~ al-kisah si penulis ~
ASSALAMUALAIKUM...

Ini cerita benar. Cerita benar seorang penulis yg berjaya. Begini kisahnya...

Entah apa yg selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota,dia kerap minta duit seakan-akan mendesak.

" Ada duit? Minta ayah sikit..."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yg ada hanya cukup-cukup tambang. Mujur,isteri dan anak-anak saya sudah pun faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

" Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi,tapi saya memang tak ada duit," bisik saya pada emak.

Emak seperti biasa,berwajah selamba. Sukar ditebak reaksinya.
" Bagilah beberapa yg ada." cadang mak pendek.
" Takkan 5 ringgit?"

Emak mengangguk.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yg boleh dibeli dengan wang 5 ringgit.. Tapi kerana tidak mahu hampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak,saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalu tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yg mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada di perut bas dlm perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa lagi yg memberi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangnya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi wang permintaan ayah. Kekadang terlupa, tetapi ayah selalu mengingatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas utk diberi kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yg masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang 2 ringgit utk diberikan kepada ayah. Ironinya,ayah tetap dengan permintaannya dan tetap senyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitu pun,setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setia memasukkan duit yg melebihi jumlah yg saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa yg lama utk memahami apa maksud tersirat di sebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada' , tetapi ada sesuatu yg lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun secara bertahap-tahap,buku penulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yg saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dgn kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya sekeluarga mula pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.

" Nanti besarlah kereta kamu ni..." ujar ayah senyum.
Apa pun, saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali hendak pulang. Wang saya hulurkan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dgn sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh, tak payahlah ayah..." Sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga dah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun dengan perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu. Tetapi sengaja dia tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.
" Kenapa,dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit di kocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya,duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yg saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yg mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai 3 tahun, kami bertukar kereta. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yg meningkat saya sudah membeli sebuah MPV untuk kegunaan jarak jauh dan sebuah lagi kereta untuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun bagaimana sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya, ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yg berjaya.

Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia memberi kerana Allah. Mencontohi ALLAH al-Wahhab itu!

PESANAN PENULIS ITU :

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yg tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi untuk kehidupan di akhirat. Mereka bukan ' liabiliti ' tetapi sebenarnya aset untuk kita ( walaupun istilah itu sebenarnya kurang ataupun tidak tepat, kerana ibu bapa bukan benda). Rugi betul siapa yg mempunyai ibu bapa yg telah tua tetapi mengabaikannya."

" Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri, walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. Doa mereka mustajab. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah SAW, keredaan Allah itu terletak kepada keredaan ibu bapa."




~ reunion SMAPG ~

ASSALAMUALAIKUM..

MASA : 9pg sampai ptg diaorg jalan.(takda masa khusus utk bersurai.hoho~~)
TARIKH : 19 jun 2010
TEMPAT : RFC (radix fried chicken) sungai petani.
MEREKA YG TERLIBAT : bekas student SMAPG tahun 2001 - 2005






reunion ni dah buat seminggu yg lepas..
tapi oleh kerana sy takda sekeping pon gambar masa reunion nih,so sy terpaksala simpan dulu utk terbitkan entri pasal reunion nih.
nak tahu kenapa sy tak snap gmbar masa reunion tu?
sbb sy malu nk snap guna hanset bila tgk suma kengkawan kuarkan kamera digital utk snap gmbar.
sy mmg seorg yg pemalu..betoiii.tak tipu.huhu.(~__~)

sy ada kamera sebenarnya..
tapi tu lah,sengal sgt.
kamera bawak balik,tapi charger tinggal kat rmh sewa di alor setar.
tak ka sengal namanya?huhu.
kamera tu blh berfungsi pada awal cuti ja.
then,bila batery dh 'kong' apa maknanya?
kena simpan dlm almari jala.
takda pekdah langsung.hoho~~
kan sy dh marah diri sendiri..huhu (T__T)

mujurla ada kawan yg baik hati..
ustazah mariah yg sudi hantar gambar2 ni melalui emel.
terima kasih byk kpd mariah.
kalian blh gak melawat blog sahabat sy tuh.
klik kt nama dia ya..

ok,sekian saja utk hari ini..
salam..
(^__^)

JIKA TAK KIAMAT

ASSALAMUALAIKUM...

siang tadi sblm hantar adik masuk U kitaorg sempat singgah 1 kedai makan utk minum-minum.
minum ja sbb udah mkn..
kitaorg suma order air kelapa ja.
kelapa muda yg ditebuk atasnya.
kedai tu biasa2 ja..warung rasanya.
tak ada dekorasi yg menarik pon.
tp ada sesuatu yg menarik perhatian kami saat menapak di situ.
terdapat 1 pantun yg diletakkan di bahagian dinding kedai.
nak tahu??
jom baca bawah ni...

