Syaaban bulan menghapuskan dosa

ASSALAMUALAIKUM...



Rasulullah s.a.w. bersabda "Lakukanlah amalan yang mampu oleh kamu kerana sesungguhnya Allah tidak pernah jemu sehingga kamu sendiri yang berasa jemu.? (Hadis HR. Bukhari)

KELEBIHAN BERPUASA DI DALAM BULAN SYAABAN;-

1) Sesiapa yang berpuasa pada hari Isnin yang terakhir dalam bulan Syaaban akan diampunkan dosanya.
2) Mereka yang berpuasa pada hari khamis pertama dan khamis terakhir bulan Syaaban, akan dimasukkan ke dalam syurga
3) Mereka yang berpuasa sunat sehari dalam bulan Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka dan masuk Syurga.
4) Mereka yang berpuasa tiga hari dalam bulan Syaaban dan berselawat ke atas nabi S.A.W. sebelum berbuka puasa, akan diampunkan dosanya dan diberkati rezekinya.
5) Mereka yang dapat menyempurnakan puasa sunat sebelum Syaaban maka akan dimudahkan Allah semasa sakaratul maut, terlepas dari seksa kubur, ditutupkan Allah aibnya pada hari kiamat dan diwajibkan baginya syurga.

AMALAN-AMALAN MULIA YANG PATUT DIKERJAKAN DI BULAN SYAABAN

1) Mengerjakan Solat Sunat Nisfu Syaaban selepas solat Isyak ataupun bersama solat sunat Qiamullail. (15hb Syaaban)
2) Perbanyakkan istighfar, berselawat pada nabi dan berzikir serta bertasbih sepanjang bulan Syaaban.
3) Perbanyakkan sedekah atau zakat pada golongan yang tidak bernasib baik bagi memberi mereka kekuatan untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan.
4) Amalkan membaca Al-quran bersungguh-sungguh di awal bulan Syaaban.


selamat beramal...
perpisahan terasing

ASSALAMUALAIKUM...

lama rasanya tak update blog nih.
biasala..dh sambung study.
ni pon curi2 update..

emm,sebenarnya sedih nih..T__T
napa pulak?
putus chenta ka?
huahua..tak da maknanya.

bukanla putus chenta tp kena berpisah ngan kengkawan sekelas.
sem ni semua kulliyyah kena berpecah kepada 2 kumpulan.
dh 3 tahun dok kelas yg sama.
tetiba sem ni kena berpisah.sedih lorr..sob.sob.

dulu dlm kelas penuh dgn manusia.
walaupun sesak,tp meriah..

sem ni rasa sunyi ja bila tgk manusia dlm kelas sikit.
ibarat hujung tahun.
budak2 ramai tak gi kelas sbb DR dah tak mengajar.

kalau dari tahun 1 diaorg pisahkan kitaorg tak terasa sgt.
ni dh tahun akhir baru kena pisah.
mmg semacam la.huhu.
sabo jala.



nota kaki:
tetap kena teruskan perjuangan walaupun kelas dah berpecah...T__T




Label: 0 ulasan | edit post
::: jom balik kuin:::

ASSALAMUALAIKUM...

haa...jgn tanya sy apa2..
sy tau sy mmg dh lambat pon.
sy dh bt cuti sendiri.
tp sy ada sebab..
tak percaya?

cuba scroll ke bawah.
mmgla tak penting sgt.
tp rugi lak kalau tak pegi.
syokkkk..(^__^)

walaupon dh cuti 2bulan lebih (termasuk cuti sendiri) tapi rasa cam tak puas lagi..(manusia mmg tak penah puas dgn apa yg dia ada-amalan yg tidak baik.sila jgn tiru aksi ini.)
mcmmana pon,hari ni sy harus balik.
tanggungjawab perlu diselesaikan..(yoyo ja ayat..=P)

emm,lebih kurang sejam lebih lgi sy akan nek bas bertolak ke alor setar.
tapi sempat lagi ngadap laptop nih..
sementara masih ada intenet kan..
bek guna.


