpit beg aku,aku pun terus solat di sejadah hadapan mak cik tu tanpa berperasangka buruk.

selesai solat,handbag aku dh takda..sblm aku ambil wudu' aku tutup beg aku dgn tudung,aurah,jam,gelang..tapi semua berterabur ke bawah..mmg aku tersentap.tgn dh menggeletar.aku cari sekitar beg baju,mgkin terjatuh.malangnya takda.handbag aku bkn kecik.besar..blh nampak dari jauh pun.jadi,kemungkinan terselit kt mana2 mmg kurang logik.

aku dh menggelabah..aku tanya pada kakak yg ada dlm surau tu.kakak tu selesai solat awal dari aku.dia kata dia cuma perasan mak cik tu sorg ja yg duduk sebelah dgn beg aku.tapi waktu dia selesai solat mak cik tu dah takda.

aduiiii...sakitnya hati.aku cepat2 pakai tudung.stokin & skaf aku dh tak peduli.aku nk cepat2 cari mak cik tu.sapa tau dia masih ada dlm perhentian tu.muka mmg aku tak berapa nk cam.tapi,aku ingat pakaian dia.berbaju kurung hijau,tudung kuning air..melilau aku cari mak cik tu sekitar perhentian mcm org gila.mmg tak dapatla..

aku msuk balik ke dalam surau.terasa hampa.dlm handbag aku mgkin tak byk duit.ada dlm rm60 ja.tapi,dlm tu ada handset 2biji,kamera,lesen,ic,kad bank,quran pun ada dlm tu..selebihnya alat make-up org pmpuan.kakak 2org tu tggu aku dlm surau.salah sorg dri kakak tu mntak no phone aku.dia try contact,mmg dh tak dpt.makhluk tu dh bukak sim aku.dh tu,kakak tadi mntak no phone mak pulak.mujur aku ingat no mak yg maxis.dapatla aku bgtahu mak apa yg jadi.kalau kalian nk tahu,aku mmg lemah nk menghafal no phone org.no phone yg aku ingat,no aku sendiri & no mak.

mak dh cuak..mak suruh aku tggu dkt medan selera @ mana2 tempat yg ramai org sementara diorg sampai.aku dh tak boleh duduk dlm surau tu lama2.sakit hati.ada jemaah yg datang membincangkan kes aku ni.aku tak mahu jdi topik perbualan.tapi bagi aku makhluk tu mmg takda hati perut.dlm surau dia bt keja.dah tu lepas solat pulak.ntah2 solat dia sempat selesai ka tak...

aku kuar dari surau dan cari tempat utk melepak.air mata dah merambu kuar.masa dlm surau tadi aku tahan.aku tak nak nangis depan org.tapi,baru berapa langkah kuar dari surau aku tak boleh tahan.segala brg penting aku hilang sekelip mata.aku baru ja balik dari kenduri kawan.sbb tu kamera ada dlm handbag.so,kenangan aku lenyap mcm tu ja.aku menapak dkt kaunter tiket.dkt situ ramai org tggu.tak menakutkan sgt.

kakak yg 2 org tadi lalu depan aku.mgkin dh ada org menjemput diaorg.sblm balik,kakak tu sempat bagi duit rm5 dkt aku.dia tkt mak aku tak datang jadi aku blh guna dt tu utk col org.terima kasih byk2 kakak2 sekalian...

dlm pkl 8.30pm mak ngn adk2 aku sampai.mak aku cita,pas aku col tu adk aku terus col bank utk blok kad atm aku.aku rasa lega sikit..kitaorg terus pegi balai polis utk bt report.

~so,bt kengkawan yg baca entri ni,bt masa skrg kita akn lost cntact.mgkin ambk masa utk memiliki handset kembali.sy perlu selesaikan urusan yg lebih penting lagi.kena settlekan lesen,ic dan kad bank dulu.tpi,jgn risau..sy still akan ambk no lama jgk.syg nk tukar baru.dah lama sgt pakai no tu..sepatutnya sy nk upload gmbar kawan sek sy yg kawin.tpi dh jadi cmni terpaksala bkak fb dan cilok gambar dkt kwn2 yg lain.mgkin kena bkak fb utk bgtau kwn2 lama tntang kehilangan handset sy.sy dh takda smpanan no phone sesiapa pun.so,kena cari balik la..huhu
~SALAM AIDILADHA~
ASSALAMUALAIKUM...