" sabda rasul tentang kiamat pasti berlaku petang jumaat,
maka wajib kita beringat dunia jgn dicintai sangat,
QAWWAM tutup pada petang jumaat,
dibuka pada hari sabtu jika tak kiamat. "

nota kaki :
dalam berpantun ada nasihat dan pengajarannya. ~_^

Label: 0 ulasan | edit post
:: dating ngan kengkawan ::

ASSALAMUALAIKUM..


MASA : 10am - 5pm
HARI : sabtu
TARIKH : 26 jun 2010
TEMPAT/ LOKASI : mid valley,KL.
MEREKA YG TERLIBAT : bekas student YK (yayasan khairiah) yg skrg menuntut kt UNISEL.
~ lola @ nadrah,jazma,saya dan adik..









nota kaki :
sgt seronok meng'upload' gambar time internet laju.hoho~~

kisah cheese cake pandan

ASSALAMUALAIKUM

ha..apa cerita nih? pepagi dh bukak cita pasal cheese cake..
emm,sebenarnya ni cita semalam.tapi belum basi lagi ek..
semalam pas ambik mak kat ofis kitaorg g pasaraya.
adik sy la,sibuk nk beli barang2 nk masuk u nnt.
pastu,dh best shopping mak suh beli brg2 buat cheese cake.
mak kata kengkawan dia nak rasa cheese cake yg kitaorg buat..
haiii..mak ni pepandai ja kan?
dah takda topik ka apa..
dia bgtahu kt kawan dia,kitaorg bt cake hari2.
ada ka patut?
mmg tak la..
bunyi pon dh plastik sgt..
nk bt apa masak cake hari2?
bukan makan mcm nasi..hoho~~



kat atas ni,bukan cake yg sy buat ya..
ni yg sy nk cita ni..
emm,kitaorg habis shopping dlm pkl 8pm gak.
terkejar2 balik umah solat..
dlm pkl 9 sy start nk bt cake dh..
napa tgh2 malam gagah nk bt cake?
salah 1 sebabnya,mak nk bawak kt kawan2 dia kt ofis.
pastu sementara masih ada pembantu (adik sy) baik manfaatkan..(^__^)
so,kami 2 org pun menggodekla nk siapkan 2 bekas cake..
penuh komited la katakan..hoho~~
dh siap suma masukkan la dlm oven..
tunggula dgn penuh kesabaran.
sesekali jenguk tgk cake tu dh kembang ka,kecut ka..
dh tak masak lagi,sy pon relax2 kt hall sementara tggu cake.
tetiba rasa macam ada bau cake tu kuat semacam ja..
sy pon pegi tgk.
dh kembang semacam cake tu..
haiii..dh hangit separuh pon..huhu.
tgk2 oven pon dh sindrom.
rupanya,cermin oven dh pecah sikit..
panas sgt ka?huhu..
confius..
cake yg lagi 1,duduk bahagian atas.
nasib baik sempat masak..
bekas yg atas ok lagi.
tp bekas yg bawah,dh la hangus.tak berapa masak pulak tu.
emmm,oven dh spoil kitaorg punya cake.T__T
rasanya,dia dh tak larat dh tu..
dia nk suh beli oven baru..
emm,nmpaknya,boleh bg sikit ja kt kawan mak utk rasa.
dan bt seketika waktu,kerja2 mmbakar kek,kuih @ segala bagai terpaksa dihentikan kerana oven dh uzur..huhuhu.



bila la dapat bt cake comey cmni kan?
sejuk mata memandang..
ni tiap kali buat cake,asyik hangit la.bantat la..
emmm..sabo jala..T___T


nota kaki :
klu raya ni takda oven baru,jawabnya raya ni makan kuih tunjuk jala..

