MeMoRi 2009

Salam...em,lagi berapa hari 2009 akan berakhir.
Umur pun akan bertambah lagi 1 tahun.
Nak masuk 22 dh walaupun bezday lambat lagi.hehe.
Apa2 pn rasa sayang nak tinggalkan umur 21.hehe.
Banyak sangat kenangan 2009.
Jomla imbas balik.hehe.


time ni keta rosak.terkandas dkt highway 5 jam.dpt mkn megi ja nk isi perut.huhu.mmg xblh lupanya...

time ni kitaorg men batu seremban..xsempat nak menang dh kena tarik diri.huhu

masa ni sy drive sampai perlis.bejalan kat rumah nabila.(yg pakai baju oren).1st time drive jauh.

hari raya aidilfitri yg xdapat disambut di kmpng.tp sambut kt umah mk tam pn meriah gak..

buka posa kt RFC dgn kwn2 sekelas..(syariah 3)


Label: 0 ulasan | edit post
Emmm.Serabut.

Salam...Masuk hari ni dah 3 hari dok kt alor setar,dh 2 hari berulang pi KUIN. Tapi malangnya takda apa pun yang settle. Result tak print lagi, register course pun xsettle lagi. Penatla jugak. Serabut..selagi semua tak settle rasa tak senang hati. Cc penuh dgn budak KUIN ja. Nak menyelit pun xtau cmna.huhu. Harapnya besok boleh settlekn semua.Insyaallah..

Emm,dh msuk sem 6 pun. Buat semua kwn2,semoga sem ni kita lebih berjaya dari sem sblm2 ni.Insyaallah...Salam perjuangan buat semua.
Label: 0 ulasan | edit post
~RUMAH TOK~

salam...

Sempat jugak masa balik kedah hari tu kami menjenguk kampung yang dah lama di tinggalkan. Hampir setahun jugak la rumah ni tak berpenghuni. Walaupun tok (nenek) masih ada tapi tak ada sapa yang nak teman tok. Jadi tok tinggal di pondok. Kalau tok balik pun tok duduk kat rumah mak tam. Kalau dulu,masa arwah pak ndak ada,family dia tinggal dengan tok. Tapi lepas pak ndak takda mak ndak bawak anak-anak balik kampung dia kat perak. Hasilnya,rumah ni terus sepi tanpa penghuni. Sedih jugakla..banyak memori yang tersimpan dalam rumah ni. Sekarang ni kalau nak beraya pun tak balik kampung dah. Semua berkumpul kat rumah mak tam..huhu. sedih.sedih. Jomla tengok keadaan rumah tok yang sedih ni.



seramkan? hikhik


dah macam hutan simpan..


pokok2 ni suma macam nk tengelamkan rumah ni ja..huhu


Label: 0 ulasan | edit post
Khabar Gembira...

salam
Satu lagi berita baik yg nak dikongsi bersama. Kawan baik saya waktu sekolah selamat melahirkan cahaya mata pada hari raya pertama aidiladha. Dia dapat anak lelaki. Oleh kerana lahir pagi raya,jadi mereka menamakan anak mereka mohd adha danial. Alhamdulilah,walaupun sibuk melayan tetamu yang datang di majlis kenduri korban tapi sy masih sempat curi sedikit masa untuk melawat sahabat sy nie..Baby dia pun baik ja. Tak menangis pun. Seronok jugak la nak cium dia.hehe. Moganya mohd adha akan diberi kesihatan yang baik dan akan jadi anak yang soleh.amin...


mieda n husband


saya n mieda


nie anak dia..mohd adha danial
Kerana Mata....

salam..

Emmm,sesuai ka tajuk posting kali ni? hehe. Sesuai ka tak,tak penting..tapi bagi sy agak menarik. Sy tak pasti kalau dikalangan kamu ada terjadi atau tak,tapi benda ni terjadi disekeliling sy. Nak tahu apa? Sakit mata..laa,wat suspen ja kn? kihkih.

Sebelum cuti sem hari tu,rumah sewa sy diserang jgk virus sakit mata ni. Tapi tak kena semua la, 3 orang ja yg kena..termasuk sy.hehe

Bila dah balik rumah,adik sy yg no 4 pulak kena serang sakit mata. Berjangkit kat sekolah. Mula-mula sebelah ja. Besok tu,bengkak sampai dua2 skali. Oleh kerana nak mengelakkan dari berjangkit kat orang lain,maka adik sy pn pakai kaca mata hitam 24jam.hehe. Rasa lawak pulak tengok dia. Mana tak nya,spek ayah yg di pakai. Asyik terlondeh ja..hehe. Tapi demi keselamatan,dia pakai jugak.