dh terlambat ke nk wish aidiladha?
seminggu dh rasanya perayaan ni berlalu.
tapi takpala..nk ucap jugak.tak salah pon..(^__^)

rasa cam boring lak ber'blog' nih..
takde benda nk cita.
tapi cmna pon still kena update gak.
yala,walaupon follower kita sedang2 ja,pengunjung pon ada sorg 2 tpi masih perlu dijaga hatinya.

emm,yg terkini sy baru ja buang gigi geraham bongsu.
sy ni slalu ja sakit gigi kan? (T__T)
macam mak sy slalu kata,asal balik rumah ja sakit gigi.asal sakit gigi ja balik rumah.huhu.
nk buat cmna..dh mmg sakit.

normal la tu..
suma org yg tumbuh gigi bongsu cnfirm sakit.
tp,sy punya gigi ni pertumbuhan dia tak sempurna.
dia tido..kalian faham?
maksudnya kedudukannya melintang.dia baring dlm gusi nih..
so,nk kuarkan gigi ni kena operate dulu.
belah gusi,then bru blh kuarkan gigi tu.

sy try pegi tnya dkt klinik gigi area KL nih cos operation dlm rm650.
mak aii..
nk buang gigi sebatang pon dh makan setengah ribu.
so,masa balik kampung utk raya haji hari tu sy try survey kat sana pulak.
kot2 la dapat murah.
emmm,lebih kurang ja rupanya.
kt kampung dpt rm450.
bolehla tu..

sy pon bt kt kampung.sblm raya haji hari tu.
jadinya raya haji pon tak best manala..
tak boleh makan mcm org.huhu.(T__T)

apa2 pon skrg dh settle dh..
kesan operate terasa jgk kekadang.
tp ok la,drpd simpan gigi tu dan tahan sakit berkali2..(^__^)


Yg Lahir Pasti Mati
Setiap yang lahir mesti mati, betul tak??? kisah kali ni mungkin ada banyak istifadah yang dapat kita ambil, jangan sangka dalam gurauan Juha, takde hikmahnya...

Ade skli tu Juha pinjam periuk besar dengan jiran di sebelah rumahnya, selang beberapa hari juha pun memulangkan periuk tu kembali berserta satu lagi periuk kecil disebelah dalam periuk besar tu. Jiran yang tengok periuk kecik tu pun pelik lalu mengajukan soalan:

Jiran : Periuk kecik ni mai tang mano???
Juha : ooo, periuk kecik ni, anak si periuk yang besar ni, periuk ni la yg melahirkannya..
Jiran : ????? tercengang

Tapi dah rezki depan mata, bedal je la si jiran ni, tanpa memikirkan masa depan yang dia akan hadapi bersama Juha yg amat bijaksana, tanpa mengingkari kata-kata Juha yg tak masuk dek akal td tu, Jiran tu pun senyap je la...

Selang beberapa minggu, sekali lagi Juha meminjam periuk dari jiran tu. Jiran tu pun apalagi, memberi tanpa segan silu la, takut2 kan periuk tu boleh beranak lagi la kot... tapi hari demi hari, Juha tak jugak pulangkan periuk tu. Jiran yang bengang ni pun pergilah berjumpa dgn Juha.

Jiran : Oi, periuk aku yg ngko pinjam hari tu, mana hang campak, tak mai hantaq2 lg??
Juha : ooo, periuk hang tu dah mati
Jiran : aik, periuk pun boleh mati ko?
Juha : dah boleh beranak, mesti boleh mati, periuk tu mati ketika cuba nak lahirkan anak dia...
Jiran : "Tersenyap tanpa mampu berkata apa2 sebab hr tu dia terus dengo je ckp juha tanpa menafikannya"
Label: 0 ulasan | edit post
HINA ISLAM DARI FAN FACEBOOK


ASSALAMUALAIKUM...

mcm2 penghinaan yg org kafir lakukan terhadap kita org islam.
mmg tak tahan rasanya melihat 1 demi 1 penghinaan yg mereka lakukan.
terbaru, gambar2 penghinaan terhadap kita yg disebarkan dilaman web sosial facebook.
boleh rujuk dari sumber yg sy ambil blog ust.amin.









APA ITU KESEMPURNAAN?

Ini kisah pertemuan kembali dua sahabat yang sudah puluhan tahun berpisah. Mereka merindukan satu sama lain. Mereka bercerita, bersenda sambil minum kopi di sebuah café'. Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal-soal nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini.

"Mengapa sampai sekarang kau belum menikah?" Ujar Latif kepada temannya Borhan yang sampai sekarang masih membujang.