KELAB BLOGGER BEN ASHAARI



SALAM...

akhirnya terbuka jugak hati nk join kelab nie..
sebenarnya dulu bkn tak terbuka,tapi tak reti.huhu.
baca sekali tak faham.
hari ni,baca berkali-kali sampai faham.
tak susah pon sebenarnya.

terima kasih byk2 la pada En.Ben Ashaari yg buat program cmni.
kalian nk tau cmna program ni?
lebih kurang nk kenalkan blog kita pada blogger yg lainla.
tp bukan utk glamor ya..
En.Ben marah org yg gila glamor ni.hohoho~~~
so,kengkawan suma..
jom la join kelab blogger Ben Ashaari.
mudah-mudahan akan dpt banyak manfaat.
insya-ALLAH..


trip family ke kelantan

ASSALAMUALAIKUM...

apa kabar kalian suma hari ni? sihat?
emm..cuti sek dh habis.
tggal sy dan adk no 2 yg akan menyusul mggu depan.

sementara masih belum smbung study,masih sempat sy nk update blog ni dgn meriahnya..
klu dah msuk study nnt,1 entri dlm sebulan pun susah nk kuar.hoho~~

so,cerita utk hari ni pasal trip family g kelantan..
klu nk cerita pasal pasar siti khadijah,rantau panjang tak yah la kan..
rasanya suma pon tahu apa yg menarik kt kelantan.
bandar yg mmg islamic.
setiap sign board mesti ada tulisan jawi.
mmg takda kt negeri lain..

tp,cerita sy ni kes kena 'kencing' dgn peniaga kt sana..
ok..camni.
trip kitaorg ni menggabungkan 3 buah family termasuk family sy.
kitaorg konvoi sekali la sbb nk ddk kondo yg sama.
perjalanan dari kl ke kelantan lebih kurang 8jam.
kitaorg bertolak dari pg.
so,bila dh tghhari perut suma pon dh menggelegak.
berhentila dkt 1 kedai makan ni..
tak tahula nk kata restoran ka warung..
sy dh tak igt apa nma tmpat kitorg berhenti tu.
tp kedai tu tepi jalan ja..

pas2 suma pon layan diri la..
nasi campurkan..kena g kt kaunter,ambk nasi n lauk masing2.
tak byk pilihan sgt.
ada berapa jenis lauk ja.
mejoriti family kitaorg ambk lauk ayam yg size dia lebih kurang mcm ayam dlm nasi lemak kt kantin sekolah.hoho~~
air pulak mejo ambk sirap ja..
nk cepat sbb perut dh lapor jdi order air yg simple dan sama suma.
kononnya nk cepat,tp nasi dah nk habis baru air sampai.
sabo jala..

dh habis makan,tertanya2 jugak.
knpa takda org yg dtg bertandang ke meja dan kira harga nasi setiap org?
dlm hati mgkin dia dh kira masa bubuh nasi tadi,walaupun sebenarnya tak nampak pun dia tgk pinggan kitaorg.
dh settle makan,angah ya(pak cik sy) pggl peniaga tdi nk settlekan bil.
pastu peniaga tu tanya "suma sekali ka?"
pak cik sy angguk..
"suma sekali rm82"

mak aiiii..mahalnya..dkt 100 tu utk 14 org mkn.
peniaga tu kata 1 kepala rm6.
eh,main kepala pulak..
patutnya kena tgk apa yg kitaorg mkn.
setakat nasi yg ada kerak boh ayam goreng ngan air sirap dia nk hentam kita rm6?
adoiii..mkn kt kl pon tak teruk mcm ni..
mentang2 kami org luar,terus dia nk cekik kita.
kata 1 malaysia..
klu ya pon kami org kl,tp still org malaysia lgi.
bukannya tak tau harga brg tempatan

lainla klu kami ni dri america awk nk cekik kitaorg.
nasib baik pak cik sy tak bising2.
bayar terus ja..
sejak tu kitaorg tak makan kt luar dh.
selama 4hari 3malam kt kelantan kami masak kt kondo ja..
beli ikan masak.
makan pun puas..
hati pon tak sakit..

ha..awk kenakan kitaorg yg 14org ni dan 14org ni akan doakan peniagaan awk.
tak ikhlas berniaga tentu akan dapat balasannya.
mcm mana cerita bandar islam,tp peniaganya tak berapa islam??
emm..renung-renungkan dan selamat beramal..(^___^)






Hati-hati semua dgn Facebook!

