::isu purdah diharamkan di Kuin::
ASSALAMUALAIKUM...

melihat kepada tajuk pun kalian sudah boleh agak apa yg ingin sy katakan.
sy ni bukan lah MPM @ wakil pelajar dari bahagian mana2.
cuma sebagai salah seorg pelajar yg berada di bumi Insaniah,sy dpt merasakan kehangatan isu pengharaman purdah ni

masa awal-awal sy masuk belajar di KUIN,mmg sy ada dengar yg KUIN tak membenarkan pelajarnya memakai purdah.
makanya,pada waktu itu sesiapa pun yg asalnya berpurdah terpaksa membuka purdah demi peraturan yg ditetapkan.
tapi,keadaan tu cuma sementara.
ntah mcmmana,pelajar2 perempuan semakin ramai mengenakan purdah.
dengarnya pihak KUIN dah membenarkan pelajar perempuan memakai purdah.
walaupun tak pernah nampak pun di papan kenyataan tentang peng'halal'an purdah,namun sy percaya sebab jumlah pemakai purdah semakin bertambah.

bagaimanapun setelah hampir 2 tahun,baru kini KUIN mahu mengambil tindakan buat mereka yg berpurdah.
bayangkan la..klu mereka ini benar2 istikhamah dlm berpurdah tak ka malu utk mereka membuka purdah mereka?
setelah hampir 2 tahun mereka menutup sebahagian wajah mereka,sekarang mereka harus membuka demi peraturan.

sy tahu sebenarnya dlm ramai2 yg berpurdah ni bukan semua istikhamah.
alasannya??
alasannya,sy melihat mereka ni mcm suka2 ja.
ikut kawan.kawan pakai purdah,aku pun nk pakai.
boleh jadi jugak cuma nk ikut trend.yaka??

satu hari tu,adalah sy & kawan2 kuar pekan.
ternampakla 1 kumpulan budak perempuan insaniah berjalan.
dlm 1 kumpulan ni,semua pakai purdah.
kalau ada 6org,6org tu suma pakai purdah.
haiii..lain mcm kan tgk?

sy skrg bukan nk sokong & bukan jugak nk membantah atas pengharaman ni.
tapi,sy cuma mengharapkan pihak atasan dpt mencari penyelesaian terbaik mengenai pakaian pelajar2 Insaniah.
jgn sampai dikatakan tak adil pulak.
mereka yg berselendang nipis melilit tengkok tak dijadikan isu.
mereka yg berkebaya ketat dan kain terbelah menampakkan betis,tak pulak diambil tindakan.
mcmmana pulak tu?
yg dibanggakn sgt Kolej Islam tu dimana?
pada mereka yg berpakaian nipis ni ka?
ataupun mereka yg berpurdah ni yg menjatuhkan imej Kolej Islam kita?
tepuk dada tanya iman...O__o


MISTERI SI KUCING
Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam. Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya. Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin. Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik memasak, Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mahsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentah lagu "Cindai" nyanyian Siti Nurhaliza. Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melangok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan. Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok Berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang seluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lenggan. Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sikijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja. Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah.


Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar. ..
Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.

Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi...

Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.

Budin: Aku nak tanya dia, camana nak balik ke rumah. Aku sesat
ni!...
Label: 0 ulasan | edit post
~tak boleh jijik melihat mayat~
Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jaritelunjuk. ....

SEKARANG.... .TUMPUKAN PERHATIAN... ..PAHAM!!! !!
Label: 0 ulasan | edit post
10 sebab atau tanda hati mati & 3 cara bagaimana untuk hidupkan hati
ASSALAMUALAIKUM..

Hari ni sy nk kongsikan 1 artikel yg baik utk kita semua.
semoga kita dapat ambil ikhtibar darinya..

Menurut Syeikh Ibrahim Adham,antara sebab atau tanda2 hati mati ialah :




1. mengaku kenal Allah,tetapi tidak menunaikan hak-hak Nya.
2. mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w,tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. membaca Al-Quran,tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. menamakan nikmat-nikmat Allah,tetapi tidak mensyukuri atas pemberian Nya.
5. mengaku syaitan itu musuh,tetapi tidak berjuang untuk menentangnya.
6. mengaku adanya nikmat syurga,tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. mengaku adanya seksa neraka,tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. mengaku kematian pasti tiba pada setiap jiwa,tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. menyibukkan diri membuka keaiban orang lain,tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam,tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Menurut Syeikh Ibni Anthoillah Iskandari dalam kalam hikmah berikutnya :

sebahagian tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan,juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati Hati itu adalah kerana 3 perkara :

1. hubbun dunya ( kasihkan dunia)
2. lalai daripada zikrullah (mengingati Allah)
3. membanyakkan makan & menjatuhkan anggota badan kepada maksiat.

