Doa Buat Sahabatku Ini..

Assalamualaikum...
Fatimah binti Abu Bakar. Inilah insan yang sy kira sangat tabah.
Satu demi satu dugaan menimpa,namun beliau begitu kuat menghadapinya.
Baru-baru ni,kami dikejutkan dengan berita kak timah (panggilan bt dirinya) sakit kritikal.
Bermula dari gastrik,sakitnya melarat. Apa yang sy tahu,kak timah skrg mhidap barah rahim,jantung dan paru-parunya juga rosak.
Bagaimanapun,sy sndiri tak pasti samaada penyakit ini benar ataupun tidak.
Sy sndiri cuma mndengar dari rakan-rakan sekelas yg sering bercerita tentang kak timah.
Apa yg pasti kak timah memang benar-benar sakit kritikal.

Alhamdulilah...
Sesudah selesai kulliyyah pada hari ini,sy dan rakan-rakan berpeluang menziarahi kak timah.
Walaupun kami agak terlambat kerana waktu melawat sudah tamat,tapi kami agak bersyukur kerana mak cik guard yg menjaga wad itu baik hati dan membenarkan kami melawat kak timah.
Sayu saat melihat kak timah di dalam bilik. Di tangannya penuh dgn wayar dan kesan lebam.
Tentunya sangat seksa menahan kesakitan itu. Tapi kak timah masih mengukirkan senyuman menyambut kedatangan kami.
Sy tahu,semua yg memasuki bilik itu sebak melihat kak timah. Bagaimanapun tak mungkinla kami akan menitiskan air mata dihadapan kak timah. Kedatangan kami bukan untuk menambah kesedihan kak timah.
Tetapi kedatangan kami adalah untuk memberi semangat dan kekuatan buat kak timah. Kami mahu kak timah merasakan yg dia sentiasa ada teman yg menyayanginya walaupun keluarga kak timah jauh di seberang. (kemboja).

Walaupun pertemuan dgn kak timah sangat singkat tapi sgt terkesan. Sy berharap agar kalian yg membaca artikel ini turut mendoakan sahabat kami ini agar kak timah dapat kembali sihat dan dapat sama-sama berjuang bersama kami. Berjuang mendapatkan segulung ijazah dan bersama menyebarkan ilmu Allah. AMIN....


WaJah BaRu :-)

Salam...
emm,ni la wajah baru blog bisikan nurani.
Wajah baru untuk tahun baru.hehe.
Agak meriahla sbb guna kale merah..(favourite kale sy).
Harapnya xda yg silau la.hehe.
Lepas ni semangat la sikit nk up date.
Harapnya orang yang nk melawat pun semangat jugakla..hehe.
Insyaallah...
SeLamAt PenGaNtiN BaRu

Salam..
masuk tahun baru hari tu sempat jgk la sy menghadiri kenduri seorang sahabat sy yg juga sy anggap sebagai seorang kakak. Alhamdulilah,dia sudah menemui jodohnya.Semoga perkahwinan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat dan semoga cepat dpt baby.hehe.

bersama pasangan...

nk jugak ambk gmbar kenangan dgn pngantin.hehe
SaLam 2010..

Salam...harapnya sy masih blm terlambat nk mengucapkan selamat tahun baru
2010 walaupun sudah 8 hari kita berada dlm tahun baru..

Bukan apa,kesibukan mengejar waktu buat sy tak sempat nak mencuci blog ini.

Apa-apa pun sy berharap semoga azam dan impian yg telah
dipasang dapat direalisasikan pada tahun 2010 ini. Insyaallah..

Diharapkan semoga kalian mendoakan kejayaan sy
dan sy sentiasa
mendoakan semoga rakan-rakan sy akn berjaya di dunia
dan akhirat dan sentiasa berada dalam lindungan rahmat Allah s.w.t. Amin..

pesanan anda

Related Posts with Thumbnails
  • DGN NAMA ALLAH..

    PENGIKUT

    wawwi.com