Hati-hati !!Mulai sekarang jangan pernah menuliskan kata2 yang 6 huruf yaitu I5Ra3L (tulisan biasa) di WALL, di Status, di Note atau saat mengupload apa saja, karena secara otomatis anda akan langsung masuk ke fans page ini TAPI JANGAN DI LIKE :

http://www.facebook.com/pages/Israel/108099562543414?v=stream&ref=ts

Coba lihat..!! Sudah banyak saudara kita yang masuk fans page itu... Padahal mereka tak bermaksud untuk gabung..Mungkin Anda juga termasuk dari mereka yang telah tergabung tanpa disengaja.. Waspada dan segera untuk keluar karena jumlah anggota mereka setiap jam bertambah,

jika kita menulis nama negara itu sesuai aslinya maka informasi itu akan di direct ke page 15r43L dan dimonitor sama mereka disana, semua postingan yg mengandung kata 15r43L ada disana juga

Sebarkan vm ini ke saudara2 kita yang lain.. Karena kita bukan pengikut the real terorist..

Saya melihat mungkin anggota grup ini yang wall/note//tautan yang masuk ke dalam fans page itu, hati-hati ya..
tolong disebarin.
syukron.

(sumbEr dri group bErjuanglah, rEmaja islam!!)
boleh juga melawat blog BEN ASHAARI
TERMETERAI JANJI KASIH FADHILATUL AKMAL & MOHD RIDZWAN

ASSALAMUALAIKUM

wahhh..bukan main lgi tajuk ek?
ayat yg sy ciplak dari majalah pengantin..hehe.( nk cover supaya kalian tak kata sy minah jiwang..huhu)
sy kidnap gambar2 kawin nih dri sahabat sy.
al-maklumla..tak dapat pegi kenduri dia.
apa2 pun hepy tgk kwn2 lain dpt hadir ke majlis sahabat sy nih.

ok..jom layan gambar yg sy dh kidnap nih..^___^




nampak tak baby yg dlm dukungan tu?
tu anak asmida ( yg ddk kt tgh)
dh beso anak dia..^___^


nota kaki :
kalau tak kerana kena pegi kelantan mesti muka sy ada gak dlm gambar tuh..huhu.
pengantin tu siap nk ambik sy jadi pengapit lagi..
btoiiii..tak bohong..
T___T
::ZaRa IzzaTi HuMaiRa::

ASSALAMUALAIKUM...


1st skali nk ucapkan selamat hari bapa yg disambut semalam.
semoga bapa2 akan lebih semangat nk jalankan amanah yg dikurniakan ya..
tgk la baby kt atas ni.suci ja..comey lgi tuh.
tak bangga ka jadi bapa??

semalam sempatla kitaorang pegi umah pak njang kt tikam batu dan tgk baby dia.
ni anak pak njang sy yg ke-2.
nama dia Zara Izzati Humaira.
panjangkan?
sampai 3 nama boh kt dia.
silap-silap nanti tak cukup kotak utk isi borang.huhu.
nama ayah pulak kena cancel..ngeee~~~

gamba ni mata dia dh celik..
dia tau la tu ada org dtg tgk dia.hehehe.
emm,ok la ... nk panggil apa tah.byk sgt nama dia.
kita panggil zara la sbb mak dia panggil zara.

~ zara kena jadi budak baik tau!
jgn nakal2...^___^
k, zara pegi sambung tido blk..bye ~
~ SeLaMaT PeNgAnTiN BaRu ~
ASSALAMUALAIKUM..




gambar yg kalian dpt lihat adalah gambar pengantin yg tak jadik pengantin lagi..
sbnarnya kwn sy ni akad nikah hari rabu bersamaan 16hb dan kenduri dia pulak 17hb.
tp,tarikh dah bertindan pulak..
sy kena g kelantan sbb ada trip family pada 16hb tuh..
jadinya kena la tunjuk muka awal dari tarikh dia kawin..
bukan apa..kawan katakan..takkan la tak mo tgk dia di hari bahagia.
tak dapat makan kenduri pon takpa..
janji dpt jumpa pngantin.
pengantin tu keja kt sarawak tau..
susah nk balik.huhu.
yg penting sekali,sy ada tlg jugak tau..
ha..kalau kalian tgk bilik pengantin tu cantik,sy la org yg bertanggungjawab..
tak caya?
cuba tanya kwn sy..
sy la yg tlg tolak katil tu ke tengah..^___^

k la..tak byk yg blh sy celoteh..
apa2 pon,selamat pengantin baru bt FADHILATUL AKMAL & PASANGAN
moga kekal ke akhir hayat..
aminnn...
nota kaki :
pegi umah dia antar peti ais 4 pintu tuh..
jgn marah..=p


Label: 0 ulasan | edit post
SAPA YG SALAH??