Hidup Hati itu kerana 3 perkara :

1. zuhud dengan dunia.
2. zikrullah
3. bergaul atau berkawan dgn aulia Allah.


nota kaki :

lidah org yg berakal terletak di blkg hatinya.
hati org yg bodoh terletak di blkg lidahnya..
::: kini daku kekurangan oksigen :::
ASSALAMUALAIKUM...

seperti biasa..
awal penulisan sy,mesti disertakan salam.
moga2 ada yg menyahutnya.
dan moga2 ada pahala yg diterima.

agak kebosanan sebenarnya.
hanya wujud 2org manusia di dalam umah ni.
sy dan seorg lagi sahabat.
bagaimanapun,dia sibuk dgn seminar.
kemungkinan dlm masa 2hari ni sy akan beku sendirian sementara menunggu sahabat yg lain kembali dari kampung halaman masing2.

saat sendirian ni,cuba sy isi masa sy dgn blog walking memandangkan tempoh on9 sy cuma ada 24jam.
agak jauh menjelajah..
tp berukben ni dh semacam pulak.
makin kurang oksigen.
makin slow dan slow.
sabar jala...

hari ni agak tak larat.
nk bt keja apa pon tak berapa semangat.
awal pagi lgi dah kantoi.
jam yg dikunci utk bersahur,memekik sorg2.
sy terus beku dlm selimut.
sedar2 dh pukul 6.
mujur dh niat smlm.
klu tak,dah rugi sehari..huhu

tak tahula apa yg sy tgh bebel ni..
otak tak berapa nk centre.
dok sorg2..otak pon melayang ke mana tah.
nnt lepas bebuka nnt cnfirm ok.ye dak? (^___^)
k la..sebelum sy melarat bek sy stop.huhu
bye..
Label: 0 ulasan | edit post
SURAU DISIMBAH CAT MERAH
ASSALAMUALAIKUM...

haa..sebenarnya kes ni dh jadi masa bulan ramadhan yg baru ja lepas.
kalian mesti penah tgk kt tv @ baca kt paper.
sy pon sempat gak tgk kt berita tv3 kes ni.
tapi tu la..sebab tak on9.
so,lmbatla sikit nk ceduk berita ni dlm blog.

GILA!
tu ja yg boleh sy katakan pada manusia yg tak da keja ni.
dah tak centre kot tiba2 nk g simbah cat kt surau.
klu dah suka sgt men cat,g la cat kt umah sendiri.
tak pon bg cat tu kt sy.
boleh sy cat umah sy yg dh kelabu asap tu.huhu
dh la..mls tulis panjang2.
marah ni.marah ni.(sengal ja.hukhuk)
jom baca berita kt bawah ni..



SURAU Taman Seri Pulai Seremban yang menjadi sasaran pihak tertentu menyimbah cat dan membaling botol arak. Gambar kecil Mohd. Hasbi menunjukkan cermin pintu gelongsor surau yang disimbah cat.

SEREMBAN Entah apa motifnya, sebuah surau yang baru sebulan digunakan jemaah menjadi sasaran pihak yang tidak bertanggungjawab menyimbah cat dan membaling beberapa botol minuman keras dalam kejadian di Taman Seri Pulai di sini semalam.

Kejadian yang dipercayai berlaku di antara pukul 1 dan 5 pagi itu mengakibatkan pintu gelongsor surau rosak terkena cat merah. Beberapa tingkap dan dinding yang dibaling dengan botol arak bagaimanapun tidak mengalami kerosakan.

Pengerusi surau terbabit, Mohd. Hasbi Ismail, 35, (gambar) memberitahu, sebelum menyedari kejadian itu, dia ada mendengar bunyi seseorang membuang tong cat di belakang rumahnya yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah ibadat itu.

Saya tidak pula bangun kerana tidak mengesyaki apa-apa. Saya terus menyambung tidur untuk bangun sahur.

Bagaimanapun, apabila saya tiba di surau itu untuk solat Subuh pada pukul 6 pagi, saya terkejut apabila melihat pintu gelongsornya telah disimbah cat merah, katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

kredit : kosmo.com.my

~aidilfitri 2010~

ASSALAMUALAIKUM...

emm,lama dh tak update blog nih.
boleh ka wish lg?
tak kisahla kan.
kita masih dlm bulan syawal.
so,dikesempatan yg masih ada ni sy nk ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir & batin.
sempat snap gambar time raya bt kenang-kenangan.
jom tgk!

HARI RAYA PERTAMA :





HARI RAYA KE-2 :




HARI RAYA KE-3 :
( open house yg tak berapa open kt rumah..huhu)



HARI RAYA KE-4 :
( sekitar majlis perkahwinan sepupu)




pesanan anda

Related Posts with Thumbnails
  • DGN NAMA ALLAH..

    PENGIKUT

    wawwi.com