"Hmmm...sebenarnya sampai sekarang ini aku masih belum bertemu dengan seorang wanita yang sempurna. Itulah sebabnya aku masih membujang. Dulu waktu aku bekerja aku berjumpa dengan seorang wanita yang cantik dan bijak. Aku fikir itulah wanita yang ideal untuk aku dan sesuai dijadikan isteri."

"Namun tidak lama selepas mengenalinya..ketika hubungan semakin dekat baru aku tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai di situ"

“Setelah itu aku bertemu seorang perempaun yang cantik jelita, ramah dan dermawan. Pada pertemuan pertama aku begitu takjub. Jantungku berdenyut kencang dan ketika itu aku pun berfikir bahwa inilah wanita idealku. Namun selepas mengenalinya dengan lebih dekat baru aku tahu banyak tingkahlakunya yang tak baik dan tidak bertanggung jawab.”

”Kemudian, aku bertemu dengan seorang wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara. Selalu menyambung pembicaraan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui ia dari keluarga yang berpecah belah dan selalu meminta di luar kemampuan. Akhirnya kami berpisah."

"Aku terus mencari, namun sering mendapati ada kekurangan dan kelemahan pada setiap wanita yang aku temui. Hingga pada suatu hari, aku bertemu dengan wanita ideal yang aku dambakan selama ini. Dia begitu cantik, pintar, baik hati , dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat perhatian dan menyayangi orang lain. Aku fikir inilah pendamping hidup yang dikurniakan oleh Tuhan untuk aku..."

"Kemudian bagaimana?" kata Latif tidak sabar melihat Borhan diam seketika.

" Apa yang terjadi? Bagaimana hubungan kau dengan dia sekarang?" tanya Latif lagi sewaktu mendapati Borhan terus diam.

Kemudian....Borhan bersuara perlahan,"Sebenarnya beberapa hari lalu baru aku mengetahui bahawa wanita itu juga sedang mencari seorang lelaki yang sempurna..."


Faham dengan apa yg tersirat di atas?

No body's Perfect!
Jangn menyia-siakan siapapun yang ada di hadapan kita.
Belum tentu kita akan mendapat lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang.

Kalau kita mahu mencari kesempurnaan,
cermin dahulu diri, apakah sudah sempurna di mata org lain.

Wahai Lelaki, luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan Allah.
Didiklah mereka dengan panduan daripada-Nya.

Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta,
kerana nanti mereka semakin liar.

Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan,
kerana nantinya mereka yang semakin menderita.

Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal…
kerana di situlah puncak kekuatan dunia.

Akal wanita setipis rambutnya,
tebalkan ia dengan ilmu.

Hatinya serapuh kaca,
kuatkanlah dengan iman.

Wanita tanpa iman, ilmu dan akhlak
mereka tidak akan lurus bahkan membengkok.

Bila wanita durhaka,
dunia lelaki akan huru-hara.

Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan…
tetapi binalah kepimpinan.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi,
pimpinlah diri sendiri kepada-Nya.

Jinakkan diri kepada Allah,
niscaya jinaklah segala di bawah pimpinanmu.

Jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra,
seandainya peribadi tidak sehebat Sayidina Ali Karamallahu Wajhah.....
Begitu jugalah sebaliknya.

SESUNGGUHNYA KESEMPURNAAN ITU HANYALAH MILIK ALLAH SWT....
::: lagi kemalangan melibatkan bas :::

PEKAN: “Pemandu ini berhenti rehat nanti, aku nak tegur. Bas ini terlalu laju...aku seram,” itulah keluhan terakhir Ismail Naqiuddin Hamdan, 25, kepada rakannya sebelum dia mati lemas apabila bas ekspres Transnasional dinaikinya melanggar penghadang jalan dan terjunam ke dalam tali air di Kilometer 20, Jalan Pekan-Nenasi, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, bas ekspres yang membawa 33 penumpang dalam perjalanan dari Johor Bahru, Johor ke Kuantan turut mengakibatkan empat penumpang wanita cedera dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.


Penumpang bas lain yang cedera ringan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Pekan (HP), di sini, sebelum dibenarkan pulang.

Ismail yang berasal dari Taman Cenderawasih, Kuantan, menaiki bas ekspres berkenaan bersama rakannya, Shukri Zahat, 25, untuk pulang ke Kuantan selepas tamat menghadiri kursus teknologi maklumat di Senai, dekat, Johor Bahru.


