~SALAM AIDILADHA~
ASSALAMUALAIKUM...

dh terlambat ke nk wish aidiladha?
seminggu dh rasanya perayaan ni berlalu.
tapi takpala..nk ucap jugak.tak salah pon..(^__^)

rasa cam boring lak ber'blog' nih..
takde benda nk cita.
tapi cmna pon still kena update gak.
yala,walaupon follower kita sedang2 ja,pengunjung pon ada sorg 2 tpi masih perlu dijaga hatinya.

emm,yg terkini sy baru ja buang gigi geraham bongsu.
sy ni slalu ja sakit gigi kan? (T__T)
macam mak sy slalu kata,asal balik rumah ja sakit gigi.asal sakit gigi ja balik rumah.huhu.
nk buat cmna..dh mmg sakit.

normal la tu..
suma org yg tumbuh gigi bongsu cnfirm sakit.
tp,sy punya gigi ni pertumbuhan dia tak sempurna.
dia tido..kalian faham?
maksudnya kedudukannya melintang.dia baring dlm gusi nih..
so,nk kuarkan gigi ni kena operate dulu.
belah gusi,then bru blh kuarkan gigi tu.

sy try pegi tnya dkt klinik gigi area KL nih cos operation dlm rm650.
mak aii..
nk buang gigi sebatang pon dh makan setengah ribu.
so,masa balik kampung utk raya haji hari tu sy try survey kat sana pulak.
kot2 la dapat murah.
emmm,lebih kurang ja rupanya.
kt kampung dpt rm450.
bolehla tu..

sy pon bt kt kampung.sblm raya haji hari tu.
jadinya raya haji pon tak best manala..
tak boleh makan mcm org.huhu.(T__T)

apa2 pon skrg dh settle dh..
kesan operate terasa jgk kekadang.
tp ok la,drpd simpan gigi tu dan tahan sakit berkali2..(^__^)


Yg Lahir Pasti Mati
Setiap yang lahir mesti mati, betul tak??? kisah kali ni mungkin ada banyak istifadah yang dapat kita ambil, jangan sangka dalam gurauan Juha, takde hikmahnya...

Ade skli tu Juha pinjam periuk besar dengan jiran di sebelah rumahnya, selang beberapa hari juha pun memulangkan periuk tu kembali berserta satu lagi periuk kecil disebelah dalam periuk besar tu. Jiran yang tengok periuk kecik tu pun pelik lalu mengajukan soalan:

Jiran : Periuk kecik ni mai tang mano???
Juha : ooo, periuk kecik ni, anak si periuk yang besar ni, periuk ni la yg melahirkannya..
Jiran : ????? tercengang

Tapi dah rezki depan mata, bedal je la si jiran ni, tanpa memikirkan masa depan yang dia akan hadapi bersama Juha yg amat bijaksana, tanpa mengingkari kata-kata Juha yg tak masuk dek akal td tu, Jiran tu pun senyap je la...

Selang beberapa minggu, sekali lagi Juha meminjam periuk dari jiran tu. Jiran tu pun apalagi, memberi tanpa segan silu la, takut2 kan periuk tu boleh beranak lagi la kot... tapi hari demi hari, Juha tak jugak pulangkan periuk tu. Jiran yang bengang ni pun pergilah berjumpa dgn Juha.

Jiran : Oi, periuk aku yg ngko pinjam hari tu, mana hang campak, tak mai hantaq2 lg??
Juha : ooo, periuk hang tu dah mati
Jiran : aik, periuk pun boleh mati ko?
Juha : dah boleh beranak, mesti boleh mati, periuk tu mati ketika cuba nak lahirkan anak dia...
Jiran : "Tersenyap tanpa mampu berkata apa2 sebab hr tu dia terus dengo je ckp juha tanpa menafikannya"
Label: 0 ulasan | edit post
HINA ISLAM DARI FAN FACEBOOK


ASSALAMUALAIKUM...

mcm2 penghinaan yg org kafir lakukan terhadap kita org islam.
mmg tak tahan rasanya melihat 1 demi 1 penghinaan yg mereka lakukan.
terbaru, gambar2 penghinaan terhadap kita yg disebarkan dilaman web sosial facebook.
boleh rujuk dari sumber yg sy ambil blog ust.amin.









APA ITU KESEMPURNAAN?

Ini kisah pertemuan kembali dua sahabat yang sudah puluhan tahun berpisah. Mereka merindukan satu sama lain. Mereka bercerita, bersenda sambil minum kopi di sebuah café'. Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal-soal nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini.

"Mengapa sampai sekarang kau belum menikah?" Ujar Latif kepada temannya Borhan yang sampai sekarang masih membujang.