ASSALAMUALAIKUM..

Kisah antara 2 watak. Bapa mentua yg kuat bekerja tetap malas solat dan menantu kuat makan tetapi malas bekerja.

Bapa mentua ingin menegur menantunya yg malas bekerja. Dia mengajak menantunya bermain dam. Dalam permainan itu,si bapa mentua memberi peluang kepada menantunya untuk 'makan.'

Setiap kali menantu 'makan', si bapa mentua berkata, " Tahu makan,kerja malas."

Selepas beberapa kali disindir,menantu memberi peluang kepada bapa mentua utk 'makan' dan naik 'haji.'

Setiap kali naik 'haji',menantu berkata, " Kerja naik 'haji', solat malas."

Akhirnya kedua-duanya menyedari kesilapan masing-masing.
=BeLaJaR DaRiPaDa SeMuT =

ASSALAMUALAIKUM..


KISAH NABI SULAIMAN DAN SEMUT :

Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yg diperlukannya utk hidup dlm setahun.Semut menjawab,ia hanya perlukan makanan sebanyak sebutir buah gandum.Lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut di dalam satu botol dgn diletakkannya gula sebesar sebutir gandum.Mulut botol itu kemudiannya ditutup.

Cukup tempoh setahun,mulut botol itu pun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman.Anehnya,baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yg habis dimakan oleh semut tersebut.Nabi Sulaiman bertanya,mengapa hanya separuh makanan sahaja yg dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebutir buah gandum?

Sang semut menjelaskan bahawa jika di luar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya.Sebab itu dia tidak perlu risau dgn hakikat itu.Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dgn sifat keprihatinan manusia.Mana tahu,kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih drpd tempoh satu tahun?Apa akan terjadi kepadanya?

Ertinya,semut lebih yakin kepada jaminan Allah ketika di luar botol berbanding 'jaminan' manusia ketika berada didalam botol.Untuk menghadapi kemungkinan itulah semut mengambil langkah berjimat cermat yakni memakan hanya separuh sahaja drpd apa yg diperlukannya dalam masa setahun supaya jika berlaku sesuatu yg diluar jangkaan,dia mampu bertahan.Masih ada baki makanan yg boleh digunakan.

moral drpd kisah ini :

inilah sifat tawakal dan ikhtiar yg boleh kita pelajari drpd semut.Jgn sekali-kali bergantung kepada sesama makhluk dlm soal rezeki.Bergantunglah kepada Allah.Kalau ada pihak yg berkata,sy jamin bekalan makanan @ simpanan petrol akan sentiasa mencukupi utk sekian-sekian tahun,jgn terlalu yakin.Sebaliknya bertawakallah kpd Allah dan berikhtiarlah dgn keupayaan sendiri.Jika tidak,kita akan dikecewakan.Jadilah seperti semut itu...



POPIA MEGI

ASSALAMUALAIKUM..

entri ni dibuat kerana gatal tangan.
yala,semenjak jadi surirumah sepenuh masa ni byk benda yg dia nk try.
so,ini hari sy cuba 1 resepi baru yg di cilok dari dapur en.mat gebu.
popia megi namanya..
bg penggemar megi @ yg sah2 mmg kena mkn megi blhla carik kelainan dgn try bt popia ni..
mudah sgt..
tgk kt gambo nmpak tak berapa comey ,tp rasa dia sempoi..


jom semak resepi..
bkn apa,klu tak letak resepi ada pulak yg bertanya..
jdi sy letak jugakla resepi.tp kadar dia kalian agak2 la ya..
sbb sy bkn tukang masak yg pakar.
masak cincai ja..