Mengimbas kejadian, Shukri yang duduk di belakang Ismail Naqiuddin berkata, arwah sempat memberitahu kepadanya bahawa dia berasa tidak sedap hati berikutan bas itu dipandu laju.


Menurutnya, tidak sampai lima minit selepas arwah mengeluh demikian, bas ekspres berkenaan merempuh penghadang di kiri jalan sebelum terjunam dalam tali air menyebabkan arwah tercampak ke depan.


MASUK SUNGAI...bas ekspres Transnasional yang membawa 33 penumpang terjunam di Kilometer 20, Jalan Pekan-Nenasi, dekat Pekan, malam kelmarin.

Katanya, dalam keadaan cemas dan gelap-gelita, dia cuba mencari arwah namun gagal berikutan bas ekspres berkenaan mula dimasuki air menyebabkan dia terpaksa bertindak memecahkan cermin dalam usaha untuk menyelamatkan diri.


“Ketika itu keadaan amat cemas dan sebahagian penumpang menjerit malah ada yang menangis kerana ketakutan sebelum keluar menyelamatkan diri melalui pintu kecemasan serta cermin yang dipecahkan.

MAUT...jenazah Ismail ditutup kain selepas dikeluarkan dari bas.

“Saya juga berasa tidak sedap hati dan terkilan kerana kata-kata arwah mahu menegur pemandu itu supaya memperlahankan kenderaan tidak kesampaian,” katanya ketika ditemui, semalam.


Seorang lagi penumpang, M Marippan, 19, berkata dia yang duduk di barisan belakang cedera di dagu dan tangan sebelum keluar menyelamatkan diri melalui cermin yang dipecahkan pemandu bas.


Menurutnya, dia dan bapanya pulang ke Kuantan untuk menyambut Deepavali bersama keluarga bersyukur kerana terselamat namun pengalaman terbabit dalam kemalangan menaiki bas mungkin tidak dapat dilupakan selama-lamanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, mayat mangsa lemas terbabit dihantar ke HP untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya pagi semalam.-sumber hmetro

SEKITAR MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DI SANI EKSPRESS
ASSALAMUALAIKUM...

masa : 10am - 12pm
tarikh : 21 october 2010 (khamis)
mereka yg terlibat : pemenang cabutan bertuah sani ekspress siri ke-7

info peraduan : beli tiket sani ekspress ke mana2 haluan.
sampai ke destinasi masukkan tiket kedalam kotak yg disediakan dihadapan kaunter sani.
jgn lupa tulis nama,ic dan no phone.
kemudian hanya tunggu panggilan drpd mereka.(^__^)



info pemenang : yg pegang replika bernilai rm10,ooo tuh la pemenang utama.
dalam setiap siri ada 10 org yg dpt cabutan bertuah ni.
setiap org akan dpt wang tunai rm1000.
dalam 10 org ni pulak akan dibuat cabutan lg utk dapatkan pemenang utama.
pemenang utama dpt rm1000 wang tunai & rm10,000 berbentuk cek.
manyak bertuahkan?
jumlah keseluruhan utk pemenang utama rm11,000. (^__^)



nota kaki :

sy cuma dapat rm1000 saja.
tapi ini pon dh cukup bertuah..
mana ada org nk bgi duit percuma cam gitu ja..ye dak?
TQ sani ekspress..

~exam terhenti~huhuhu
ASSALAMUALAIKUM...

apa khabar kalian suma?
moga2 berada dlm keadaan sihat..

patutnya sy nk on9 dari semalam lgi.
tapi memandangkan semalam depavali,tak sempat pulak.

waaaa.apakah kaitan sy dgn depavali?
tak da kaitan ok.
sy bukan india muslim @ apa2 yg sewaktu dgnnya.
cumanya,oleh kerana semalam hari cuti ramai sedara mara dtg ke rumah kami.
dari pg sampai malam lak tu.
mcm raya kita pulak..(^__^)
1 malaysia kan.depavali pon ok..kihkih

haa..sebenarnya ada cerita yg sy nk kongsi dgn kalian.
cuti sy yg sepatutnya bermula lepas habis exam dh jadi cuti sblm exam plak.huhu
nk tahu knp?
sebab kedah skrg dilanda banjir teruk.
oleh kerana banjir,air pon diorg tutup utk mengelakkan air melimpah.
1 alor star takda air..
bayangkanlah,hari last kitaorg exam hari rabu hari tu.ramai yg gi exam tak mandi.
tu dh satu.pastu ada pulak yg tak boleh gi exam sbb rumah diaorg banjir.
jalan pon byk tutup.