"Hmmm...sebenarnya sampai sekarang ini aku masih belum bertemu dengan seorang wanita yang sempurna. Itulah sebabnya aku masih membujang. Dulu waktu aku bekerja aku berjumpa dengan seorang wanita yang cantik dan bijak. Aku fikir itulah wanita yang ideal untuk aku dan sesuai dijadikan isteri."

"Namun tidak lama selepas mengenalinya..ketika hubungan semakin dekat baru aku tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai di situ"

“Setelah itu aku bertemu seorang perempaun yang cantik jelita, ramah dan dermawan. Pada pertemuan pertama aku begitu takjub. Jantungku berdenyut kencang dan ketika itu aku pun berfikir bahwa inilah wanita idealku. Namun selepas mengenalinya dengan lebih dekat baru aku tahu banyak tingkahlakunya yang tak baik dan tidak bertanggung jawab.”

”Kemudian, aku bertemu dengan seorang wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara. Selalu menyambung pembicaraan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahui ia dari keluarga yang berpecah belah dan selalu meminta di luar kemampuan. Akhirnya kami berpisah."

"Aku terus mencari, namun sering mendapati ada kekurangan dan kelemahan pada setiap wanita yang aku temui. Hingga pada suatu hari, aku bertemu dengan wanita ideal yang aku dambakan selama ini. Dia begitu cantik, pintar, baik hati , dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat perhatian dan menyayangi orang lain. Aku fikir inilah pendamping hidup yang dikurniakan oleh Tuhan untuk aku..."

"Kemudian bagaimana?" kata Latif tidak sabar melihat Borhan diam seketika.

" Apa yang terjadi? Bagaimana hubungan kau dengan dia sekarang?" tanya Latif lagi sewaktu mendapati Borhan terus diam.

Kemudian....Borhan bersuara perlahan,"Sebenarnya beberapa hari lalu baru aku mengetahui bahawa wanita itu juga sedang mencari seorang lelaki yang sempurna..."


Faham dengan apa yg tersirat di atas?

No body's Perfect!
Jangn menyia-siakan siapapun yang ada di hadapan kita.
Belum tentu kita akan mendapat lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang.

Kalau kita mahu mencari kesempurnaan,
cermin dahulu diri, apakah sudah sempurna di mata org lain.

Wahai Lelaki, luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan Allah.
Didiklah mereka dengan panduan daripada-Nya.

Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta,
kerana nanti mereka semakin liar.

Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan,
kerana nantinya mereka yang semakin menderita.

Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal…
kerana di situlah puncak kekuatan dunia.

Akal wanita setipis rambutnya,
tebalkan ia dengan ilmu.

Hatinya serapuh kaca,
kuatkanlah dengan iman.

Wanita tanpa iman, ilmu dan akhlak
mereka tidak akan lurus bahkan membengkok.

Bila wanita durhaka,
dunia lelaki akan huru-hara.

Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan…
tetapi binalah kepimpinan.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi,
pimpinlah diri sendiri kepada-Nya.

Jinakkan diri kepada Allah,
niscaya jinaklah segala di bawah pimpinanmu.

Jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra,
seandainya peribadi tidak sehebat Sayidina Ali Karamallahu Wajhah.....
Begitu jugalah sebaliknya.

SESUNGGUHNYA KESEMPURNAAN ITU HANYALAH MILIK ALLAH SWT....
::: lagi kemalangan melibatkan bas :::

PEKAN: “Pemandu ini berhenti rehat nanti, aku nak tegur. Bas ini terlalu laju...aku seram,” itulah keluhan terakhir Ismail Naqiuddin Hamdan, 25, kepada rakannya sebelum dia mati lemas apabila bas ekspres Transnasional dinaikinya melanggar penghadang jalan dan terjunam ke dalam tali air di Kilometer 20, Jalan Pekan-Nenasi, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, bas ekspres yang membawa 33 penumpang dalam perjalanan dari Johor Bahru, Johor ke Kuantan turut mengakibatkan empat penumpang wanita cedera dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.


Penumpang bas lain yang cedera ringan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Pekan (HP), di sini, sebelum dibenarkan pulang.

Ismail yang berasal dari Taman Cenderawasih, Kuantan, menaiki bas ekspres berkenaan bersama rakannya, Shukri Zahat, 25, untuk pulang ke Kuantan selepas tamat menghadiri kursus teknologi maklumat di Senai, dekat, Johor Bahru.


Mengimbas kejadian, Shukri yang duduk di belakang Ismail Naqiuddin berkata, arwah sempat memberitahu kepadanya bahawa dia berasa tidak sedap hati berikutan bas itu dipandu laju.


Menurutnya, tidak sampai lima minit selepas arwah mengeluh demikian, bas ekspres berkenaan merempuh penghadang di kiri jalan sebelum terjunam dalam tali air menyebabkan arwah tercampak ke depan.


MASUK SUNGAI...bas ekspres Transnasional yang membawa 33 penumpang terjunam di Kilometer 20, Jalan Pekan-Nenasi, dekat Pekan, malam kelmarin.