BAHAN-BAHAN :

bawang putih *
bawang merah *
sosej ayam * (cincang halus)
megi kari
kubis
kulit popia
telur

CARA-CARA :

1) celur megi sampai lembut dan tos kan.tak yah masukkan perencah.
2) tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau.
3) masukkan sosej yg di cincang halus.
4) masukkan perencah megi perisa kari dan tuangkan sedikit air.
5) tunggu sampai kuah agak kering.
6) last sekali masukkan megi dan kubis.kacau rata dan tutup api.
7) balut megi yg dh dimasak dgn popia dan di bucunya calit sedikit telur utk lekatkan kulit popia.
8) goreng popia dgn minyak panas.
9) siap..

nota kaki :

boleh jelajah ke blog en.mat gebu utk lebih byk resepi menarik.
sila klik disini

~ CAT BARU ~

ASSALAMUALAIKUM...

adehhh..penatla dok godek2 cari templet baru..
cuba tgk jam..
hah? dah 2.30 pg daa..
tak sodar masa berlalu dek kerana keasyikan menggodek benda alah dlm blog nih..

sebenarnya sy tak berapa suka dgn kale cat baru blog nih..
hitam putih..
dah la ada kartun..(manyak jambu maaa..)
tapi,dh tak da pilihan..
bt masa sekarang ini ja yg termampu..

nnt bla dh jumpa cat baru yg lbh cantik,menarik,tertarik kita kasi tukar lagi ya..
so,bt pengunjung terimalah wajah baru ini seadanya..
kurang-kurang,tak la menyilau biji mata tgk blog yg merah menyala.
skrg,blog dh sihat..
^___^


HARAP MAAF..

SALAM..

buat semua pengunjung bisikan nurani..
jgn panik kerana kemerahan yg terlampau di blog ini.
perkara ini bukan disengajakan..T___T
blog ni msih dlm keadaan sakit.
bagaimanapun warna tulisan didalam artikel dh ditukar agar pengunjung dpt mmbaca dgn baik.
tp,ke'silau'an dek kerana templet yg begitu kemerahan masih tak dapat dielakkan.
sy masih cuba utk mengubah templet demi keselesaan pengunjung..
harap pengunjung tidak serik bertandang di blog ini dek kerana kesakitan yg dialami..
harap maaf..T___T
AWARD UTK ANDA..

ASSALAMUALAIKUM..


Haaa..ni la award yg sy bt khas utk semua followers dn sahabat2 bloggers.
bt sesiapa yg berkenaan ambik la ya..
copy dkt blog anda.
tanda penghargaan..
cewaahhh..mcm hebat sgt.hehehe.

sebenarnya niat dihati ni mmg dh lama nk bt award utk sahabat2.
tp biasala..
buta IT..
lambatla sikit nk selongkar utk bt award ni..
tp,akhirnya..BERJAYA!!
hehehe..
suka ja..

ok la..
sesiapa yg nk ambik silakan ikut tutorial dibawah :

1) copy kod dibawah banner.
2) masuk kat ruangan layout/reka letak
3) klik add gadget/tambah alat
6) pilih HTML
4) paste kod
5) siap.

sekian
Label: 2 ulasan | edit post
::I-CITY::

ASSALAMUALAIKUM

sedar tak sedar dh msuk bln 6.
cuti sekolah pun dh start.
meriahla sikit bila adik2 semua dh berkumpul..
semalam sempat bawak adik2 bejalan kat I-City Shah Alam.
malam ni bru blh update sbb smalam tak no9.
tp,mlm ni pun serve slow gila.huhu
tp,sy still nk update jugak dgn sedaya upaya.
yala..alang2 dh mengadap laptopkan.
update jala drpd bog ni tido ja..^___^


sempat snap sikit2 ja..
yala,kitaorg smpai dkt pkul 7.30pm.
15minit ja kitaorg dok kt situ.
nk kejar maghrib pulak.
kalau pegi tgh malam,lagi seksa..yala,org punya ramai.sesak.


tempat ni tak siap lagi.
dgr kata lepas tempat ni siap,diaorg nak kenakan bayaran.
masa kitaorg pegi ni still free lgi.
yala,adik beradik ramaikan.
nnt bla dh kena bayar,bengkokla kan nk support suma.hehehe.


gmbar ni kitaorg snap atas keta ja..
tgh jln jem tu,tgkp gmbar pun sodap..^___^


walaupun tmpat ni tak siap lgi tp still ada penarik..
^_____^
sekian....

pesanan anda

Related Posts with Thumbnails
  • DGN NAMA ALLAH..

    PENGIKUT

    wawwi.com