dalam pada sedih nk tggalkan rumah,mak dan ayah tapi rindu gak dekat insaniah terchenta..
lama pulak rasanya tak jejak kaki ke sana.
ntah ntah insaniah dh berubah.(stop merapu naqhiah! buang masa..nnt ada jugak yg maki kot belakang..hoho~~)
yala.yala. tak merapu..
nak balik nie..
rindu kat kengkawan di kuin n dirumah sewa ku..


tadaaa...
mesra alam tak kami semua?
hehehe.
happy family(^__^)
ni la kengkawan se'kuin' & se'rumah'.
ok,kengkawan.nnt kan kemunculan ku di rumah.bentang karpet merah pon dh ok..hehehe.

lepas ni,blog sy mgkin ambk masa utk update.
yala,dok rmh sewa tak boleh membazir api (elektrik).
kalau membazir jugak?kalian nampak kengkawan sy kt atas tuh?
diaorg akan betukar jadi hijau..hoho~~
Label: 0 ulasan | edit post
pendidikan seks akan diwujudkan~habisla anak-anakku

ASSALAMUALAIKUM..

sy sebenarnya tak suka berbicara tentang isu ini..
agak memalukan.(~__~)
tapi,hakikatnya inilah yg berlaku sekarang.
pendidikan seks akan diwujudkan sebagai salah satu matapelajaran di sekolah.
adoiiiii...(mengeluh panjang...)

khabarnya matapelajaran ni diwujudkan bagi membendung gejala sosial yg berlaku di negara kita.
betul ka ini caranya?
kenapa sy tak rasa macam betul pon...
malah sy tak menyokong langsung tindakan ini.
bukankah jika kita mengajar mereka(pelajar sekolah) kita berpotensi menambah bilangan manusia yg semakin nipis nilai maruahnya?
zaman sekarang,tak perlu diajar pon,dh belambak yg melakukan perkara terkutuk.
apa tah lagi diajar?

yg terbaru sy baca di berita harian online,kerajaan menggesa matapelajaran pendidikan seks ini disegerakan..
adoiiiii...(mengeluh lagi)
macammana agaknya perlakuan anak2 kita nanti?
dlm hati ni penuh kerisauan..
adakah anak2 kita nnt terjamin akhlaknya jika di sekolah pon sudah mengajar sesuatu yg menakutkan hati ibu bapa?

ini adalah keratan muka hadapan akhbar metro keluaran sabtu lepas.
apa kalian rasa?
budak tabika pandai melakukan aksi 'suami isteri'?
mana datangnya pengetahuan ini?
dari anak jiran yg berusia 8 tahun..
budak 8 tahun mengajar budak 4,5 tahun.

ini belum diajar di sekolah..
mereka sudah pandai teroka sendiri.
kalau diajar di sekolah?
emmmm,fikir2 la sendiri...

nota kaki :
matapelajaran sivik & moral diaorg buang.
pendidikan seks diaorg wujudkan.
emmm.patutla zaman sekarang budak2 takda kesedaran sivik..huhu.
tidakkah kalian risau seperti sy?

FAMILY DAY AT PANGKOR

ASSALAMUALAIKUM...

TARIKH : 3HB - 4HB ( 2 HARI 1 MALAM )
DESTINASI : PULAU PANGKOR
MEREKA YG TERLIBAT : GENG POS DAFTAR DGN FAMILY MASING2.


saat nak bertolak ke pulau pangkor :

di jeti lumut..

dlm bot..


acara sukaneka diantara warga kerja:

tiup belon..belon sapa paling besor.
wakil negara dlm acara isi air dlm botol..hoho~~

tgh bertanding,baldi pulak bocor..spoil btul..huhu.


pusing pulau nek bot :




bagaimana dgn nasib penghuni Rumah Titian Kasih?

ASSALAMUALAIKUM...

sayu pulak nak cita pasal Rumah Titian Kasih ni..
semalam masa tgh sedap2 makan dekat restoran ngan mak,terpampang berita TV3 pasal penghuni Rumah Titian Kasih yg akan dihalau sekiranya tidak menyelesaikan bayaran rumah tersebut.
dalam masa beberapa jam mereka harus mencari penderma bagi menyelamatkan rumah itu.
sedih melihat penghuni yg serba kekurangan merayu minta rumah mereka diselamatkan.

sy dan mak berborak mengenai isu ini.
pada fikiran masing2 kalau dah masuk berita TV3 kemungkinan besar mereka dpt diselamatkan.
tapi tak sangka jadi sebaliknya.