Katanya, dalam keadaan cemas dan gelap-gelita, dia cuba mencari arwah namun gagal berikutan bas ekspres berkenaan mula dimasuki air menyebabkan dia terpaksa bertindak memecahkan cermin dalam usaha untuk menyelamatkan diri.


“Ketika itu keadaan amat cemas dan sebahagian penumpang menjerit malah ada yang menangis kerana ketakutan sebelum keluar menyelamatkan diri melalui pintu kecemasan serta cermin yang dipecahkan.

MAUT...jenazah Ismail ditutup kain selepas dikeluarkan dari bas.

“Saya juga berasa tidak sedap hati dan terkilan kerana kata-kata arwah mahu menegur pemandu itu supaya memperlahankan kenderaan tidak kesampaian,” katanya ketika ditemui, semalam.


Seorang lagi penumpang, M Marippan, 19, berkata dia yang duduk di barisan belakang cedera di dagu dan tangan sebelum keluar menyelamatkan diri melalui cermin yang dipecahkan pemandu bas.


Menurutnya, dia dan bapanya pulang ke Kuantan untuk menyambut Deepavali bersama keluarga bersyukur kerana terselamat namun pengalaman terbabit dalam kemalangan menaiki bas mungkin tidak dapat dilupakan selama-lamanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, mayat mangsa lemas terbabit dihantar ke HP untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya pagi semalam.-sumber hmetro

SEKITAR MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DI SANI EKSPRESS
ASSALAMUALAIKUM...

masa : 10am - 12pm
tarikh : 21 october 2010 (khamis)
mereka yg terlibat : pemenang cabutan bertuah sani ekspress siri ke-7

info peraduan : beli tiket sani ekspress ke mana2 haluan.
sampai ke destinasi masukkan tiket kedalam kotak yg disediakan dihadapan kaunter sani.
jgn lupa tulis nama,ic dan no phone.
kemudian hanya tunggu panggilan drpd mereka.(^__^)



info pemenang : yg pegang replika bernilai rm10,ooo tuh la pemenang utama.
dalam setiap siri ada 10 org yg dpt cabutan bertuah ni.
setiap org akan dpt wang tunai rm1000.
dalam 10 org ni pulak akan dibuat cabutan lg utk dapatkan pemenang utama.
pemenang utama dpt rm1000 wang tunai & rm10,000 berbentuk cek.
manyak bertuahkan?
jumlah keseluruhan utk pemenang utama rm11,000. (^__^)



nota kaki :

sy cuma dapat rm1000 saja.
tapi ini pon dh cukup bertuah..
mana ada org nk bgi duit percuma cam gitu ja..ye dak?
TQ sani ekspress..

~exam terhenti~huhuhu
ASSALAMUALAIKUM...

apa khabar kalian suma?
moga2 berada dlm keadaan sihat..

patutnya sy nk on9 dari semalam lgi.
tapi memandangkan semalam depavali,tak sempat pulak.

waaaa.apakah kaitan sy dgn depavali?
tak da kaitan ok.
sy bukan india muslim @ apa2 yg sewaktu dgnnya.
cumanya,oleh kerana semalam hari cuti ramai sedara mara dtg ke rumah kami.
dari pg sampai malam lak tu.
mcm raya kita pulak..(^__^)
1 malaysia kan.depavali pon ok..kihkih

haa..sebenarnya ada cerita yg sy nk kongsi dgn kalian.
cuti sy yg sepatutnya bermula lepas habis exam dh jadi cuti sblm exam plak.huhu
nk tahu knp?
sebab kedah skrg dilanda banjir teruk.
oleh kerana banjir,air pon diorg tutup utk mengelakkan air melimpah.
1 alor star takda air..
bayangkanlah,hari last kitaorg exam hari rabu hari tu.ramai yg gi exam tak mandi.
tu dh satu.pastu ada pulak yg tak boleh gi exam sbb rumah diaorg banjir.
jalan pon byk tutup.

jadi nak tak nak,exam pon terpaksa dihentikan.
sy baru sempat jawab 2 paper ja.ada 4 paper lg yg perlu di settlekan.
tggu bulan 12 nnt la pulak.

mujur rumah sewa kitaorg tak kena apa2.
tapi tu sblum sy & kwn2 balik ke rumah masing2.
selepas tu tak tahu la kalau2 air nak naik kt kawasan rumah kami.
oh tidakkkk..jgn la jadi apa2 kt rumah kitaorg.
tak sanggup rasa nya...(T__T)

eh,mak dh siap masak la..
jom mkn dulu..
nnt sy update lgi.
byk lgi benda nk cita nih..(^__^)

pesanan anda

Related Posts with Thumbnails
  • DGN NAMA ALLAH..

    PENGIKUT

    wawwi.com