jadi nak tak nak,exam pon terpaksa dihentikan.
sy baru sempat jawab 2 paper ja.ada 4 paper lg yg perlu di settlekan.
tggu bulan 12 nnt la pulak.

mujur rumah sewa kitaorg tak kena apa2.
tapi tu sblum sy & kwn2 balik ke rumah masing2.
selepas tu tak tahu la kalau2 air nak naik kt kawasan rumah kami.
oh tidakkkk..jgn la jadi apa2 kt rumah kitaorg.
tak sanggup rasa nya...(T__T)

eh,mak dh siap masak la..
jom mkn dulu..
nnt sy update lgi.
byk lgi benda nk cita nih..(^__^)

RAHSIA WARNA KEGEMARAN
Semua orang mempunyai salah satu jenis warna yang sangat disukai dari sekian banyak warna atau warna kegemaran. Tahukah kamu warna kegemaran dapat memperlihatkan watak kamu secara umumnya?

Warna Biru
Jika kamu menyukai warna biru, kamu tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman. Kamu selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta kerana kamu cenderung menyembunyikan perasaan.

Hijau
Warna kesukaan kamu hijau, maka kamu tergolong seseorang yang sangat romantik,
menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.

Warna Kuning
Kesukaan kamu warna kuning menandakan bahawa kamu memiliki sifat optimis.Kamu seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri kamu,kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi kamu. Kamu orang yang tidak pernah meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.

Warna Ungu
Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran kamu maka kamu adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu.

Warna Putih
Jika kamu menyukai warna putih, maka kamu adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi kamu kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh,senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan kamu.

Warna Hitam
Kamu sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika kamu berada dilingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut cinta kamu

Warna Merah
Kamu seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering kali bergaul dan bersosial dengan lawan jenis tapi kamu dapat menahan diri. Banyak orang meluahkan cinta, tapi kamu selalu berfikir dan berfikir lagi. Kamu termasuk golongan yang sukar jatuh cinta
apabila tiada elektrik...huhu
ASSALAMUALAIKUM...

aduhh..nk type salam pon 2,3 kali salah.
apa tak nya.
rumah kitaorg gelap gelita.
sepanjang 3 tahun tinggal kt sini,tak penah lg tak da elektrik
ni 1st time tau.
sedih..huhu

tak pala klu suma org kt taman nih pon gelap.
tak rasa sgt..
nih rumah kitaorg ja gelap.
dah la gelap,panas pulak tuh.
adusss
something wrong nih.

TNB oh TNB...huhu (T__T)
Label: 0 ulasan | edit post
6K DLM KEHIDUPAN
ASSALAMUALAIKUM...

perasan tak ada 6k dlm kehidupan kita yg jarang kita ambik tahu?
jom semak..

1) KELUARGA

siapa yg lahir ke dunia ini bukan ikut rahim ibu?
tahu2 ja dah ada keluargakan?
tapi kenapa kita jarang ambik berat tentang keluarga?
kenapa tnggalkan di rumah org tua?

2)KAWAN

kita hidup ni mesti kena ada kawan.
betul tak?
setiap masalah mesti mengadu kt kawan.
tapi kenapa ada yg tikam kawan dari belakang?
kenapa ada yg jadi talam 2 muka?

3)KEKASIH

lepas berkawan,jadi berkasih pulak.ye dak?
jiwa muda mesti nk menyayangi dan disayangi.
tapi,kenapa pulak melarat sampai berzina?
dah 2 buang anak merata..
kenapa merosakkan diri sendiri?

4)KERJA

semua org kena kerja.
tak keja,tak da duit..
tp kenapa bila dapat keja tak bersungguh2?
kenapa mesti malas?

5)KAHWIN

berkahwin adalah sunnah nabi.
nk elakkan maksiat..
tapi kenapa bila dah kawin sibuk menggatal dgn org len?
kenapa tak jaga rumah tangga betul2?