hari ni diaorg dah kena halau..
cmnala nasib diaorang agaknya..
emm,sedih..sedih..T__T

nota kaki :
kalaula sy ada duit,sy nak tolong diaorg ni.
tapi,masalahnya takda kalau kalau.
sebab mmg sah2 sy takda duit.
nak sara diri sendiri pon tak mampu,cmna nk tolong? huhu
agak2 kat mana la org kaya kt negara kita nie? emmm..
macam nak campak ja hanset nih ~~~

ASSALAMUALAIKUM...

haa..tgk tajuk pon dh tahu sy ni tgh marah..
emm,bukan marah.tapi geram..
napa geram?
of course la sebab hanset sy nih.
meragam pulak dahhh.
napala sengal sgt.

ok.ok.
sy sabar k..
nak cita la ni..


nampak gambar hanset kat atas tu?
itula rupa bentuk henset sy yg dulu.
cantikkan? slide lagi tuh.
emm,disebalik kecantikannya sy ada simpan satu sejarah yg rasanya teramatla seksa kalau nak cita kat orang.T__T
sy pakai hanset nih tak sampai setahun pon.
dulu masa sy beli,harga dia lebih kurang rm650.
nak dijadikan cerita,sy pakai baru 4 bulan hanset dh meragam.
nak tahu camna dia meragam?
sy senaraikan satu demi satu kerosakan yg terjadi kat bawah ni :

1) dia jadi inactive sim tetiba ja..
2) dia mati dan hidup semula sesuka hati..
3) penah sound dia rosak.tetiba tak bunyi apa.bisu la pulak.
4) skrin dia pecah.( maksud sy,bila kita tolak slide utk balas mesej,skrin dia jadi bebayang 2,3,4 bayang.serabut tol..)

ada jugak sy hantar pegi repair tapi tak berkesan langsung.
benda yg sama jugak jadi.
jadi,sy pon ambik keputusan nk trade in hanset nih,walaupun risiko utk keuntungan amatla mustahil..
sy ajak kawan2 sy kuar pekan rabu sblm start exam sem lepas.
tapi,malang nasib sy sebab kedai yg jual hanset sy nih dah tutup.
dalam hati jgn2 kedai ni dh menipu org..(tak baik buruk sangka..sila jgn tiru aksi ini)

oleh kerana kedai tu dah tutup,sy pegi kedai hanset yg lain.
kedai yg mmg dah selalu sgt kitaorg pegi.
kawan2 sy suka beli kat kedai tu.
pastu sy pon tunjuk la hanset sy yg dh tak berapa centre kat cina kedai tu.
bila dia cuba buka hanset sy,terus hanset tu mati.
adoiii..lagila malang.
nk tahu berapa harga hanset sy tu bila dah trade in?
sy dpt rm20 ja..
daripada rm650 sy beli dulu,skrg sy cuma dpt rm20 ja..
sedih gila...huhu.T__T






ok,kat atas ni rupa hanset sy yg baru..
sy tak beli yg slide dh. tapi camera dia pulak kena slide.
dah camera dia tersorok,terpaksala.
sy kalau boleh tak nak beli yg camni,sy nak yg seketul ja.
maksud sy,yg simple..takda yg menyorok.
hanset tu jelas dan nyata.(guna bahasa yg over la pulak.huhu)

tapi masalahnya,dah takda pilihan..
sy ambik jugak la.
harga?
emm,lebih kurang hanset lama.rm650 gak..

tapi sekarang kerisauan melanda diri.
hanset baru ni dah menunjukkan tanda2 seperti hanset lama.
dia dh mula inactive sim dan mati tetiba sejak semalam.
adoii..dugaan apakah ini?

jgnla jadi apa2 pada hanset baru sy ni..
tak sanggup dah nk tukar hanset bersilih ganti.
bukannya org kaya nk tukar hanset selalu..huhu.

nota kaki :
pakai nokia 3310 lagi senang.
takda mati tetiba.
dan takda inactive sim..T__T
Label: 0 ulasan | edit post

pesanan anda

Related Posts with Thumbnails
  • DGN NAMA ALLAH..

    PENGIKUT

    wawwi.com