Malangnya,selang sehari lepas tu adik yg bongsu pulak kena..Hai,berebutla nak pakai spek hitam ayah..hehe. Nak pakai yang mak punya lagi besau..macam mak datin.kihkih.

Emm,tgk la gmbr yg sy smpat curi time adik sy sakit mata..Tapi,gmbr adik laki jala yg ada. Adik pompuan tak boleh nak curi sbb dok dlm rumah tak pakai tudung.hehe..




nk makan pun x senang..hehe




Label: 0 ulasan | edit post
Cuti Sem Bermula...

assalamualaikum..


Alhamdulilah...pejam celik habis dah 1 sem. Exam yg lepas ni walaupun tak tau nk dapat apa,tapi kurang-kurang sudah berusaha sehabis baik.Jadi,tawakal jala..rasa cam tak percaya pulak.kejap ja masa berlalu.Tengok-tengok dah habis sem 5..

Cuti ni tak tau nk buat apa.Tak plan pun.Rasanya dok kat umah tengok tv ja kot..hehe.Ada idea tak nk buat apa cuti ni? Pelik kan kita ni..sebelum habis exam macam tak nyempat2 nk balik umah.seminggu lagi nk balik,beg dh siap kemas..letak kat depan pintu lagi.hehe.Bila dh balik tak tau pulak nak bt apa.hehe.(nk bgtau ada semangat kekeluargaan dlm diri.hikhik)

Sebelum balik hari tu,sempat la kemas rumah sewa dulu.Nak tinggal sebulan..takut jugak nanti bla masuk sem,rumah dah macam hutan simpan..hehe.K la..tak tau nk cita apa dah..tak da apa yang menarik.hehe.salam...
Label: 0 ulasan | edit post
EXAM SEMAKIN HAMPIR...

Salam buat sesiapa yang menziarah blog ini.Agak lama jugak blog ini sepi tanpa artikel baru.Maklum la,akhir-akhir ni agak sibuk.Nak dekat exam dah..banyak la benda yang nk dibuat.Macammana pun saya cuba mencuri masa untuk menghidupkan blog ini.Kalau mengikut perkiraan saya lagi 2 minggu exam akan berlangsung.Insyaallah untuk exam ini,apa yang kita usahakan akan kita dapat.Ya,percayalah.Tuhan beri kita kudrat untuk pilih antara baik dan buruk.Kita nak buat buruk boleh.Tapi semua perbuatan buruk kita akan diberikan dosa atau neraka dan perbuatan baik kita diberikan balasan pahala atau syurga.Memang kita boleh pilih sendiri.
Takkan kita nak kata,"Dah memang Tuhan tentukan aku jahat maka jahatlah aku.Sudah memang Tuhan tentukan aku masuk neraka,nerakalah aku.Kan nak buat jahat atau nak buat baik tu kita yang pilih? Macam tu jugak nak berjaya atau nak gagal,kan kita yang pilih,kita yang tentukan apa yang kita nak buat.Kalau kita pemalas,degil,tak nak berusaha kemudian kita gagal.kan tu salah kita sendiri? Tak kan kita nak salahkan Tuhan pulak?" tak boleh...
Maka itulah,saya yakin bahawa semua yang kita lakukan dengan betul strateginya,bersungguh-sungguh,berdoa dan bertawakal kita akan dapat kejayaan.Sebaliknya kalau kita lakukan sesuatu sambil lewa,nak tak nak memang kita akan gagal.Kalau berjaya pun berjaya yang tak semana.
Tengok orang kafir,kenapa mereka boleh berjaya sangat? Sebab mereka berusaha luar biasa,jauh lebih kuat daripada kita.
Jadi,anda perlu ada imaginasi cemerlang supaya semua yang anda inginkan menjadi nyata.Semua yang anda capai,akan anda betul-betul gapai.Usaha dulu kemudian berdoa dan akhir sekali bertawakal.Jangan bertawakal dulu,usahanya kemudian atau usahanya tidak seberapa,doanya yang lebih.Mana ada jalan?Sekuat mana kita doa sekuat itulah kita usaha.Pasti berjaya insya-Allah..

( SALAM MUHASABAH..MOGA KITA BERJAYA DALAM IMTIHAN.INSYAALLAH....)
Label: 0 ulasan | edit post

pesanan anda

Related Posts with Thumbnails
  • DGN NAMA ALLAH..

    PENGIKUT

    wawwi.com