6)KEMATIAN

waktu ni baru la nk menyesal..
kenapa bila dh terlambat baru nak menyesal?

renung2 kan lah...
RAHSIA BANTAL
ASSALAMUALAIKUM..

ini adalah entri suka-suki.
sila teruskan pembacaan sekiranya anda menggunakan bantal waktu tidor.
emm,yg tak guna pon tak pa.dh kenal bantal pon cukup. (~__^)




Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-

1) Memeluk Bantal


Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal

Kasihan betul... pergi kedai belilah satu

nota kaki :

sy kategori mana ek?
emm,byk jgk la sy tercalon.
no 1 pon ya,no 2 pon ya..
kecuali yg takda bantal langsung.
tu bukan sy.hehehe
sy suka tidor dgn byk bantal.so,sy ada byk bantal ok.(^__^)
~surpriseee~


ASSALAMUALAIKUM...

ini adalah entri pertama utk bulan oktober.
(^___^)

nampak cmna muka smile kt atas tuh tekezut?
ha...cm2 jugak la sy tekezut.
nak tahu knpa tekezut?
semestinya kerana ada surprise berlaku pada diri sy.

sebenarnya,baru tadi sy dapat col drpd syarikat sani ekspress.
kalian tahu syarikat apa tu?
syarikat bas loh..
syarikat ni tgh buat peraduan cabutan bertuah kpd penumpang2 bas sani ekspress.

mungkin rezekikan..
sy naik bas ni masa bulan posa hari tu.
dari Alor Star ke KL.
pas2 tiket bas sy masukkan dlm kotak kt stesen bas tu.
tak bajet pon nak dpt cabutan ni.
saja suka2 ja..
yala...sepanjang hidup sy,sy susah nk dapat cabutan bertuah.
jadinya sy tak harap sgt la.

tapi kali ni dpt..rasa syukur sgt.
dpt apa?
emm,kalau ikut apa yg kakak tdi cakap sy dapat rm1000.
kena gi KL utk terima cek.
tiket pegi balik syarikat bas sponsor.
menarikkan?
alhamdulilah...(^___^)
Label: 0 ulasan | edit post
::isu purdah diharamkan di Kuin::
ASSALAMUALAIKUM...

melihat kepada tajuk pun kalian sudah boleh agak apa yg ingin sy katakan.
sy ni bukan lah MPM @ wakil pelajar dari bahagian mana2.
cuma sebagai salah seorg pelajar yg berada di bumi Insaniah,sy dpt merasakan kehangatan isu pengharaman purdah ni

masa awal-awal sy masuk belajar di KUIN,mmg sy ada dengar yg KUIN tak membenarkan pelajarnya memakai purdah.
makanya,pada waktu itu sesiapa pun yg asalnya berpurdah terpaksa membuka purdah demi peraturan yg ditetapkan.
tapi,keadaan tu cuma sementara.
ntah mcmmana,pelajar2 perempuan semakin ramai mengenakan purdah.
dengarnya pihak KUIN dah membenarkan pelajar perempuan memakai purdah.
walaupun tak pernah nampak pun di papan kenyataan tentang peng'halal'an purdah,namun sy percaya sebab jumlah pemakai purdah semakin bertambah.

bagaimanapun setelah hampir 2 tahun,baru kini KUIN mahu mengambil tindakan buat mereka yg berpurdah.
bayangkan la..klu mereka ini benar2 istikhamah dlm berpurdah tak ka malu utk mereka membuka purdah mereka?
setelah hampir 2 tahun mereka menutup sebahagian wajah mereka,sekarang mereka harus membuka demi peraturan.

sy tahu sebenarnya dlm ramai2 yg berpurdah ni bukan semua istikhamah.
alasannya??
alasannya,sy melihat mereka ni mcm suka2 ja.
ikut kawan.kawan pakai purdah,aku pun nk pakai.
boleh jadi jugak cuma nk ikut trend.yaka??

satu hari tu,adalah sy & kawan2 kuar pekan.
ternampakla 1 kumpulan budak perempuan insaniah berjalan.
dlm 1 kumpulan ni,semua pakai purdah.
kalau ada 6org,6org tu suma pakai purdah.
haiii..lain mcm kan tgk?

sy skrg bukan nk sokong & bukan jugak nk membantah atas pengharaman ni.
tapi,sy cuma mengharapkan pihak atasan dpt mencari penyelesaian terbaik mengenai pakaian pelajar2 Insaniah.
jgn sampai dikatakan tak adil pulak.
mereka yg berselendang nipis melilit tengkok tak dijadikan isu.
mereka yg berkebaya ketat dan kain terbelah menampakkan betis,tak pulak diambil tindakan.
mcmmana pulak tu?
yg dibanggakn sgt Kolej Islam tu dimana?
pada mereka yg berpakaian nipis ni ka?
ataupun mereka yg berpurdah ni yg menjatuhkan imej Kolej Islam kita?
tepuk dada tanya iman...O__o


pesanan anda

Related Posts with Thumbnails
  • DGN NAMA ALLAH..

    PENGIKUT

    wawwi.com